Teknik menulis entri memukau. Apa yang membuatkan seorang pengunjung itu terus membaca bait-bait ayat dalam entri sebuah blog? Ramai yang tidak melihat perkara ini secara serius. Saya sering singgah di blog-blog yang sering ada ramai pengunjung, dan cuba cungkil apakah rahsia mereka sehingga setiap hari ada yang baca - baik daripada pembaca baru mahupun dari pembaca setia blog tersebut.

Salah satu sebab ialah mengenai teknik menulis entri. Saya lihat ada kepakaran tersendiri pada blogger yang mempunyai blog trafik tinggi. Mereka tahu cara menulis berkesan yang membuatkan pengunjung pasti hadir di lain waktu. Saya sendiri tidak pakar mengenai teknik ini. Tapi, saya akan cuba kongsikan kepada anda teknik-teknik menulis entri memukau yang telah blogger-blogger hebat ini praktikkan.
Teknik tulis entri memukau

3 Teknik Menulis Entri Memukau

Ayat Beritma Cantik, Sedap Dibaca

Mereka bukan pakar bahasa, tapi disebabkan mereka menulis sambil membaca apa yang ditulis, maka penghasilan sebuah entri itu nampak seperti sebuah puisi dengan ada ritma tertentu dan sedap pula bila dibaca. Kadangkala ayat itu pendek tapi penuh makna. Ada pula ayat panjang tapi tersusun kata memikat rasa gegendang telinga.

Ayat tunggang-langgang jauh sekali. Ayat guna bahasa kasar memang sukarlah mahu dicari. Segalanya disusun cukup noktah dan tanda seruan. Ada masa bergelak, maka intonasi ayat ditulis dengan cara spontan menyelit bahasa lawak yang ada masa sinis tetapi penuh erti.

Biasanya ditulis dengan baris akhir setiap kata itu diakhiri dengan bunyi yang sama pada suku kata tertentu. Ala, macam anda baca puisi, gurindam dan lagu, ada alunan di situ apabila anda baca. Ibarat pantun yang ditulis panjang tanpa perenggan, begitulah halnya dengan ayat beritma cantik sedap dibaca.
3 Teknik Menulis Entri Memukau

Menulis Kerana Gambar

Setiap hari rabu, akan ada bentuk entri dinamakan Wordless Wednesday. Menerusinya, blogger tidak perlu menulis apa-apa keterangan mengenai gambar tersebut. Itu merupakan satu teknik 'menulis' dengan gambar. Apa yang saya nak beritahu ialah anda letak gambar dan anda bercerita mengenai gambar tersebut.

Setengah dari kita, tulis entri dahulu baru letak gambar. Tapi sebenarnya, dalam teknik menulis entri memukau, apa yang perlu anda lakukan ialah dengan letakkan gambar dahulu dan bercerita mengenai gambar yang disertakan.

Satu gambar boleh berikan banyak kisah. Jadi, pembaca ada intreprestasi sendiri tentang gambar yang disertakan. Jangan biarkan mereka terbiar dan terumbang ambing. Dengan penceritaan penuh seronok, anda boleh hidupkan sebuah gambar yang memberikan impak kepada pengunjung dan pembaca blog.

Tulislah kerana gambar yang diletakkan dan bukan meletakkan gambar kerana tajuk yang ditulis.

Jadikan Pengunjung Entiti Cerita

Ramai yang suka bercerita dalam blog tetapi mereka tidak melibatkan pengunjung blog. Untuk menjadikan sebuah entri itu entri terbaik anda, perlu menjadikan pengunjung blog sebagai entiti penceritaan. Biarkan mereka terbuai dengan cerita anda, jadikan mereka sebagai salah satu 'pelakon' dalam cerita anda.

Teknik sebegini memerlukan anda menulis dengan menggunakan kata ganti diri yang sesuai. Dan juga anda perlu menulis dengan membolehkan mereka berkongsi pendapat, pengalaman dan kisah mereka pula.
Cara tulis entri berkesan untuk pikat pengunjung blog

Buka ruang untuk pertanyaan dan soalan dalam penceritaan anda - yang tentunya di akhir nanti, anda memberikan jawapan sendiri kepada persoalan yang ditanya. Babitkan pengunjung dengan apa yang anda tulis menerusi tanda soal, tanda seru, ayat tergantung dan sebagainya.

Siap 3 teknik atau tips yang boleh anda gunakan dalam penghasilan entri memukau pengunjung dan pembaca. Cara ini juga akan menyerlahkan lenggok dan gaya menulis anda dalam blog; yang akhirnya menjadikan blog anda satu blog yang ada keunikkan tersendiri.

