Menerusi program ini, SPNB akan membina rumah kediaman di tapak atau lot tanah milikan anda, dengan pembiayaan ditanggung menerusi pinjaman bank, serta mendapat potongan khas bagi kadar faedah pinjaman bank iaitu sebanyak 2%, yang akan ditanggung kerajaan. Malah, pembinaan rumah anda akan diberikan subsidi sebanyak RM20,000.
Untuk mendapatkan pembiayaan yang menarik ini, anda perlu membuat permohonan kepada SPNB, dan untuk itu, saya telah menyediakan anda muat turun percuma borang permohonan RMR1M ini. Saya tahu ramai yang telah mendapatkan manual, tetapi masih gagal untuk mendapatkan borang yang dimaksudkan.
Borang Permohonan RMR1M Muat Turun Percuma
Anda boleh muat turun percuma borang permohonan RMR1M di pautan berikut - Borang RMR1MBorang ini perlulah anda isi dengan lengkap, dan lihat keperluan dokumen yang diminta. Borang ini dapat membantu anda apabila anda menggunakan sistem online (jika mahu) menerusi laman web berikut - RMR1M SPNB Online
Borang yang telah lengkap berserta dokumen yang diperlukan mesti dihantar kepada SPNB untuk kelulusan. Terdapat 3 cara anda boleh melakukannya.
- Muat naik dokumen yang diminta di Pejabat Wakil Rakyat. Pihak Pejabat Wakil Rakyat akan membantu imbas (scan) dokumen dan memuat naik ke dalam sistem.
- Pemohon boleh muat naik sendiri. Pemohon akan diberikan login dan kata laluan untuk masuk ke dalam sistem. Pemohon boleh imbas dan muat naik dokumen di rumah.
- Hantar dokumen secara terus ke pejabat SPNB samada pejabat cawangan/satelit berdekatan atau melalui pos.
Untuk lebih pencerahan mengenai RMR1M ini, saya syorkan anda untuk rujuk dengan mana-mana pejabat wakil rakyat berdekatan, paling afdal ... anda rujuk dan minta pertolongan dengan Pejabat ADUN kawasan anda. Saya difahamkan ada kuota tertentu untuk RMR1M bagi setiap Adun, jadi ... jangan tunggu sampai kuota itu habis.
Atau anda boleh hubungi
Hotline SPNB: 1300 80 3838
Tel: 603 – 26185555
Moga bermanfaat, in Sha Allah.
Assalammualaikum..bro HH,
BalasPadamwahh.. mesti ramai yang cari brim nie..
mselim3
Borang ni masih blh guna ke utk memohon pada 2020..kalau ada yang terbaru boleh upload yg baru..saya x jumpa yg baru
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.