5 Pelaburan Utama Untuk Blog Berjaya

Sedekah Pintu Rezeki
Pelaburan pertama yang saya lakukan ialah sedekah. Sedekah adalah pintu rezeki. Ramai yang takut untuk memberikan apa yang ada secara sukarela. Jika anda membaca ebook 9 Formula Pantas Seru Rezeki anda akan faham mengapa ia penting. Malah, ramai usahawan berjaya kini menggunakan formula ini untuk menjadi semakin berjaya.[Ads] Program Derma Ikhlas RM60 Menjadi RM100K
Apa yang saya buat ialah, pendapatan yang saya dapat dengan blog, saya kembalikan dengan buat segmen, kontes serta giveaway. Saya ambil sedikit daripada pendapatan blog yang ada (yang tak banyak mana) untuk dijadikan sebagai hadiah kepada pembaca dan pengunjung blog ini. Jika pendapatan saya banyak, maka banyaklah yang boleh saya berikan, jika sedikit sedikitlah. Yang pasti, saya akan cuba melakukan jika ada kesempatan.

Penjenamaan Blog Dengan Domain Sendiri
Pelaburan kedua ialah penjenamaan blog ini. Saya gunakan pendapatan hasil blogging dengan membeli nama domain sendiri. Cari nama domain yang sesuai yang akan membawa nama dan jenama dikenali. Nama domain adalah penting supaya anda dapat kekal dan terus bertahan dalam dunia blog. Nama domain menampakkan anda mempunyai blog yang profesional dan ada kredibiliti.Nak Beli Domain Murah? Saya syorkan ini - KLIK
Untuk meningkatkan jenama, saya jadi penaja kepada beberapa kontes dan segmen kecil. Tak perlu yang besar-besar, sebab yang besar-besar ini sudah ada jaminan penajanya. Setidaknya, saya dapat bantu blogger yang baru nak naik untuk meningkatkan trafik menerusi segmen dan kontes yang mereka buat. Hadiah disalurkan dalam bentuk wang ringgit kerana ia lebih mudah dan menarik.
Hosting Sendiri Untuk Kejayaan Jangka Panjang
Pelaburan ketiga ialah hosting; ya ... saya ada melabur untuk membeli hosting sendiri blog. Tapi blog ini masih kekal dengan hosting Google (blogger.com). Saya ada melabur untuk peroleh domain dan hosting sendiri bagi blog saya yang lain. Ia bukan satu pelaburan untuk penjenamaan, tetapi juga satu pelaburan untuk saya mendapat ilmu baru.Ilmu Teras Kejayaan Sebenar
Pelaburan keempat ialah mendapatkan ilmu. Ramai yang ragu-ragu untuk mendapatkan produk online digital seperti ebook. Saya dulu pun begitu juga, takut pembelian itu tidak berbaloi, tetapi percayalah, setelah anda beli dan dapatkan ilmu yang anda inginkan, in Sha Allah, tiada sesalan. Paling busuk pun .... akan ada 10 peratus ilmu yang anda dapat dari ebook itu yang akan dipraktikkan.Ikuti Sistem Kejayaan Pakar
Pelaburan kelima ialah hadiri seminar yang dianjurkan oleh mereka yang pakar. Mungkin seminar itu agak mahal, tapi ianya berbaloi kerana anda mendapat ilmu secara terus ... anda lihat, anda dengar dan anda boleh berikan reaksi dan respon. Ini merupakan pelaburan jangka panjang. Dan ia merupakan pelaburan untuk lebih memajukan blog. Ia merupakan pelaburan peringkat tertinggi dalam menjadikan diri anda sebagai blogger berjaya dan blog anda sebagai wadah online serba hebat.Semua diatas adalah perkara yang telah saya buat dan lakukan. Dan hasilnya boleh anda nampak sekarang. Bukan mudah untuk blog menjadi antara 300 terbaik di Malaysia menerima trafik. Dan bukan mudah untuk saya berjaya menjadikan blog sebagai sumber pendapatan. Usaha satu hal, konsisten satu hal ... tapi semua itu perlukan ilmu, dan perlukan pelaburan.
Pelaburan biarlah berbaloi, untuk menjadikan pelaburan itu berbaloi, ikutlah langkah kejayaan yang telah dibentangkan kepada anda. Jika anda tidak bertindak dan hanya duduk diam melihat kejayaan orang lain .. sampai ke sudahlah anda akan hanya mengeluh panjang ....
Selamat melabur untuk kejayaan.
Pelaburan terbaik ialah ilmu.