Saya belek entri lama-lama saya, mana yang masih relevan, saya tweet kembali menerusi akaun Twitter saya yang tak seberapa orang follow tu. Alhamdulillah, masih ada yang singgah nak baca panduan serta tips blogging yang saya tulis. Bukan pakar, tapi benda yang saya tahu, saya kongsilah. Nak kongsi harta benda ... maafler ... tak dapat nak buat lagi. Antara entri yang telah saya retweet adalah berkaitan Rahsia Sebenar Menulis Konten Original dalam blog.
Blogger Copy-Paste Kurang Keyakinan - hasrulhassan.com

Blogger Malaysia Copy-Paste Kerana Kurang Keyakinan

Dan dalam entri ini, saya ingin ulas mengenai salah satu komen yang telah ditinggalkan oleh rakan blogger Kancil 8349 .... ia berkaitan entri copy-paste. Menurutnya; blogger yang punyai entri copy-paste adalah blogger yang kurang keyakinan. Bagaimana pendapat anda? Ok ..sebelum anda semua bagi komen dan tafsiran sendiri, elok dulu baca apa yang akan saya nak tulis sampai habis ehhh ....

Katanya lagi ... blogger copy-paste ini boleh diibaratkan macam anak kecil yang belajar berjalan. Konsep meniru orang lain atau lebih tepat, tiru apa yang orang dewasa buat supaya boleh berjalan dengan baik tanpa jatuh jatuh.

Menjadi Blogger Copy-Paste Awal Blogging

Saya akui, ada kebenaran juga akan komen dan pendapat yang diberikan oleh blogger Kancil 8349. Bukan semua orang terus ada bakat untuk menulis entri original. Tapi, tak susah pun nak tulis konten dan entri sendiri tanpa perlu tiru 100 peratus hasil idea orang lain. Saya sendiri pernah buat entri copy-paste, tapi entri copy-paste saya lebih kepada salin entri daripada bahasa lain menjadi entri bahasa sendiri yang anda semua faham nak baca - bahasa Melayu.

Ikhlas saya akui, saya pernah copy-paste entri berbahasa Cina, Russia, Jepun dan menjadikannya entri dalam blog saya ini. Kaedah ini saya gunakan di awal blog ini sedang melonjakkan namanya - sekitar awal 2011. Gambar saya ambil, saya crop mengikut saiz yang sesuai dengan blog, saya kecilkan saiznya dan kemudian tempek dalam entri dengan alih bahasa yang dah siap tulis menggunakan Google Translate.

Ketika itu, saya belum temui cara dan gaya untuk kongsi pendapat, jadi saya pendam menjadikan draft. Apa yang saya kongsi dalam blog kebanyakkannya mengenai fakta yang saya sendiri baru tahu.

Kredit Sumber Jadi Amalan Biasa

Memandangkan saya belajar buat blog daripada blog-blog antarabangsa, maka amalan berikan kredit terhadap entri asal memang dah jadi kebiasaan. Maka, ia antara perkara yang tidak memberatkan untuk dilakukan.
Tips tulis konten original untuk blogger kurang keyakinan - hasrulhassan.com
Sah. Memang ketika itu saya kurang keyakinan. Jadi, saya buat entri copy-paste yang pastinya ramai tak suka (malah saya sendiri pun tak suka). Selepas suatu waktu, saya dah berani tulis entri sendiri tanpa tiru sesiapa. Pengalaman telah membuatkan saya mahir sedikit demi sedikit. Mahir tang mana? Tang curi artikel orang lain ke? Erkrkkk bukanlah ... mahir dalam cara nak menulis ikut rentak dan gaya sendiri.

#Tips Utama Mahir Tulis Konten Original

Tips paling mudah untuk mahirkan penulisan original ialah dengan banyakkan entri baru setiap hari, setiap minggu. Semakin banyak semakin anda akan tahu cara anda nak pikat pengunjung dan pembaca blog.

