Ok, entri kali ini saya ingin menulis mengenai kesilapan. Kesilapan yang sering kita lakukan di dalam hidup. Mujur ada blog. Mengapa? Sebab blog boleh bantu diri untuk kenal-pasti kesilapan itu, dan perbaikinya di masa hadapan. Dan paling bagus, kesilapan yang kita buat, boleh kita beritahu pada orang lain supaya tidak mengulanginya.
Belajarlah Dari Kesilapan

Berbalik kepada belajar dari kesilapan. Ya, tadi tu juga merupakan kesilapan ramai blogger sekarang, menulis untuk orang lain, yang pada masa sama ketepikan apa yang mahu ditulis bagi diri sendiri.
Belajar dari kesilapan, bukan setakat belajar punca, tetapi belajar juga cara nak baiki kesilapan yang dilakukan. Sering yang dilakukan ialah kita angguk akan kesilapan yang telah dibuat, tetapi tidak merencanakan cara untuk atasi, atau elak.
Kita baca blog A, kita sedar kesilapan tersebut mungkin berlaku, tetapi kita tak ambil kesah mengenai jalan penyelesaian. Jadinya, apabila berlaku, kita tergagap mencarinya.
Kita sendiri buat kesilapan, kita beritahu apa silap kita, tapi jalan keluar tak diberikan.
Maka, apa yang kita buat ibarat separuh jalan. Belajarlah dari kesilapan bukan bermaksud kita anggap tahu oh itu salah dan ini salah, tetapi kita mesti elas dari melakukannya sekali lagi. Dan untuk elak, kena ada langkah dan tatacara. Inilah ramai yang kurang beri perhatian, akibatnya selalu je berlaku pisang berbuah dua kali.
Serius. Saya sendiri pun dok terbuat benda yang sama.
Maka, elakkan berlaku, sediakan penyelesaian dan belajar cara betul untuk belajar dari kesilapan.
Ya, kita sentiasa buat kesilapan. Bila kita silap seeloknya kita dapat perbetulkan kesilapan. Kalau tak perasan kesilapan kita, in sya Allah akan ada orang yang cakna menegur...
ReplyDeleteYa, Nabi dah pesan, Allah juga dah pesan ... mengapa kita pula yang enggan berpesan-pesanan? Ye tak?
DeleteYa, betul!
Deleteblajr dr kesilapan
ReplyDeleteAssalam
ReplyDeleteMembetulkan kesilapan diri , belajar mengenal diri.
Alhamdulillah, kita diberikan waktu untuk menilai apa yang telah kita buat .... kalau ajal datang, memang tak dapat dah.
Deletesama-sama lah kita scan diir tuk perbetulkan balik
ReplyDeletesama-sama belajar......macam-macam manusia ini..
ReplyDeletekesilapan membentuk kejayaan :)
ReplyDeleteNak berlari .. kena kasik lutut berdarah dulu .. ye tak?
Deletebenyak benda yang kita boleh lakukan untuk perbaiki diri..... menarik jugak, dgn blog boleh kesan kesilapan... dan fikirkan cara memperbaikinya... :)
ReplyDeleteMy recent post : Aku Barista, Peminat Tegar Kopi.
Ya, kita boleh jadikan blog kita sebagai satu alat untuk kita ketahui mana silap dan salah langkah kita dalam hidup.
Deletekesilapan mengajar kita erti kehidupan dan kedewasaan........
ReplyDeleteBelajar dari kesilapan untuk memperbaiki diri. Jika tidak diperbaiki ia akan terus menghantui kita. Kita akan sentiasa rasa bersalah.
ReplyDeleteBila belajar dari kesilapan kita akan cepat ingat.
ReplyDeleteBanyak yang boleh belajar jika ada kesilapan. Jarang kita buat jadi teruskan. Mesti akan ada juga salah di mana-mana.
ReplyDeletekesilapan memang tak dapat nak elak terutama bagi perkara baru... tetapi boleh diminamakan dengan cara mencari maklumat yang berkaitan.
ReplyDeleteBelajar tidak salah yang salah tak mau belajar... :D
Kalau dalam dunia blogger, tu yang penting kita ada kawan blogger yang jujur dalam memberi komen. Kalau tak, sampai ke sudah kita tak tahu apa salah silap kita.
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.
**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**