7 Cara Terpilih Untuk Blog Dapat Trafik Tinggi

Ada banyak cara dan kaedah untuk blog jana trafik tinggi ini. Nasihat saya ialah, anda perlu komited dengan salah satu atau dua cara sahaja. Tak perlu ambil semua dan jadi tamak. Dengan pilihan tertentu, anda akan lebih fokus dan sangat mudah untuk blog anda dikenali dan menerima trafik yang diinginkan.
Menerusi Segmen, Kontest dan Giveaway
Samada anda menjadi peserta atau pengelola, cara ini memang terbukti boleh memberikan trafik tinggi untuk blog anda. Buat dalam berkala, kerana kalau dah selalu sangat, nanti isi kandungan blog anda akan hanya ada benda tu je, dan ini tidak baik untuk SEO dan juga platform pengiklanan di blog. Buat segmen, kontest atau giveaway yang boleh beri impak tinggi, nak lagi ok, dapatkan atau berikan hadiah lumayan contohnya wang tunai.Aktif di Laman Web Agregator Terpilih
Jangan tamak sehingga semua laman web agregator anda sertai (jadi ahli). Pilih yang ada ramai ahli dan keraplah kongsikan entri anda di laman tersebut. Laman pilihan saya ialah Ohbelog.com dan juga Busuk.org. Tak perlu banyak-banyak. Dengan dua laman ping seperti contoh yang saya berikan tadi, sudah boleh jana trafik yang diinginkan. Kerap ping adalah senjata utama untuk terima trafik daripada laman-laman web ping agregator ini.
Aktif dalam Laman Sosial Tertentu Sahaja
Jika anda ada Facebook maka aktiflah dalam Facebook itu sahaja untuk kongsikan entri-entri anda setiap hari. Tak semestinya, anda kongsi entri yang anda terbitkan hari ini. Anda boleh sahaja ping atau kongsikan entri lama anda di dalam laman sosial anda. Jika dalam Twitter, maka keraplah anda tweet entri-entri anda termasuklah entri-entri lama yang ada nilai evergreen.Aktif dalam Facebook Group atau Fanpage Terpilih
Dalam Facebook misalnya, ada banyak kumpulan atau komuniti blogger. Pilih mana yang boleh buat anda menonjolkan diri. Jika ia sebuah komuniti yang besar - ada lebih 10-20 ribu ahli, maka kekerapan anda kongsi entri di situ jadi keutamaan. Jika ia sebuah komuniti kecil - dalam 1-5 ribu ahli, maka kurangkan kekerapan ping; buat secara berkala - lebihkan kepada interaksi dalam komuniti tersebut kerana kehadiran anda akan lebih diketahui. Kongsikan pendapat menerusi ruangan komen di link-link atau URL entri blog ahli yang lain. Jangan spam dengan URL blog anda!Wujudkan Fanpage Sendiri
Jika anda telah mempunyai pengikut dan pembaca setia, digalakkan untuk wujudkan fanpage blog anda sendiri. Aktifkan diri anda sebagai admin dengan lebihkan interaksi anda dengan mereka yang dah jadi ahli (fan) blog anda. Sesekali, anda kongsikan entri anda yang menarik (bukan semua) yang ada kaitan dengan niche fanpage tersebut. Katakan anda buat Facebook Fanpage blog anda dengan nama - Pakar Buat Kek, jadi kongsikan entri-entri yang ada kaitan dengan buat kek ... ia akan bina kredibiliti, bukan sahaja Fanpage akan bertambah orang suka, malah boleh jana trafik berterusan untuk blog anda.Aktifkan Dalam Google+
Ramai yang kurang ambil perhatian mengenai Google+ dan Google Page. Ia sebenarnya satu medium sangat baik untuk anda menerima trafik blog anda. Kongsikan entri-entri anda menggunakan pendekatan mesra blogger dan mesra komuniti Google+ dengan memasukkan mereka dalam entri anda. Hanya dengan menggunakan tanda +; anda dengan mudah boleh tag seseorang atau sesebuah komuniti dengan mudah dalam entri blog anda. Secara automatik, entri blog anda akan dibaca oleh mereka yang kena tag ... dan berikan kelebihan jika mempunyai hashtag atau kata kunci tertentu.Kekerapan Kemaskini Entri Blog
Tidak disangkal lagi, jika blog anda kaya dengan informasi menarik dan bermanfaat, trafik akan hadir setiap masa ke blog. Lain orang lain cariannya, lain orang lain bacaannya. Kena pandai dan bijak cari bahan yang sesuai untuk blog anda, dan jadikan ia entri dalam blog. Banyak blog yang berjaya dapat trafik tinggi dek kerana kekerapan update entri ini.Namun, ada juga blog yang kurang update tetapi masih berupaya jana trafik tinggi - ini adalah disebabkan blogger tersebut buat entri terpilih yang boleh menjana trafik yang mencanak dengan pendekatan kata kunci yang panas serta popular. Selamat mencuba.
