Buat Pop Up Facebook Like Versi Melekat - Ramai dah tahu cara nak buat Facebook Like, saya dah pun kongsikan kepada anda sebelum ini, ada banyak variasi yang boleh anda cuba. Tak pasti caranya? Boleh rujuk semula entri ini - Cara Mudah Letak LIKE FB Fanpage. Daripada tutorial tersebut, maka senang dan mudahlah anda untuk mencuba teknik FB Fanpage LIKE jenis pop up pula.

Kod HTML bagi FB Fanpage LIKE masih sama, cuma yang bezanya ialah ada kekotak yang akan simpan kod tersebut. Teknik pop up nampak menarik kerana ia akan menjimatkan ruang blog, selain membolehkan blog anda dapat full loading sebelum kotak FB Fanpage LIKE itu ditutup.

Buat Pop Up Facebook Like Versi Melekat

Pop up Facebook Fanpage LIKE yang akan saya kongsikan ini punyai ciri-ciri berikut:
  • Tiada pemasa (wait until ... secs)
  • Punyai butang tutup (close)
  • Bentuk yang simple tetapi menarik
  • Pop up ini beranimasi - akan auto skrol ke atas dalam sela masa tertentu.
 Selepas seketika, pop up LIKE akan beranjak ke bahagian atas blog anda.
Pop up LIKE ini akan terus skrol ke atas atau bawah mengikut pergerakkan pengunjung blog anda. Nampak seperti memujuk untuk pengunjung LIKE FB Fanpage anda .. hehehehehe....

Ok. Nampak menarik? Kalau menarik, bolehlah anda cuba letak kod HTML di bawah ini di bahagian Add a Gadget - Add HTML/Javascript.

Jangan lupa gantikan bahagian NAMA-FB-PAGE-ANDA itu. Contohnya, FB page blog ini ialah http://www.facebook.com/bloghasrulhassan; maka bloghasrulhassan itu tukarkan dengan NAMA-FB-PAGE-ANDA yang terdapat di dalam kod HTML di bawah ini.

In Sha Allah, akan ada versi lain yang akan saya kongsikan kepada anda.

Kredit: BloggerSpice.com

Selamat mencuba.


21 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. yeayy..saya dah buat. terima kasih tuan. :)

    ReplyDelete
  2. Untuk wordpress camna pulak bro? Sama ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak pasti. Tapi kalau tgk koding di atas, rasanya tak ada masalah kot dimasukkan ..

      Delete
  3. Entry yg di tunggu2. Sblm nie ada jg test pop up like Fb, tp mcm x kena plak dgn blog saya. yg nie in shaa Allah saya cuba nti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm dah try? So macamana? Saya ada versi lain yang lebih baik.

      Delete
  4. Blog Hasrulhassan semakin menarik untuk dikunjungi.

    ReplyDelete
  5. Dah buat. Terima kasih. Banyak informasi boleh dapat dari sini.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah terima kasih tuan! Insya Allah moga bertambah barakah hidup tuan seisi keluarga dengan memberi ilmu bermanfaat pada kami

    Persoalan saya

    1)sejauh manakah pengunjung tak annoying dengan pop up ni dan akan kembali lagi ke blog saya

    Terima kasih

    2)

    ReplyDelete
    Replies
    1. :) Tertunggu juga soalan yang sama. Ini hanyalah sekadar satu variasi yang boleh digunakan, memandangkan ia ada elemen close yang boleh digunakan.

      Kelemahan variasi pop up ini ialah ia tidak ambil kira pengunjung yang dah LIKE ...itu sahaja. In Sha Allah, saya akan terbitkan satu lagi versi popup LIKE FB.

      Delete
  7. SALAM tuan, saya dah letak di blog, dan dapati ada sekali tu pop up tu yang keluarnya bukan like fan page tapi yang pop up nya iklan nuffnang. Kenapa ye? Maaf macam banyak tanya :)

    Saya sudah mula melekat dengan blog tuan pula :) huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagaimana boleh keluar iklan Nuffnang pula? Iklan Nuffnang hanya sah untuk blog anda sahaja. Ia tidak akan keluar di mana-mana blog lain walaupun ia adalah akaun milik orang lain. Kalau keluar iklan Nuffnang menerusi pop up ... itu merupakan iklan anda snediri.

      Delete
  8. berjaya diaplikasi, comey lak tu.. thanks bro

    ReplyDelete
  9. saya copy kod tu tapi x jadi. macam mana nak letak link page kita dlm kod tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya buat kejap ni .. test kat blog lain, ok je :) ....

      Delete
    2. Tgk pada kod tersebut, ada tulis - NAMA-FB-PAGE-ANDA ... gantikan dengan nama page FB anda tu ..

      Contoh page saya ... http://www.facebook.com/bloghasrulhassan jadi BLOGHASRULHASSAN ganti dengan tadi tu ..

      :)

      Delete
  10. Ok saya dah try. Dah boleh. Tapi sebelum keluar fb like tu, ada keluar 2 box lain lagi.. Pelik.. Saya x tau nk letak gambar macam mana kt sini. To boleh try tgk kt blog saya. nurzistayhealthy.blogspot.com macam mana cara nak buang box yg x diingini tu?

    ReplyDelete
  11. salam saye buat x jadi boleh tlg saya x buat bende ni . ni page saya
    https://www.facebook.com/pages/Kaki-Berita/316247741861988

    ReplyDelete
  12. Macam mana nak buat pop up iklan ni hilang bila kita tekan close? Taknaklah annoys kan reader. Thanks HH.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.


Previous Post Next Post

Advertisement

Advertisement




CAPAI IMPIAN ANDA JADI KAYA BERJAYA!!

Impian Nak Jadi Founder Produk Jenama Sendiri? Nak Tahu Senarai Kilang yang Sediakan Produk OEM? Nak Belajar Tips Pasarkan Produk Sendiri? Segalanya Tersedia untuk Anda!! - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement


Rahsia Bisnes Tudung