
Tapi sebelum itu, saya ingin menasihati anda bahawa iklan-iklan sebegitu, adakala tidak disukai oleh pengunjung blog. Namun, jika kena cara dan kaedah, ia boleh menjana pendapatan mudah untuk blog anda, tanpa membuatkan pengunjung rasa terganggu.
Cara Mudah Buat Iklan Pop Up
Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan menyalin kod HTML di bawah dan masukkan ia sebagai widget HTML/Javascript dalam blog. Anda boleh letakkan ia di mana-mana sahaja bahagian blog anda.Dalam koding di atas, gantikan kod iklan anda itu dengan kod-kod iklan seperti Nuffnang, ChurpChurp, 8Share, Advertlets dan seumpamanya. Lepas tu, save .... dan lihat hasilnya.
Siap. Mudah je kan? Anda boleh ubah posisi iklan anda itu untuk muncul dengan rujuk bahagian tetapkan kedudukan untuk pop up muncul dalam kod yang saya berikan di atas.
Untuk membolehkan iklan ini keluar dalam tajuk-tajuk entri tertentu, atau mahu ia muncul dalam bahagian tertentu dalam blog anda, maka gunakan Conditional Tags yang pernah saya ceritakan dalam entri ini - Blog Jadi Dinamik
Awas, iklan pop up yang keluar mungkin akan menyebabkan entri-entri terkini gagal dikesan oleh robot enjin carian. Maka, nasihat saya ... elakkan penggunaannya secara menyeluruh, atau guna ketika ada iklan yang benar-benar menguntungkan.
Oh ya, cara ini juga boleh anda gunakan untuk buat hebahan, tonjolkan segmen atau kontes yang anda anjurkan serta menambah LIKE untuk Facebook.
Selamat mencuba.
Terima kasih untuk tutorial ini. Sy memang terfikir macam mana nak buat pop up tu...so this morning ternampak pula dkt blog otai hehe...thanks !
BalasPadamSama-sama .. :)
PadamAssalammualaikum..bro HH,
BalasPadamok gak buat iklan pop up nie tp kekadang menganggu lah...hehehe
mselim3
pls: ok ... hehhe..
Ada masa menganggu, tetapi bagi blog yang ada nama boleh letak, contohnya blog OH. Pasal kita blog baru ,dah le tak ada nama, bila letak sudah pasti pembaca akan bosan. Manusia sabar menunggu kerana ada sesuatu ganjaran.
BalasPadamYa betul. Jika jenama kukuh, in Sha Allah.
Padamok, thanks....
BalasPadamTq..Sudah lama mencari tutorial ini tetapi apa yang menakutkan apabila iklan pop up menyebabkab entri-entri terkini gagal dikesan oleh robot enjin carian. Macam mana tu?
BalasPadamOk. Katakan anda sedang berjalan ke sebuah shopping mall .. anda lalu deretan kedai ... anda nampak satu kedai menarik, tetapi bila nak sampai dan masuk ke kedai tersebut, anda ternampak satu poster di hadapan kedai merujuk "Potongan Harga 90%" ... dan potongan itu merujuk kepada kedai lain, sudah pasti anda akan ke kedai potongan harga itu .. dan tidak pun lihat ke kedai yang mula2 anda nak masuk. Begitulah juga enjin carian, ia akan nampak iklan itu dahulu sebelum sempat gelintar isi kandungan blog anda.
PadamHehe... mekasih dah takdak iklan popup tp iklan mobicow tu buat akak jelly jer... cer ajar cmner nk buat tu... hehehe...
Padamlau newbies bg aku tak digalakkan kot...hu3..kalau mcm blog bro ni...gua bleh trime lagi
BalasPadamteringin mencuba..tp dahlah traffik blog sy tak hot..huhu
BalasPadamSaya dah mencuba, tapi dia keluar tulisan, bila kita click pada pangkah tu, dia takleh padam. Kenapa yer?
BalasPadamAda kesilapan pada koding, saya dah betulkan. Boleh cuba semula .. terima kasih.
Padammenarik, tp mcm tak berani letak sebab takut pengunjung menyampah, blog cn ni picisan je..hehe
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.