Anda boleh pilih mana-mana yang anda mahukan untuk jana trafik tinggi bagi blog anda. Tidak semua sesuai, bergantung dengan penyampaian, isi kandungan, reka bentuk blog dan beberapa aspek lain; namun secara amnya kebanyakkan blog yang berjaya hasilkan trafik yang beribu-riban sehari adalah disebabkan faktor-faktor di atas tadi.
Thanks untuk tips nie HH
BalasPadamGood info, tengah sibuk naikkan traffik blog ni... tHanks
BalasPadamAssalamualaikum,
BalasPadamSebahagian dah buat...kena gigih lagi ni
bagus tips tu..nak apply lah.
BalasPadammemang tak dinafikan setiap apa yang abang HH nyatakan di atas memang betul dan ada kebenarannya sebab melaluinya juga...
BalasPadamsangat setuju ..terima kasih berkongsi entri ini :)
BalasPadamgreat tips
BalasPadamsalam..tq share tip2 yg sgt bagus ni
BalasPadamSama-sama. Tak salah berbahagi ilmu yang ada. Saya pun dulu blogger kecil yang cuba nak menapak dan dapatkan trafik blog.
PadamBetul! Kena apply lagi ni :)
BalasPadamTips berguna.. Thankz bro...
BalasPadamgood info tuan! thanks a lot.
BalasPadamtak lengkap 7 lagi ni , patut lembapp je
BalasPadamHahaha.. adehh ... tak pe, cuba pelan-pelan, jangan gelojoh kejar trafik ni.
PadamRasanya semua ini dah biat
BalasPadamtip terbaik...terima kasih atas perkongsian
BalasPadamterima kasih info ini bro HH :-)
BalasPadamKena cuba la nie yerr... :D
BalasPadamThank for sharing...
Thanks for the tips. Very useful bro HH. :)
BalasPadamnice sharing...good idea...
BalasPadamterima kasih satu perkongsian yg bermanfaat buat saya...
BalasPadamNice tips :) Tengah berusaha naikkan traffic blog
BalasPadamAssalammualaikum...bro HH,
BalasPadamwahhh..tips nie mmg benar ...berkesan mselim3 dah merasainya... insaallah no pain no gain usaha pasti jaya.
mselim3
Thanks for the tips!
BalasPadamWafi, terima kasih kembali.
Padamterima kasih atas perkongsian ini.memang berguna untuk saya yang baru nak belajar ber blog.
BalasPadamkwn sy gaji melebihi rm5000 tp cmne leh dpt ye? bkn maksima gaji rm3000 je ker dan perlukan smua urusan ni mendapt kelulusan pihak majikan juga.., terima kasih
BalasPadamharap blog saya pun dapat traffic.
BalasPadamnak cuba jugak..harap bleh berjaya.. jom ke kurunglover.blogspot.com
BalasPadamHoho .. promote bisnes baikkk punya tu ..
Padamhttp://aisyahhhamir.blogspot.com/
BalasPadamMaaf, peringatan ikhlas anda membuatkan saya tak dapat nak kongsi kajian yg saya lakukan berkaitan trafik.
BalasPadamSekian.
tq atas info..saya akan cuba salah satu...
BalasPadamrasanya macam nak tamak aje,tapi...mampu ke nak cekau semua?hehe
BalasPadamnice sharing abang HH ^^
BalasPadamTerima kasih Sabrina .. moga dapat dimanfaatkan tips trafik ni.
PadamHolla www.astro.com.my visit laman web kami
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.