Bukan benda baru, malah dedulu lagi dah berlaku. Cuma sekarang ni, dah makin menjadi-jadi apabila Facebook dijadikan tempat untuk kumpul dan himpun pemilik-pemilik akaun 8Share dan ChurpChurp, bagi kongsi klik iklan dan lakukan apa yang didakwa sebagai penipuan klik.
Mengapa ia dianggap penipuan klik iklan? Sebabnya ialah mereka yang terbabit menggunakan kaedah minta orang klik iklan setelah iklan mereka diklik. Ia memang langgar syarat yang ditetapkan dalam 8Share. Saya pernah terbitkan entri berkenaan di sini -
Terma Syarat SAYS Malaysia.
Ini pula sebahagian entri saya tulis pada tahun 2011 mengenai kegiatan Click-Fraud.
- clicking on other bloggers’ ads and leaving a comment behind asking/hinting to the owner to click on their ads back
- asking for blog visitors’ help to click on the ads
- registering a large number of blogs and clicking on ads on each of them
- repeatedly switching to a different IP to click on own ads
Baca Selengkapnya -
Takut Dituduh Melakukan Penipuan .... http://www.hasrulhassan.com/2011/06/takut-dituduh-melakukan-penipuan.html#ixzz2couBQBtg
Cara Tipu Klik Iklan 8Share dan ChurpChurp Menerusi Facebook
Sekarang, jadi satu kaedah pula diwujudkan kumpulan-kumpulan tertentu dalam Facebook untuk klik iklan-iklan yang dikongsikan menerusi 8Share dan juga ChurpChurp. Ada banyak, dan kebanyakkannya adalah closed group di mana ahlinya dipilih untuk masuk ke kumpulan berkenaan.
Yang peliknya ialah ramai antara mereka ini sedar bahawa apa yang mereka lakukan itu adalah salah, tapi tetap juga buat. Paling best, siap diberikan tips tertentu dan kata nasihat supaya awas agar tidak dikenakan tindakan oleh pihak 8Share mahupun ChurpChurp.
Selalunya tindakan yang dikenakan adalah akaun dibekukan dan income tak dapat dikeluarkan (jika ada).
Kata mereka, ini bukan duit blogger yang kena bayar tetapi pengiklan, jadi apa salahnya buat begitu ...
Namun, saya pasti ramai blogger Malaysia terutama blogger yang dah lama berada di dalam dunia blog Malaysia ini yang dah cukup arif kenapa tidak boleh dilakukan hal sedemikian. Malah perbincangan ini dah pun jadi satu terbitan dalam beberapa blog dakwah dan islamik berkenaan pendapatan online menerusi iklan ChurpChurp, 8Share, Nuffnang, Advertlets dan pelbagai lagi.
Saya bukan nak sekat rezeki orang lain, tapi nak dapatkan income cuba buat cara dan teknik yang dibolehkan.
ohh susah juga oh...
BalasPadamTak susah, cuma jalan perlu betul. Tiada jalan singkat ye dik.
PadamOH.. baru tahu.. tak nak lah terlibat, takut..
BalasPadamden dah stop main klik klik ni
BalasPadamBaguslah, tapi tak salah klik iklan dalam blog orang lain - sebagai salah satu cara bersedekah sesama blogger ..:)
PadamSalam.buat bisnes online memang ada macam-macam caranya. Kita memang boleh buat duit secara online ,tapi yg paling penting kenalah betul caranya dari segi etika & hukum agama. Memang X salah kalau nak bersedekah sesame blogger tapi ..,MAAF, pada saya kalau dengan cara klik iklan sewenang-wenangnya,Ini adalah SALAH ! Ini akan menganiaya advertiser/pengiklan yg terpaksa membayar kos setiap klik yg kita buat.Ini nampaknya seolah-olah kita telah MEMAKSA mereka memberikan wang @ MENCURI wang mereka untuk kita bersedekah ! Ini X patut kita semua lakukan.OK.Salam.
