Ping Busuk Perkenalkan Fungsi Autoping

As-Salam. Nampaknya, pihak Busuk Ping mengambil kira keperluan ahli-ahlinya yang mahukan fungsi ping blog diperbaiki dan dipertingkatkan. Dengan latar dan reka bentuk baru yang lebih simple, Busuk Ping memperkenalkan fungsi autoping yang lebih mesra.

Ping Busuk Perkenalkan Fungsi Autoping

Busuk Ping Autoping

Saya sangat sukakan fungsi autoping ini, yang sebenarnya telah ada pada sesetengah laman ping web agregator yang lain. Ia mudah, dan menjadikan proses ping entri dan blog lebih cepat dan tanpa perlu pergi ke laman web agregator Busuk. Cuma ada syarat dan beberapa 'keburukan' jika menggunakan pendekatan ini buat blogger Malaysia.

Untuk membolehkan blog dan entri anda diping secara automatik menerusi laman ping Busuk, apa yang perlu anda lakukan ialah dengan meletakkan kod di bawah ini dalam blog anda. Dengan cara ini, blog anda tidak akan nampak cacat dengan perletakkan widget yang sebelum ini diperkenalkan oleh pihak Ping Busuk. Kod yang diberikan akan memaparkan banner kecil dalam blog mengikut kedudukan yang anda suka.

Kod Busuk Ping untuk Ping Blog Automatik



Namun kekurangan dengan kaedah ini ialah entri-entri blog anda tidak akan berada di dalam widget, maka blog tidak akan dapat trafik menerusi widget yang dijana menerusi Busuk.org. Oh ya, hanya blog-blog yang diberikan kebenaran sahaja boleh menggunakan fungsi autoping ini. Jika rekod baik, in Sha Allah boleh lepas. Anda boleh periksa status blog anda samada dibenarkan gunakan fungsi autoping ini di sini - Check Domain Busuk Autoping

Anda boleh masukkan kedua-dua sekali, widget dan banner autoping tanpa sebarang masalah. Malah, trafik boleh dijana lebih menerusi penggunaan kedua-dua pendekatan ini.

Pendekatan ini mungkin juga salah satu cara untuk meningkatkan keyakinan blogger Malaysia dengan sistem yang mereka perkenalkan selepas pernah timbul isu mengenainya satu ketika dahulu - Baca SINI (klik).

Ok ehh, selamat mencuba.



Post a Comment

13 Comments

  1. Ohh adakah ini tips yang berkesan?

    ReplyDelete
  2. Hmm benda mudah je .. :) kena selalu gi jenguk sana.

    ReplyDelete
  3. Secara pribadi, ia berkesan dan panduan ni saya ambil dari bro hasrul sendiri.

    ReplyDelete
  4. benar kata bro HH, ia merumitkan satu-satu entri kita post perlu mengambil masa keluar pada widget ping busuk. Lebih suka cara lama . huhu..

    http://pemudattbc.blogspot.com/2013/06/jerebu-kelalaian-manusia-atau.html

    ReplyDelete
  5. HT pun ada perasan pembaharuan ni. Pasti setiap perubahan ada kebaikan. Cuma, ia mungkin timbulkan sikit masalah pd HT, sbb setiap kali keluarkan entry baru, selalunya HT bagi dia berkenalan dgn spider-spider sehari dua, baru la di ping. Hehehe

    ReplyDelete
  6. sukmawati binti haron12 July 2013 at 06:22

    saya dah letak auto ping busuk last week...senang sikit tak perlu nak copy paste ke ping busuk lagi...

    ReplyDelete
  7. fairus mohamad noor12 July 2013 at 06:23

    tq share ye bro..nak cubalah..hehe

    ReplyDelete
  8. kdg2 pelik gak sebab xde annoucement...blur gak mula2....tapi baru faham lepas buat sedikit analisis...

    ReplyDelete
  9. Terima kasih @ieta kerana info ttg letak widget tak leh ping.

    ReplyDelete
  10. Tapi bila sy letak widget, sokmo tk bleh ping tu yg tak letak widget busuk.org tu.... thanks info ni ya Sifu

    ReplyDelete
  11. terima kasih. sangat berguna ;)

    http://blogajnetwork.blogspot.com/2013/10/bbm-untuk-andoid-ios-dah-dilancarkan.html

    ReplyDelete
  12. baru jer letak widget nie smalm
    x mnjangka traffic dari ping.busuk hebat..

    mass suicide

    russian experiment two headed dog

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.