Macam anak kecil belajar berjalan tadi. Bukan hari ini 'dapat kaki' esok dah boleh berlari .. ye tak? Semua itu adalah proses. Dan proses itu adalah pengalaman. Pengalaman memberikan panduan. Dan panduan itu pula anda kongsikan pula kepada yang lain.
Kredit: http://izquotes.com

Kesimpulan Copy-Paste Kerana Kurang Keyakinan

Ok. Dah puas anda baca dari atas sampai ke peringkat ini, saya nak simpulkan kepada anda.
  • Entri copy-paste boleh asalkan cara dan kaedahnya itu membolehkan anda belajar sesuatu.
  • Entri copy-paste mesti dan perlu ada kredit (link ke sumber asal).
  • Belajar menulis entri original dengan banyakkan terbitkan entri baru setiap hari.
  • Bina keyakinan dengan mengolah ayat sendiri dalam setiap entri bersumber copy-paste tadi.
  • Jadikan entri copy-paste itu sebagai platform untuk ketahui kekuatan anda sebagai penulis blog sebenar - belajar cara persembahan blog orang lain.
  • Meniru itu salah kalau kita jadikan hasil meniru itu sebagai hasil sendiri.
Itu sahaja. Harapnya entri yang buat mata anda berpinar sejenak ini akan memberikan sedikit sebanyak gambaran mengenai blogger yang buat entri copy-paste. Binalah keyakinan untuk hasilkan entri sendiri. Seperti anak kecil yang mahu lihat anak jiran sebelah berlari ... anak kecil itu yakinkan diri untuk juga belajar berlari, walaupun kaki masih baru melangkah dengan setiap lima langkah terjatuh dan luka di lutut.

Entri Copy-Paste untuk Belajar Bukan untuk Curi

Entri copy-paste adalah antara kesilapan blogger yang telah berjaya. Jadikan kesilapan itu sebagai pembetulan dalam diri dalam menghasilkan entri lebih baik, dan bukannya terus tenggelam dalam keselesaan hasil kerja kreatif orang lain.

p.s: Dah jadi follower twitter saya tak? Follow andai anda fikir ada kebaikan yang boleh saya berikan kepada anda. Mekasih.

11 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Yang penting mesti ada sumber asal atau kredit kepada yang asal.

    BalasPadam
  2. credit sumber penting....ada sebab kena copy paste seperti fakta yang yang dikeluarkan kat entry kena tepat bukan auta....seperti my entry selalu berkisar mengenai 'tentera' kena ikut fakta dengan gaya yang tersendiri ......thanks idea HH....

    BalasPadam
  3. Assalammualaikum..bro HH,

    thanks tips3 nie.. dalam proses memantapkan penulisan.. copy paste x salah cuma x bermoral .. hehehe. Copy paste kasi lah kredit kan..

    mselim3

    BalasPadam
  4. terima kasih atas perkongsian, ye, entri copy paste ada kalanya perlu , tapi jangan bulat-bulat, cuma sekadar niat untuk berkongsi, itu saja..

    BalasPadam
  5. Opss , baru perasan . rupanya saye nie kurang keyakinan . hehe , selalu juga kopi pasta , tapi berkaitan berita jee . Hermm . Terima kasih tips nie, InshaALLAH, berguna untuk masa hadapan :)

    BalasPadam
  6. credit sumber memang penting sebagai hargai usaha penulis. sebolehnya saya usaha untuk tulis sendiri entri saya walaupun bersumberkan sesuatu article

    BalasPadam
  7. kalau blogger type macam ni masuk journalism class, memang siang-siang lagi kena banned dengan lecturer. sedangkan wiki pun tak diiktiraf, apatah lagi cheapskate suka copypaste

    BalasPadam
  8. Hmm, kena buat review yg banyak bila kita nak menulis tentang sesuatu. Mgkin awal berblogging byk copy paste tapi bila dah lama2 keyakinan too mula datang.

    BalasPadam
  9. Salam HH,banyak pencerahan untuk penambahbaikan.Tmksh.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement