As-Salam. Nampaknya siapakah yang bakal ungguli carta paling popular dalam DiGi WWWOW Internet for All Awards bagi tahun 2013 kali ini? Undian untuk mereka yang bertanding telahpun tamat - proses mengundi pilihan telah bermula dari 3 - 23 June 2013.

Top Blogger DiGi WWWOW Internet for All Awards 2013

Ramai juga rakan blogger yang masuk bertanding dalam DiGi WWWOW Internet for All Awards 2013 kali ini. Dan antara ramai tu, ada beberapa top blogger yang ambil bahagian selain ramai ... tersangat ramai blogger baru yang menjadi pemeriah, satu petanda bahawa dunia blog Malaysia semakin menarik.

Undian Bukan Penentu Mutlak Kemenangan

Ada ramai blogger, malah ada yang nampak lebih menyerlah daripada blogger-blogger yang dah lama berada di dalam dunia blog. Saya juga nampak ruang kreatif mereka sendiri dalam blog. Namun, memandangkan DiGi WWWOW Awards kali ini adalah sama seperti dahulu di mana ia berdasarkan undian dan juga pemilihan oleh juri, maka apa-apa sahaja boleh berlaku. Kepada peserta yang bertanding, mungkin anda akan merasakan bahawa anda boleh menang kerana memiliki undian yang banyak, namun ... ia tidak semestinya berlaku seperti itu.

Kejutan boleh berlaku, walaupun berjaya mencapai undian yang tinggi, pemilihan terakhir akan bergantung pada juri dan pengadili (judges).

Undilah Pilihan Kegemaran Anda

Selamat berjaya buat semua yang masuk bertanding. Awal-awal kata, jangan terlalu berharap, anggaplah DiGi WWWOW Internet for All Awards 2013 ini satu platform untuk memperkenalkan blog-blog anda, ia merupakan antara langkah-langkah penjenamaan blog.

Belum mengundi? Undi dan pilih blog pilihan anda. DiGi WWWOW Internet for All Awards 2013.



11 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

  1. :) kalau serius pun .. bukan tentu menang ye tak? Ada blogger tahun sudah berhabis dengan DiGi WWWOW Awards ni, tapi ... kecewa dengan penjurian.

    ReplyDelete
  2. Oh tak tahu pula amanz ada masuk.

    ReplyDelete
  3. Hmm apapun terletak pada tangan juri. Tahun sudah, ada blog yang dapat undi popular (banyak dapat undian) tapi yang menang ... hmm ....

    ReplyDelete
  4. Bagus. Platform yang baik. Saya tak masuk, sebab saya percaya ramai lagi lebih baik dari saya, dan lagi ... sbb saya sepakat dengan rakan blogger yang pernah masuk tahun sudah.

    ReplyDelete
  5. Ohhh saya pernah masuk dulu, tahun sudah. Ada sebab saya tak masuk. Kalau ada baca entri saya mengenai DiGi WWWOW Awards tahun sudah, tentu dh boleh agak apa sebabnya. :)

    ReplyDelete
  6. Ada juga masuk sekadar mencuba je, tidak mengharap kemenangan...he..he..

    ReplyDelete
  7. Tuan ada masuk award digi WWWOW ke? Kenapa tak masuk Tuan? atau dah famous?

    ReplyDelete
  8. banyak blog hebat dgn content yg sgt win. aku tgk dr jauh je.

    ReplyDelete
  9. iAwani pula sekadar membuat pendedahan time join Digi Wwwow Awards 2013 ni. Tak ada niat nak menang pun.. sebab Amanz dan blog teknologi lain lagi 'power'.

    ReplyDelete
  10. setuju, masuk hanya untuk suka suka saje :) kali nie x serious

    ReplyDelete
  11. betul , emm ramai yang cakap kecewa dengan penjurian.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**



Sebelumnya Seterusnya
Rahsia Penginapan Harga Murah di Hotel

Lubuk Bundle