Bagaimana Blog Terima 180K Pengunjung Unik Dalam Masa 4 Bulan?

Bagaimana Blog Terima 180K Pengunjung Unik Dalam Masa 4 Bulan? - Trafik ke blog memang penting. Trafik menunjukkan bahawa ada pengunjung yang singgah dan baca entri-entri yang seorang blogger terbitkan. Tanpa trafik, blog ibarat kebun yang penuh buah, tanpa orang yang masuk dan makan buah yang ada ... akhirnya buah segar bugar, ranum masak dalam kebun jadi busuk, kebun pula kemudiannya jadi semak; akhirnya terbiar dan ... kena lelong untuk projek Mega (itupun kalau ada nilai). Rugi.

Rugi? Rugi sebab dengan adanya trafik, blog anda boleh dikenali, ilmu boleh disebarkan dan blog boleh menjana pendapatan. Kalau trafik tiada, bagaimana semua itu mungkin? Maka, penting sekali blogger Malaysia fikirkan cara betul dan berkesan untuk membolehkan blog menerima trafik yang diperlukan.

Blog saya telah berjaya terima lebih 200K pelawat dalam tempoh 4 bulan pertama 2013, dan daripada angka tersebut sebanyak 180K merupakan pengunjung unik (unique visitors).

Apakah rahsia blog ini sehingga dapat terima jumlah trafik yang sebegitu tinggi?

Bagaimana Blogspot Saya Terima 180 Ribu Pengunjung Unik Dalam Masa 4 Bulan?

Tips blog dapat trafik tinggi 180K pengunjung dalam masa 4 bulan
Tips blog dapat trafik tinggi 180K pengunjung dalam masa 4 bulan

Punca Dapat Trafik Tinggi Dalam Blog

Ok. Tak nak putar belit banyak sangat, saya perlihatkan berikut kepada anda ... inilah rahsia dan punca blog menerima sebahagian trafik tinggi tersebut. Separuh iaitu lebih 100K merupakan trafik organik iaitu trafik daripada sumber enjin carian seperti Google dan Yahoo. Dan kemungkinan lagi separuh adalah menerusi kaedah saya berkongsi entri di laman sosial seperti Facebook dan Twitter serta menerusi laman web ping Aggregator seperti Busuk.org.
Tips blog dapat trafik tinggi 180K pengunjung dalam masa 4 bulan

Tips Dapat Trafik Tinggi Menerusi Enjin Carian

Jadi, bagaimana nak dapatkan sumber trafik organik yang saya dok sibuk tayang di atas? Jawapannya adalah kata kunci (keyword) yang digunakan bagi setiap entri dalam blog, dan blog secara keseluruhannya. Lihat apa yang saya tunjukkan di bawah ini. Ianya merupakan katakunci-katakunci popular yang telah memberikan trafik sepanjang tempoh 4 bulan pertama 2013.

Teknik Blogspot Boleh Dapat Trafik Dari Enjin Carian

Bagaimana nak membolehkan kata kunci dalam entri - dan enjin carian memberikan trafik sebegitu? Ini semuanya adalah kerana SEO (Search Engine Optimization) yang saya gunakan dalam setiap entri terbitan blog ini.

Hanya terapkan SEO tanpa perlu anda nak ping di Facebook pun dah boleh dapat trafik sehingga 100K ... dibahagikan dengan 4 bulan, bersamaan 25,000 trafik organik sebulan! Bayangkan kalau tatkala itu blog anda ada iklan yang mengira jumlah UV seperti CPUV dalam iklan Nuffnang ... pergghh lumayan tu kan?

Jadi, mahu dapat trafik tinggi tanpa perlu ping sana sini di laman sosial seperti Facebook, mahu dapat trafik berterusan tanpa update blog terlalu kerap ... terapkan SEO dalam blogspot anda.

Sumber Analitik: Google Anaytics


  • Borong

Post a Comment

64 Comments

  1. oh ye?? nampak nya.. keyword hello kitty x berapa berjaya.. ihiiikk.. =)
    btw, blogwalking sini.. jmput follow http://belogzeera.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh ada banyak keyword, kadangkala keyword tu tak cukup kuat diletakkan, itu sbb tak berapa nak menjadi.

      Delete
  2. Tahniah HH.Entri ini menjadi pembakar semangat untuk terus menulis, Panduan dr Blog ini memang banyak yang saya dah manfaatkan.Terima kasih ye..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Sha Allah, semua blogger Malaysia boleh lakukan.

      Delete
  3. ni kena hadap lappy lebih lama nih ... thanks shring

    ReplyDelete
  4. yay kotak komen plg senang :D

    ReplyDelete
  5. Respek sungguh. Insyallah akan menyusul untuk mencontohi tuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, saya pun ikut blogger lain yang lebih berpengalaman

      Delete
  6. nice info..yang penting keyword mesti mesra alam...hehe

    ReplyDelete
  7. elok kita kejar pageview, tapi ada hadnya.

    sy tak suka cerita bab artis (memang diakui keyword terbaik sepanjang masa) tapi ia akan hilang sekejap saja.

    mungkin saya perlu memperbaharui semula entri dengan keyword tu, tapi tidak melanggar apa yang saya tak nak bertanggungjawab.

    hmmm apapun, saya dah buat terbaik, walaupun pageview terlalu sedikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak macam ada keyword artis tu kan .. tapi semua tu ada kaitan dnegan dunia blog, bukan cerita artis gossip tu .. :)

      Delete
  8. Hebatt tuan blogger ni.. semoga sukses :)

    ReplyDelete
  9. Kenapa tak apply innity???? Bulan pertama je..tujukkan 200k pageviwes....utuk apply innity..cubalh. dr blog ohsenyum

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk kesekian kalinya, saya tegaskan .. blog ini telah apply sebanyak 3 kali, dan 3 kali Innity tolak .. sila baca entri2 sebelum ini.

      Delete
  10. tips yang berguna...bercita2 nak jadi mcm ni jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu... saya pun bercita-cita, dan alhamdulillah, ramai rakan blogger yang sudi kongsi cerita, rahsia, panduan ... saya hanya ikut je

      Delete
  11. Kagum dengan saudara HH.. Harapkan dikongsi lebih banyak tunjuk ajar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm in Sha Allah, ada lebih 1000+ post mengenai panduan berblogging saya telah terbitkan.

      Delete
  12. Saya teruja dengan jumlah UV blog ini. Tahniah!
    Benar sekali, penyumbang terbesar kunjungan adalah dari engin carian. Blog saya berjaya meningkatkan visitor dari enjin carian cukup mendadak dalam tempoh 4 bulan lepas. sehinggakan bulan lepas melebihi 80K pv dan hampir 80% datangnya dari enjin carian. Semuanya bermula apabila saya register dgn web master google dan bing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul. Kena rajin pergi tgk di sana ... :) salah satu tool yang sangat baik sekali untuk blog terima trafik menerusi enjin carian.

      Delete
  13. good sharing bro..hehe..lama tak tgok blog ni..dah maju..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm maju ke? Sama je macam dulu .. sengkek.

      Delete
  14. Replies
    1. Ya, keyword tu datang sekali dengan kisah pasangan blogger Alvin Tan - Vivian Lee

      Delete
  15. saya lebih berminat dengan keyword yang rare ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, satu teknik yang cukup berkesan untuk menjadi juara SEO lokal ..:)

      Delete
  16. banyak keyword yang sukar untuk dapatkan sales. Mungkin hang leh tumpu pada keyword yang lebih boleh datangkan sales dengan lebih banyak selepas ini. Aku pernah dapat 200k hits/impression dalam 2 minggu..tapi 1 sales pun tak dapat disebabkan salah main keyword. Lepas ubah..alhamdulillah..sales masuk senang aje.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm itulah, aku pun sedang meneliti ni .... aku tau hang banyak pengalaman bab guna SEO untuk dapatkan sales. Aku masih lagi cuba ...

      Delete
  17. bagus sekali..boleh ikut jejak langkah ni..:D

    ReplyDelete
  18. Blog saya banyak juga disumbangkan oleh Search Engine. Malangnya new visitor lebih banyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, new visitor juga turut jadi penyumbang bounce rate yang tinggi

      Delete
  19. Replies
    1. In Sha Allah, anda boleh dapatkan semua panduan berkaitan dalam blog ini.

      Delete
  20. assalamualaikum....terima kaseh atas info yg best ni.

    --------------------------------------------------------
    entry terbaru saya

    http://suamiohsuami.blogspot.com/2013/07/abby-abadi-ashraf-mulism-mengaku.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'alaikumsalam ... :) terima kasih kembali.

      Delete
  21. Rasanya kalau nak main SEO dan duduk kat 1st page Google.com.my dengan keyword bahasa melayu. Rasa2 agak senang tapi nak kekalkan kedudukan tu yang agak payah rasanya. TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Berada di kedudukan teratas memang mudah, nak kekal memang susah. Itu kenyataan. Jadi perlu blog dilengkapi setiap masa dengan entri yang berkaitan supaya kekal di atas.

      Delete
  22. topik blog saya yang paling popular ialah kerja kursus pmr, dalam masa 5 bulan, pageviews meningkat daripada 150K kepada 1M..Apa yang saya buat, keluar saja tajuk tugasan, terus saya buat entri dan panduan kerja kursus. Ada juga yang 'menggunakan' entri saya itu untuk kepentingan mereka. Jadi saya tahu sekarang kekuatan saya.

    ReplyDelete
  23. Wah, tahniah... macam nak je berkongsi tips ni dengan seseorang tapi nanti dia kecil hati pula. Tapi blog saya susah atau lambat sikit nak dapat hits mungkin sebab dalam b.Melayu. Tapi takpe saya tetap akan berkerja keras agar satu hari dapat hits macam ni.

    ReplyDelete
  24. macam dapatkan trending words masukkan dalam entry kan bro?

    ReplyDelete
  25. baru nk belajar pasal SEO ni,,,hope dapatlah trafik yg tggi nanti,,,gud info...(",)

    ReplyDelete
  26. sedang berusaha menaikkan trafik di
    http://tebumanis78.blogspot.com

    ReplyDelete
  27. salam.saie follow dari awal.hihi saie suke blog nim..ari2 saie melawat. ^_^

    ReplyDelete
  28. saya baru nak belajar seo nih. hihi

    ReplyDelete
  29. Den tertinggal keretapi sikit.. tapi hari ni dekat beberap jam mengadap blog HH. Memang salute content-contentnya. Bab ping sahaja buat terpinga sekajap.

    Great content. Bookmarked.

    PS: Kalau ada comment love kan best :)

    Entri terbaru: http://www.faezaseri.com/teknik-rahsia-download-video-youtube-dengan-2-abjad-tanpa-install-apa-apa/

    ReplyDelete
    Replies
    1. CommentLUV dulu ada dalam intensedebate yang saya pasang, tapi sbb ada masalah loading, saya tak pakai dah intensedebate

      Delete
  30. Alamak..lupa nak tanya. Kalau nak statistik yg seperti tuan dapat di atas, pakai servis/plugin apa ye. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Stats itu dari Google Analytics versi lama punya, skang dah lain ... saya tak pakai plugin, sebab ini blog blogspot bukan wordpress...

      Delete
  31. lepas ni kena main keyword ja la hehe
    thanks sharing..

    ReplyDelete
  32. keyword yea...tQ atas perkongsian ni...

    ReplyDelete
  33. Boleh jadi guru ini sangar banget visitornya

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.