5 Cara Bangkitkan Keghairahan Pengunjung Blog Pertama Kali

Dalam bab memikat pengunjung menjadi pembaca di blog kita, perlu tahu kaedah dan cara untuk mereka terus berada lama di dalam blog. Dengan ini, apabila mereka berada lama, mereka akan ketahui dan baca entri-entri lain. Kerana itulah, perlunya anda sebagai seorang blogger Malaysia bangkitkan keghairahan mereka yang berkunjung pertama kali.

5 Cara Bangkitkan Keghairahan Pengunjung Blog Pertama Kali

Bagaimana nak bangkitkan keghairahan mereka untuk terus membaca entri-entri blog yang lain? Jika anda seorang blogger baru, memang agak payah kerana dalam bab ini, anda perlu sokongan daripada pembaca blog sedia ada. Mengapa? Kerana antara unsur penting bangkitkan keghairahan pengunjung pertama kali ialah dengan komen.
5 Cara Bangkitkan Keghairahan Pengunjung Blog Pertama Kali

Anda perlu paparkan atau highlight entri-entri yang mempunyai komen yang banyak. Cara ini akan buat pengunjung pertama kali tertanya-tanya mengapakah tajuk entri tersebut ada banyak komen. Sifat ingin tahu bangkitkan keghairahan untuk ketahui isi kandungan entri tersebut. Teknik terbaik untuk paparkan entri tersebut adalah dengan menggunakan widget yang pernah saya ceritakan kepada anda dahulu di sini -Papar Entri Popular Ikut Jumlah Komen

Keduanya ialah menerusi widget Pageviews dalam blogspot anda. Walaupun ia hanya angka yang berkedip-kedip (kalau trafik tinggi); tapi ia boleh beri kesan dan impak kepada pengunjung pertama untuk mengetahui apakah yang menyebabkan angka itu semakin lama semakin meningkat. Pasti ada entri yang buat yang lain ghairah menggodek blog anda.

Ketiga widget yang paparkan pengikut, peminat, ahli kelab dan sebagainya. Boleh gunakan widget follower, widget Facebook Fanpage dan pelbagai lagi, termasuklah Twitter. Widget-widget ini ada kesan yang lebih kurang sama dengan Pageviews tadi. Malah, jika widget ini digunakan dengan cirian maksima, ia mungkin boleh berikan impak lebih lagi, contohnya widget yang paparkan tweets terkini dari akaun Twitter anda.

Keempat ialah dengan paparkan entri-entri hangat di bahagian atas blog anda. Saya pernah meletakkan widget linkwithin, nrelate mahupun outbrain di bahagian atas setiap entri saya. Dan hasilnya memang ada. Selalunya ramai blogger letak widget berkenaan di bawah entri, tetapi percubaan dengan sedikit kelainan ini berikan impak yang mengujakan.

Kelima ialah hadiahkan sesuatu kepada pengunjung blog anda. Anda boleh lakukan dengan banyak cara dan kaedah. Ada yang perlukan modal, ada yang percuma. Contohnya ialah memberikan insentif tunai buat pengunjung yang berikan komen terbanyak. Atau dengan cara yang lebih kos efektif ialah dengan paparkan komen-komen yang diberikan di sidebar; paling baik ruangan tersebut dilengkapi dengan avatar atau profil pengunjung tersebut.

Dan banyak cara lain untuk bangkitkan keghairahan pengunjung blog pertama kali untuk terus berada di blog anda. Pilihan dan kaedah telah saya kongsikan, anda boleh cuba dan gunakan untuk blog anda.

Post a Comment

17 Comments

  1. post entri tuan yang ini rase nye mmg dah ghairah bile tgk gambar bibir mcm tue.. hihihi...apa2 pon tips yang sgt bermanafaat..

    ReplyDelete
  2. salam jumaat bro..tips yg sangat berguna utk blogger baru

    ReplyDelete
  3. nice tips :) fae teruja kalo tgk satu2 entri fae byk komen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm ya, diri sendiri pun teruja, apatah lagi jika orang lain ... ye tak?

      Delete
  4. terima kasih di atas perkongsian yang bermanfaat ni abang HH....

    ReplyDelete
  5. Belajar belajar belajar lagi kat sini :)

    ReplyDelete
  6. Terima kasih sudi datang blog cik akak tu...
    Maklumlah blog siput sedut je..segan pula bila Admin HH datang bertandang....
    Alhamdulillah cik akak dah baca pembaikan 81 skim tu....:) suma belom upload lagi...

    ReplyDelete
  7. Tips yg sungguh bermanfaat.. t kasih diatas perkongsian HH.. :)

    ReplyDelete
  8. seram jugak baca tajuk HH kali ni..hahha..apapun, saya tak berani lagi nak letak carta pengkomen tegar kat blog atau yang seumpaanya, sebab orang yg ikhlas bagi komen suam-suam kuku jer..isk..isk..

    ReplyDelete
  9. pop ups memang akan membuatkan pembaca hilang ghairah

    ReplyDelete
  10. Terima Kasih atas perkongsiannya.
    Akan cuba mempraktikkan ilmu ini.. :)

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.