Elakkan Peniaga Ambil Kesempatan Mudah
Ada peniaga, pemborong dan peruncit yang suka ambil kesempatan dengan keadaan ini. Walaupun faktor tadi ada pengaruhi sedikit sebanyak pengeluaran dan permintaan barang-barang keperluan harian seperti ikan, ayam, daging serta sayur-sayuran; namun peningkatan harga mendadak dan tak masuk akal memang tak bertanggungjawab.
Cara Semak Harga Ikan Ayam Sayur Secara Online
Ok, untuk itu ... salah satu cara untuk pengguna di Malaysia menggunakan hak mereka ialah dengan mendapatkan harga barangan dan produk yang lebih nilai dengan wang. Maka, rakyat Malaysia kenalah rajin sedikit untuk semak harga bahan-bahan keperluan dapur termasuklah bahan mentah dan basah.Dengan menggunakan semakan harga pantas di laman web 1Pengguna yang disediakan oleh KPDNKK, pengguna boleh memantau dan mengetahui harga standard yang sepatutnya peniaga dan peruncit guna pakai. Jadi, pengguna tidak akan tertipu dengan harga melampau yang ada. Malah, boleh membuat pilihan untuk membeli barangan yang sesuai dengan bajet semasa.
Cara Pantas Semak Harga Barangan Online - Pricewatch


Semak Harga Menggunakan Pricewatch
- Pergi ke laman web 1Pengguna.
- Klik Pricewatch (klik).
- Masukkan lokasi, dan daerah tempat anda tinggal.
- Klik pada barangan atau produk yang anda mahu semak harga.
- Dan anda akan diberikan paparan kedai dan harga produk tersebut.
Semak Harga Menggunakan Carian Pantas Harga
- Pergi ke laman web 1Pengguna
- Anda akan nampak satu kekotak warna hitam seperti dipaparkan di atas.
- Masukkan nama produk, dan tempat.
- Klik Cari Harga.
- Pilih ikon produk yang ada - buah-buahan, ayam bersih, hasil laut dan makanan kering
- Dan lakukan seperti di atas.
Harapnya entri ini dapat bantu anda mengetahui cara bagi menyemak harga-harga bahan mentah dan keperluan dapur secara online dengan mudah. Jika rasanya anda mungkin tiada masa, mungkin anda boleh gunakan pendekatan yang saya gunakan seperti yang telah saya ceritakan di sini - Beli Ikan di Pasaraya Lebih Murah
Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini, kita mesti cari jalan sendiri bagi memastikan kehidupan kita tidak terlalu tertekan dan terhimpit.
p.s: Join la AgenAffiliate percuma untuk bolehkan blog anda jana income sampingan.
bagus info nie
BalasPadamthanks
terima kasih atas info bang
BalasPadamassalamualaikum hh...perkongsian info yg baik..;)
BalasPadamsalam hh
BalasPadaminfo yang menarik..
waa...bagus bagus baguss...at least tak kena kelentong penjual nanti kan?
BalasPadamGreat info..terima kasih :)
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.