Cara Semakan Keputusan eBidding atau Tender Kerajaan
Bagaimana nak membuat semakan syarikat yang berjaya mendapat tender menerusi eBidding? Ok, mudah je. Anda hanya perlu pergi ke pautan yang disedikan di bawah, dan ikuti langkah yang diberikan.- Pergi ke laman web SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia)
- Ambil pautan ke Keputusan eBidding/Tender/Sebut Harga
- Semak keputusan yang dikeluarkan.
Paparan di bawah akan keluar.
Anda akan dapat melihat senarai syarikat yang berjaya dalam setiap tender kerajaan yang telah dikeluarkan, siap dengan harga tawaran yang dinyatakan disamping tempoh kontrak untuk perlaksanaan sesuatu tender yang telah dikeluarkan menerusi eBidding.
Cara Daftar eBidding
Bagi mereka yang mungkin baru nak cuba dapatkan tender atau perolehan daripada kerajaan, bolehlah daftar sebagai samada;- Kontraktor Baru
- Perunding Baru
Anda perlu baca makluman yang dipaparkan dan jangan tersilap memilih pilihan yang disediakan. Bayaran akan dikenakan kepada mana-mana individu atau syarikat yang mahu akses eBidding berdasarkan medium yang disediakan. Medium boleh guna pakai selama 3 tahun.
Jenis Medium Akses ePerolehan atau eBidding | |
Jenis Medium | Harga 3 Tahun |
ePXS USB Crypto Token | RM 199.00 |
MyKad eP Enabled | RM 110.00 |
Kad MyeP | RM 120.00 |
Pembaca Kad Pintar | RM 150.00 (diperlukan dengan pembelian Kad MyeP dan MyKad eP Enabled) |
Peroleh Sebahagian dari RM300 Billion Perolehan Kerajaan
Ok. Persoalan sekarang, jika anda seorang kontraktor mahupun perunding - bagaimana nak dapatkan atau dengan kata lain menang dalam setiap tender kerajaan yang dikeluarkan? Apakah rahsianya? Atau mungkin anda tidak jelas cara bagaimana nak dapatkan tender atau perolehan kerajaan ini.Untuk itu, anda perlu dapatkan ebook yang telah menyediakan segala keperluan bagi anda, sebagai kontraktor mahupun perunding untuk memenangi tender kerajaan samada menerusi ePerolehan mahupun eBidding. Ebook atau panduan yang saya maksudkan ialah Rahsia Memenangi Perolehan Kerajaan
Rahsia Memenangi Tender atau Perolehan Kerajaan Malaysia
Rahsia Memenangi Perolehan Kerajaan ini amat lengkap dengan topik-topik berkaitan memulakan perniagaan dan sehingga memasuki perolehan kerajaan. Dengan mengaplikasikan apa yang anda pelajari, anda akan sentiasa berada di hadapan dan akan sentiasa memenangi persaingan dalam perolehan yang disertai.
Dengan mengetahui apa yang diperlukan oleh pihak kerajaan dan bagaimana penilaian dokumen sebutharga dan tender dilakukan pasti meningkatkan peluang anda untuk berjaya dalam perolehan kerajaan dan lebih cepat anda membina empayar perniagaan anda.
Rahsia Memenangi Perolehan Kerajaan ini bukan sahaja sebuah ebook yang mudah untuk dibaca tetapi ia dapat membantu anda berfikir, membuat keputusan dan menjana keuntungan diluar jangkaan anda.
Dapatkan panduan ini dengan harga cukup menarik yang membolehkan anda menerima sebahagian daripada hampir 300 billion Ringgit Malaysia. Hanya RM100! Memang murah giler ....
abg HH ada ambil tender kerajaan juga ker?? - kedaionlinemy.com
BalasPadamTak. Saya pernah menguruskan kemasukan tender ... :)
PadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.