Satu informasi yang bersifat kritikal memang disukai ramai, terutama pencari maklumat. Sifat desperate yang ada telah membolehkan blog saya menerima trafik tanpa disangka. Nasib baik ia merupakan informasi sebenar yang saya kongsi dan bukan entri ntah apa-apa yang boleh buat orang yang baca rasa geram cam nak gigit telinga.
Hanya Kerana Bekalan Air Tiada
Alhamdulillah, 10 ribu pageviews dijana pada 17 Disember 2013, memberikan maklumat mengenai kawasan-kawasan yang terjejas dengan keputusan bekalan air bersih yang telah diumumkan oleh Puspel. Harapnya entri itu bukan sahaja menggembirakan saya tetapi memberikan maklumat berguna pada mereka yang terjejas dengan masalah ini.
Tahu apa yang telah saya buat? Saya mula kesan entri tersebut mula dapat perhatian pada 16 Disember, lalu saya giatkan lagi sebaran dengan Google+ dan tweet entri terbabit, termasuk juga berkongsi informasi tersebut di beberapa fanpage tertentu di Facebook.

Bantu Orang Lain Dengan Cara Kongsi Informasi
Walaupun entri ini tidak ada kena mengena dengan diri saya secara langsung, tapi saya ada kawan-kawan yang tinggal di Selangor dan Kuala Lumpur. Saya mungkin bebas daripada masalah tersebut, tapi apa yang mampu saya buat ialah menyebarkan informasi mengenai gangguan bekalan air di Selangor dan Kuala Lumpur kepada rakan-rakan dan teman menerusi laman sosial. Nak tulis menerusi SMS ... errkk banyak guna modal tu .. hehehhee...Tak sangka kerana kongsi di Facebook, entri tersebut menerima hampir 1000 likes dan boleh dikatakan antara entri blog saya yang dapat jadi viral kecil dalam laman sosial.
Anda juga boleh kongsi dan berikan manfaat pada orang lain; dan in Sha Allah, dengan niat mahu bantu apa yang terdaya, blog anda akan dapat tempiasnya.
nice info! len kali leh cuba gak ;)
ReplyDeletetip yang baik....tajuk yang penting menjadi buruan orang ramai.....
ReplyDeleteSangat bijak.. Haha. kagum saya dibuatnya. lepas ni akan cuba cari yang hangat sebelum buat entri. =)
ReplyDeletenie antara cara untuk tingkatkan pageview..isu semasa...hh ada bagitahu dulu..
ReplyDeleteterbaik
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.