40 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Satu perkongsian yang komunikatif yang boleh diamalkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih, moga ada blogger yang dapat belajar sesuatu dari entri ini.

      Padam
  2. nice...menulis juga ada gaya tersendiri utk menarik pembaca

    BalasPadam
  3. menulis kn guna perkataan n ayat yg sedap dibaca....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Ayat tersebut bukan sahaja perlu sedap dibaca, tetapi sedap didengar. :) Macamana nak tahu, tips di atas sudah menyatakannya.

      Padam
  4. Tips yang berkesan..boleh la cuba2 nanti..

    BalasPadam
  5. Assalammualaikum...bro HH,

    terima kasih ilmu nie yer..wahh boleh praktikkan nanti. Insaallah sesama memperbaiki mana yg kurang..

    mselim3

    BalasPadam
  6. suatu perkongsian yg menarik.. alhamdulilah... terima kasih tuan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kerana sudi singgah dan komen entri ini. Input daripada pembaca memang saya hargai.

      Padam
  7. dkna baca entry nie pon penuh nada dan irama :)

    BalasPadam
  8. suka bila baca blog ..pastu terbayang2 yg dia sedang bercerita kepada kita..huhuh

    BalasPadam
  9. Terima kasih untuk entry ini. Perkongsian yang menarik. =)

    ZH Blogger

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama Ahmad Zaki, harapnya lepas ini ada lebih banyak entri yang boleh saudara ikuti.

      Padam
  10. tip yang berkesan dalam menarik ramai readers.....

    BalasPadam
  11. erm bce mcm snng..tp sbnrnye ssh gak nk wut klau xde talent tu..anyway perkongsian berguna..tq :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bakat menulis boleh diasah, jangan percaya kepada perkara taboo yang banyak orang cakap. Semua insan boleh belajar untuk jadi terbaik, tak semestinya lahir2 dah tahu ..kan kan?

      Padam
  12. Assalamualaikum.Bloggers macam saya yang baru berjinak-jinak ( bukan sebelum ini liar ya :) ) di persada maya ini perlu banyak belajar apa jua ilmu dalam memantapkan kemahiran berblogging . Terima kasih tuan atas ilmu ini .

    BalasPadam
  13. terbaekk.. teman pun selalu letakkan gambar dulu baru tajuk/cerita tentang gambar..

    siyess.. dah mula suka singgah blog HH hari2.. =)

    BalasPadam
  14. patutla pengunjung Fiza tak ramai.. tak kene teknik rupanye.. baru la faham...

    BalasPadam
  15. Alhamdulillah, sy ada buat entri mcm tips pertama dan ke 3. tp tips yg ke 2 kengkadang terlupa. Hr ni sy faham. Terima kasih sifu kongsikan tips ni :)

    BalasPadam
  16. Sentiasa akan berusaha memperbaiki :-)

    BalasPadam
  17. assalamualaikum hh....perkongsian yang menarik...:)

    BalasPadam
  18. terima kasih sharing
    saya pun budak baru belajar

    BalasPadam
  19. tips yang menarik . Insyaallah akan di praktikkan :D Selama nih tulis membuta tuli je . suke haty je . mungkin berlaku kesilapan disitu :)

    BalasPadam
  20. byk tips yang bagus dari blog tuan. Banyak ilmu lagi yang perlu belajar dari blog tuan

    BalasPadam
  21. tips yang sangat bagus..inshaAllah akan menulis dan perbaiki kelemahan dengan melihat panduan termasuk bloh HH ya

    BalasPadam
  22. Memang ada blogger yang mempunyai penulisan yang sedap dibaca seperti blogger wwww.dalinali.com. Memang akan baca sehingga ke ayat terakhir.

    Wordless Wednesday tak pernah buat lagi. Lepas ni boleh juga apply.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh try wordless wednesday kerana carian Google ada berkaitan dengan imej .. jadi boleh dapat trafik percuma dari sana.

      Padam
  23. Blog HH pun menulis guna entri dan gaya memukau..

    BalasPadam
  24. tq tips ini ida akan praktikkan hehehhee

    BalasPadam
  25. wah...mcm belajar karangan BM juga kan bro HH

    BalasPadam
    Balasan
    1. Teknik menulis entri ni bagus dipraktikkan jika baru mula nak berblogging.

      Padam
  26. masih belajar menjiwai dunia penulisan dan menulis dari hati. Terima kasih atas perkongsian berharga. :)

    BalasPadam
  27. masih mencari ilmu dalam dunis blogging ni..tq tipsnya..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement