As-Salam. Widget ini dah lama saya pakai di blog lain, dan nampaknya ok. Ia satu gajet atau widget yang boleh diletakkan di blog untuk menarik perhatian pengunjung yang lain. Widget ini merupakan spy slider memaparkan entri terkini di bahagian sidebar blog. Ia sebuah widget yang memaparkan entri-entri yang baru diterbitkan dalam blog anda, dalam sela masa tertentu di dalam ruang khas yang boleh dioptimasi berdasarkan kehendak.
tutorial pasang widget papar entri terkini

Efek Spy Papar Entri Terkini di Sidebar

Ciri paling menarik mengenai widget ini ialah kebolehannya untuk memaparkan entri-entri terkini dalam satu ruang khas - dalam jumlah tertentu pada kadar tertentu dalam satu-satu masa. Ia membolehkan anda jimatkan ruang blog anda, tetapi dalam masa yang sama tidak mengabaikan perkara penting yang perlu anda tonjolkan iaitu entri-entri anda.

Widget ini boleh hadkan jumlah entri untuk dipaparkan secara keseluruhan dan secara berjujukan. Contohnya, anda ada 10 entri terkini, tetapi dalam satu-satu masa anda mahu hanya 3 entri dipaparkan, maka widget ini akan hanya papar 3 entri terkini terawal, dan kemudiannya 3 entri kemudiannya dalam satu sela masa sehingga ke entri ke 10. Ia kemudian ulang semula dari awal.

Ciri-Ciri Widget Efek Spy Papar Entri Terkini

  • Jimatkan ruang blog anda terutama di bahagian sidebar
  • Automasi sehingga 3-4 entri dalam satu-satu masa (had akhir tidak terhad)
  • Imej thumbnail boleh dilaraskan (thumbwidth/thumbheight)
  • Boleh laras saiz huruf, serta berikan variasi (bergaris, dihitamkan, warna)
  • Paparkan jumlah komen pada setiap entri.
  • Paparkan tarikh terbitan setiap entri.
  • Komen serta tarikh boleh dinyahaktifkan untuk paparan.
  • Boleh laras nilai sela masa atau interval 
  • Dibenarkan papar entri-entri terkini dari blog lain
Anda boleh terus salin kod HTML di bawah ini dan masukkan ke bahagian sidebar blogspot anda dengan mudah. Anda pergi ke bahagian Dashboard-Layout-Add a Gadget-HTML/Javascript.

Salin dan buat ubahsuaian pada pemboleh-ubah tertentu


Widget ini telah diselaraskan untuk dipaparkan pada sidebar sederhana besar dengan had kelebaran 300px. Jika mahu kecilkan atau ubah kepada saiz yang anda mahukan, sila ubah pada bahagian css spylist. Perletakkan imej thumbnail juga boleh diubah samada mahu di sebelah kanan atau kiri. Anda juga boleh letakkan border pada kekotak paparan dengan memberikan nilai 1-5 pada css spylist border.

Paling penting anda perlu tuliskan alamat url blog anda di bahagian home_page.= "URL BLOG ANDA". Anda juga boleh gunakan ini untuk idea sewaan tapak iklan daripada blogniaga-blogniaga atau mempromosikan blog-blog lain.

Ok. Rasanya mudah je kan? Kalau ada masalah, jangan segan-segan bertanya.

Selamat mencuba.



18 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

  1. Wah... Cantik template baru :D

    Tahniah Tuan HH

    ReplyDelete
  2. Terima kasih .. tetiba dapat email suruh cuba template ni

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas info. Nanti boleh cuba.

    ReplyDelete
  4. HH dah tukar template baru...terkejut saya..ingat salah blog tadi.. Ok2..nanti saya cuba ye

    ReplyDelete
  5. Thanks...

    ReplyDelete
  6. Ya, tukar ... untuk raya .. hehehehee

    ReplyDelete
  7. Cuba, agak2 tak sesuai ,.... leh je buang kan ... :) tak cuba takkan tahu

    ReplyDelete
  8. fairus mohamad noorJuly 18, 2013 at 8:09 AM

    wah menarik ni..bleh cuba nanti,,tq share ye bro

    ReplyDelete
  9. Saya nak test komen ni .. samada sudah ok atau belum ...

    ReplyDelete
  10. terima kasih perkongsian ini abg HH.

    ReplyDelete
  11. Kalau saya nak letak post entri dr blog saya nak letak post entri dr blog lain ke dalam blog saya... Boleh tak.. Utk blog sekolah

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**



Sebelumnya Seterusnya
Rahsia Shopee