PadamArol ada akaun 8Share dan ChurpChurp tapi dah bertahun tak share iklan. Sekarang nie memang trend klik sana sini, kalau nak join segmen/giveaway pun sama. Arol ada baca artikel Ustaz Nor Amin pasal isu nie. Hati-hati kalau nak menjana pendapatan, duit yang kita dapat tue akan menjadi darah daging. :)
BalasPadamBuat cara sedekah. Klik iklan tu sebagai tanda kita bersedekah (Walaupun sebenarnya kita bukan bagi duit kita pun)
PadamDulu den pun ada dimasukkan ke dalam group tu. tapi den tak share pun kat group macam tu. den share macam biasa jer kat wall fb den. kalau ada yg klik tu ya Alhamdulillah. Kalau tak der ya bukan rezeki la tu namanya
BalasPadamSikap yang terpuji.
Padamyup setuju entri nie, biar cara yang di benarkan
BalasPadamcik akak memang ada akaun share tu...
BalasPadamtapi cik akak share kat walll...
ada-ada pun join fanpage orang yang cik akak kenali...
semoga rezeki yang cik akak dapat tu...
memang dengan cara yang ikhlas....amin
Semoga ikhlas semuanya.
PadamHaritu pernh terjoin group ni . member invite.. pernah jugak share iklan kat situ.. heheh... tp skrg x lah...
BalasPadamBeringat dan sentiasa nasihat kepada yang mungkin tak menyedari akan kekhilafan.
Padamxsgka pulak ada group ni...klu dekat blog pulak slalu sgt blogger len tipu dgn tggal pesan kt cbox, 'jmput singgah blog kte'..tp bila kita klik, link iklan yg kuar..rmi dh blogger yg kne cm ni
BalasPadamHmm itu cara lama, dan mereka gunakan software autoblogwalking untuk menjana pendapatan dengan kongsi iklan 8share dan churpchurp.
Padamermmmm bukan senang nak dapat duit kan!
BalasPadamYa memang bukan sesuatu yang mudah. Ianya hanya akan jadi mudah bila kita tahu cara dan kaedah yang betul dan terbaik. Setiap usaha ada jalannya, pilih sahaja dan lakukan 100 peratus usaha.
Padamhuhu. saya share je kat fb, kalau ada yg klik adela. Rasanya org yg menipu tu desperate sangat kot nak duit.
BalasPadamHmm harapnya mereka kini dah faham cara yang betul
Padamrezeki semua dari Allah.. banyak & sikit kita usaha je cara baik. Jangan risau setiap manusia ada bahagian rezeki masing2 tak perlu kot sampai nak menipu
BalasPadamTerima kasih atas ingatan dan teguran dari Suria.
Padamtak perlu kot nak buat fraud click macam ni...tak berkat rezeki yang dapat tu..
BalasPadamBetul tu Ezad. Saya pasti Ezad pun ada tips sendiri untuk dapatkan income dengan cara yang betul.
Padamnanti fb syak spammer~ huhu
BalasPadam#R4BIA
#PrayMesir
kerjsama atas perkara mungkar
http://pemudattbc.blogspot.com/2013/08/mesir-kerjsama-ke-arah-kejahatan.html
Itulah yang berlaku kepada SAYS.
Padamada yang buat macam entri hot..sekali iklan 8share keluar huhuhu
BalasPadamErrr .. saya ada buat .. :P
PadamTerima kasih beritahu. Yg dah lepas, usah diulangi (Tak jadi nak buat GA bersyarat klik2) hehe
BalasPadamIngatan juga buat diri saya.
Padamharap yang tahu tapi buat buat tak tahu lepas ni sedar,, :D
BalasPadammcm ni pun ada. ingatkan kat FB suh klik. rpanya siap wujudkan page lagi. halal ke buat macam tu. hais.
BalasPadamTipu2 ni tak ke mana...sooner or later, tertangkap juga..
BalasPadamdulu2 buat jugak..skrg da x,insaf namanya...xpaksa org klik & xberminat tuk exchange klik..lbh2 lagi churp2 & 8share..klu nuffnang, kebetulan singgah blog kawan2, hadiahkan seklik sebagai tanda semangat teruskan berblogging...mesti kwn2 suka kalau earnings meningkat.
BalasPadamSetujuu..tak eloklah buat benda menipu...hasilnya duit yang kita dapat tu tak berkat..susah juga...
BalasPadamahkak terikut sama juga...tp bila ada yg ...ok tobat. Dah lama join 8share tp earning xpandai naik..hikhik..churp2 ajelah meningkat dan pernah cashout...tu pun cara letak iklan d blog dan share d wall fb..ada yg berminat dorg klik la...
BalasPadamItulah cara yang sepatutnya dilakukan, jangan buat kerja pesong2 ni .. bahaya.
PadamBettoolll...!! Sangat xsetuju dgn fraud sebegini..
BalasPadamNasib baik xpenah terjebak~~Duit kena fikir halal haram bruh..
oo...mcm ni...sekarang baru faham..haha
BalasPadamDah faham, harapnya nanti janganlah buat ye.
Padambaru faham dan tahu.....tapi kalau nak share iklan kat fb @ medium sosial lain macam mana tu?
BalasPadamBuat cara yang betul ... klik je share pada iklan2 dalam 8share dan ChurpChurp tu je.
Padamemm... betul betul.
BalasPadamnak share kat blog pun kdg2 segan. takut org kata saya desperate nak duit. tp kdg2 share gak kat entry.ehehhe
macam mana dengan segmen yg mewajibkan setiap peserta klik iklan sesama peserta? itu dikira penipuan jugak ke..?
BalasPadamJika syaratnya adalah WAJIB dan link dibeirkan itu tidak cerminkan apa yang dikongsi.
Padamincome 8share n churp2 SB pon masih bersen-sen je..hahahaa...
BalasPadamsaya pun dah pernah buat entri tentang ni. Tapi nampaknya blogger yang dok berkunjung ke blog sy tu, masih buat tak tahu lagi. Dah sampai sini baru nak faham kot... Nak buat macamana ya? masih ada lagi yg tak tutup group yg dia telah tubuhkan tu? Tu sebab bila dia statuskan bab agama, sy kurang nak like dah. Pelik tapi benar, tapi at least, saya dah ingatkan. Terlepas dosa saya
BalasPadamApa nikmat makan sesuatu yg tidak hal.
BalasPadamSiap ada kata-kata nasihat lagi kat screenshot tu, walhal dah buat benda yang salah
BalasPadamBoleh ke kalau kita pm sendiri kawan kita. Kita cakap kt dia kita jadi agen untuk sebar maklumat semasa. Kita kan dapat komisen kiranya ada klik link. Kalau berminat nak tahu, klik la..xde paksaan. Boleh kegini?
BalasPadamKena gunakan cara tulis iklan dengan betul dan berkesan. tak perlu paksa, saya ada berikan beberapa tips berkaitan. Boleh search. :)
PadamSetahu saya la iklan yang dia bagi memang untuk di share kan.. memang kita disuruh buat mcm tu pe.. ada butang share tu maknanya suruh share pada orang ramai la.. so xkan beruk kot nk klik hihi.. sorry just pendapat saja.. ce fkir yg logik.. kita copy link tu lps tu nk simpan dalam peti ais ke baru dpt erning kan?
BalasPadamSuruh share, tapi bukan diminta untuk kita suruh orang klik :) kena faham tu. Kita boleh share banyak banyak mana pun, cuba pihak pengiklan mohon agar apa yang dikongsikan itu benar-benar menarik minat.
PadamNasib saya tak pernah kenal apa itu 8share... apa itu churp-churp... tahu nuffnang jek... dan sy juga tak suka org tinggalkan pesanan "done follow, done cuit nuffnang"
BalasPadamHehehehe.. newbie banyak gitu. Tak salahkan mereka pun, sbb bukan semua akan baca terms dan peraturan.
PadamNak tanya mcamna buat entry hot dan kuar 8share iklan? Nak try buat boleh ker?
BalasPadamterima kasih atas info
BalasPadamDan nampaknya 8share sudah mula menipu ahli-ahlinya sendiri.
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.