Laman-laman web seperti Pingoat, Autoping, PingMyURL, SharkPing merupakan antara beberapa daripada banyak laman web yang menyediakan servis ping blog secara percuma. Ada yang membolehkan blog anda diping kepada lebih 100 malah 200-1000 laman berlainan termasuklah enjin carian.

Namun, ada blogger yang tidak pasti akan kekerapan untuk ping blog menerusi laman-laman web tersebut. Untuk itu, saya ingin jelaskan bahawa anda tidak perlu terlebih uja untuk ping URL blog anda setiap hari.

Kekerapan Ping Blog

Dengan menggunakan laman-laman web yang sediakan servis ping tadi, adalah memadai anda cuma lakukan paling maksima 2 kali ping seminggu, dan terhad dilakukan hanya menerusi satu laman web ping sahaja. Jangan terlebih buat, kerana ia akan mengundang intreprestasi kepada enjin carian bahawa anda sedang melakukan spam, dan blog anda mungkin akan terjejas untuk disenaraikan di enjin carian.

Cadangan saya ialah, lakukan ping ini samada di awal minggu atau di akhir minggu, supaya entri-entri yang telah ditulis sepanjang minggu dapat disebar-luaskan dalam dunia maya. Gunakan hanya salah satu daripada banyak laman web ping yang sediakan servis percuma.

Oh ya, anda jangan terkeliru ping blog anda di laman web agregator seperti Apesal.com, Busuk.org, OhBelog.com, Kartikel.com dan sebagainya kerana laman-laman web ini berlainan dengan laman-laman web yang saya sebutkan di awal entri. Laman-laman web agregator ini adalah khas untuk ahli bagi ping entri anda - dan ia boleh dilakukan setiap kali anda terbitkan entri baru.

Harapnya dengan penjelasan ini dapat menjawab persoalan sesetengah blogger mengenai kekerapan yang perlu untuk ping URL blog di laman-laman web seperti Pingoat, Autoping dan seumpamanya. Saya ada bercerita mengenai servis percuma ini di sini - Ping MY URL ke Lebih 1653 Laman Web
dan juga dalam entri ini - Tips Hantar URL Blog ke Lebih 40 Enjin Carian

Selamat mencuba.

14 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. terima kasih ... HH selalu beri info yg berguna. terima kasih sekali lg ^^

    BalasPadam
  2. ohh begitu kekdahnya. Terima kasih abg hasrul atas ilmu ini.

    BalasPadam
  3. Baru faham tentang ping...Insyallah, melalui masa, peluang dan pengalaman ilmu Ping URL akan bertambah lagi.

    BalasPadam
  4. Tq.. HH meman banyak bagi ilmu kepada kami semya.. thanx again.,

    BalasPadam
  5. terima kasih di atas perkongsian ini abang HH... sangat bermanfaat...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harap dapat diamalkan ... :) mana yang baik itu ... yang tak baik tu ... letak tepi ye.

      Padam
  6. maksudnya group ping dalam fb pon adik beradik busuk la kan?? boleh ping setiap kali update.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Husna ... Fb lain .... anda perlu kerap Ping tapi biar dalam sela masa yang sesuai. Pilih masa di mana akaun FB sedang aktif dengan status update.

      Padam
  7. Assalam
    Begitu cara menge-Ping rupanya. Terima kasih Tuan HH.

    BalasPadam
  8. tak pernah guna pulak ketiga2 laman ping dekat atas sekali tu

    BalasPadam
  9. Ada laman ping tu dia ping ke semua engin carian.. tp tak semua akan engin carian tu terima kan bro? ada yang reject..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Akan ada yang reject, malah ada laman web yang sudah tidak wujud pun.

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement