Novel Kisah Hidup Blogger Yasmin J Hunwick

Klik sini untuk TIPS TEMUDUGA
As-Salam. Barangkali ramai yang mungkin tidak mengenali siapa dia - Yasmin J Hunwick ini atau nama sebenar - Yasmin Johan Eusoff. Dia bukan blogger popular, tetapi kisah dan ceritanya menjadi tangisan pembacanya. Ada yang ambil kisah hidupnya sebagai salah satu kekuatan, malah ramai yang menjadikan kisahnya sebagai sebuah peringatan bahawa setiap yang hidup pasti akan mati - dan persediaan untuk mati itu sangat penting.

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Hanya Allah S.W.T sahaja yang mengetahui segala suratan. Dia, Allah mengatur segalanya buat hambaNya.

Kepada yang mungkin belum mengenali siapa yang saya maksudkan, bolehlah anda baca entri yang telah setahun berlalu ditulis ini - Yasmin Johan Eusoff.

Kisah Hidup Blogger Yasmin J Hunwick Dinovelkan

Terkini, apa yang sampai ke pengetahuan saya, kisah hidup blogger remaja ini - Yasmin J Hunwick telah dinovelkan. Ia merupakan sebuah novel yang eksklusif memandangkan ia hanya dicetak mengikut tempahan.
novel kisah hidup Yasmin Hunwick oleh Syimir Yunusi

Ianya ditulis oleh seorang blogger juga - Syimir Yunusi. Saya kurang pasti kaitan penulis novel dengan arwah Yasmin tetapi banyak cerita dan kisah Yasmin diceritakan di dalam blognya -  Ashabul Yameen - termasuklah mimpi-mimpinya bertemu dengan Yasmin J. Hunwick ini.

Ibu bapa arwah Yasmin telah menyediakan sebuah page khas di Facebook berkaitan dengan Yasmin Hunwick ini, anda boleh jenguk dan mungkin boleh dapat tahu akan perkembangan terkini mengenai novel Kisah Hidup Blogger Yasmin J. Hunwick. Laman tersebut dinamakan Territory Yasmin Hunwick.

Blog Arwah Yasmin Masih 'Hidup'

Malah, blog Yasmin masih lagi dikemaskini dari semasa ke semasa menerusi draft-draft yang ditinggalkan oleh ibu bapa arwah sendiri.

Walaupun diri Yasmin telah pergi, impaknya nampak makin ketara, terbaru, nama Yasmin Hunwick direkod sebagai antara carian tertinggi di dalam Google. Malah, namanya pernah menjadi trending topic di Twitter.

Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa salah satu hasrat arwah Yasmin ialah untuk dirinya dikenali seluruh Malaysia, bukan kerana kemalangan yang meragut nyawanya tetapi mengenai kisah-kisah yang berlaku sebelum kemalangan - terutama mengenai persediaannya dirinya untuk menerima suratan akan kembali mengadap Illahi.

Post Terbaru Ayah Yasmin

Salah satu entri terbaru menitipkan sepucuk surat daripada ayahnya. Saya ambil daripada blognya - http://misschronicz.blogspot.com/

DARI : UNCLE JOHAN
Salam Sejahtera,

Same date last year, was a day that will forever be the darkest day in my life. But as a muslim and I am sure my beloved daughter would agree - everything is ON LOAN. NOTHING BELONGS TO US INCLUDING OUR OWN LIFE. ALLAH OWNS EVERYTHING! 

We must be grateful and thanking the ALMIGHTY that we are given the opportunity to be in this world and 'taste' his countless NIKMAT....the food we eat, the health, the wealth, the air we breath, our children, wife, father, mother and the list goes on and on. When the loan period ends, the owner has the absolute right to take it back.

My beloved daughter Yasmin is now in Allah S.W.T hand. I know she is in better place now .... I know my everyday's prayer - "Ya Allah Ya Tuhanku  peliharalah anakku di alam Barzakh lebih baik daripada kami memeliharnya di alam dunia ini" is being answered.

A day of "loan" in this world is a day nearer for me to meet her in the next world.

I thank all of you(readers) for the doa(s), efforts in many special ways and support to me and my family through out these grief period. I prayed that we all will be blessed by the Almighty.

Please remember that the cleverest person is the one that prepared for the next world..... the permanent one.

Allah Hu Akhbar.

- JOHAN E.ABDULLAH
03 June 2013
Time : 1:10 am 

Menjadi Topik Di Kalangan Blogger Remaja

Banyak blogger terutama blogger remaja dah bercerita soal diri arwah, anda boleh baca cerita-cerita mereka, samada dari teman rapat yang pernah mengenali diri arwah mahupun mereka yang terkesan dengan kisah hidup blogger Yasmin J Hunwick ini.

Antara cerita yang menarik mengenai pengalaman seorang blogger ini 'bertemu' arwah di dalam mimpi, sedangkan mereka tidak pernah kenal. Lalu diberikan satu nasihat yang cukup berguna untuk remaja wanita - iaitu mengenai aurat.

Ada juga blogger yang ,menceritakan detik-detik sebelum kejadian pemergian arwah di hari berlakunya kemalangan. Kisah kain batik lepas, kisah gelas pecah dan kisah ramai orang datang lawat jenazah di masjid.

Apapun, kematian arwah Yasmin J Hunwick ini telah memberikan satu impak yang sukar saya nak terangkan. Apa yang saya nampak, pemergiaannya telah membuat ramai orang sedar bahawa kematian itu pasti, dan persediaan untuk mati itu perlu. Ajal boleh hadir tanpa kita menyedarinya. Soalnya, bagaimanakah kita .... yang mungkin tidak seawal usia Yasmin - 17 tahun akan bersiap sedia menghadapi mati.

Al fatihah buat arwah Yasmin J Hunwick. Pemergian anda bukan pemergiaan yang kosong.


Post a Comment

12 Comments

  1. Princess MOMOY2 July 2013 at 18:26

    momoy tak tahu kisah arwah ni. nak pergi visit blog nya

    http://www.momoy-blogirl.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. sedihnya baca kisah arwah... Al-Fatihah...

    ReplyDelete
  3. Alfatihah

    semoga di tempat orang2 solehah2

    http://pemudattbc.blogspot.com/2013/07/tentatif-program-lantunan-mahabbah.html

    ReplyDelete
  4. Ya, akhir tahun lepas saya baca kisah2 dia dalam blog tu ... sehingga ibu bapa Yasmin pula ambil alih ...memang sedih bila mengenangkan si gadis 17 tahun ini... teruitama bila dekat2 kematiannya.

    ReplyDelete
  5. Al-Fatihah.. moga allahyarhamah ditempatkan dikalangan org2 beriman.

    ReplyDelete
  6. sebelum arwah meninggal, sy biasa baca2 juga blog arwah...

    ReplyDelete
  7. Alfatihah buat blogger yasmin dan salam takziah untuk keluarganya.

    ReplyDelete
  8. Al fatihah. Antara umat manusia yang meninggalkan nama.

    ReplyDelete
  9. alfatihah buat arwah...setiap kali masuk blog arwah..meremang bulu roma..bukan sebab takut tapi catatan org tua arwah...setiap yg terjadi sebelum arwah meninggal...tu yang sy maksudkan..

    ReplyDelete
  10. Alfatihah..moga rohnya aman di alam barzakh.

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.