Ping Busuk Larang 6 Jenis Blog

As-Salam. Busuk.org atau Ping Busuk memang dikenali di kalangan blogger Malaysia sebagai tempat untuk ping entri blog ke hampir 70 ribu ahli, terdiri dari kalangan blogger Malaysia, Indonesia dan Brunei. Ia meliputi lebih daripada 4400 blog yang menggunakan perkhidmatan Busuk Ping, samada menerusi autoping mahupun widget trafik blog.

Mungkin ada yang tidak mengetahui bahawa perkhidmatan Busuk Ping atau Ping Busuk.org mempunyai larangan tertentu. Saya tak pasti samada sistem larangan ini bersifat automatik atau manual. Maksud saya, samada sistem dalam Busuk.org menggunakan sistem automatik kesan blog yang tidak sepatutnya atau ia adalah sistem manual di mana admin Busuk.org yang akan memantau dan menyekat.

Apapun, saya sangat suka dengan prinsip bahawa Busuk Ping bukan tempat semudah-mudahnya untuk semua blog. Bukan apa, pernah berlaku di mana ada blog berunsur lucah melampau terlepas pandang oleh admin dan menggunakan perkhidmatan Busuk.org ini.
jenis blog yang dilarang guna ping busuk

6 Jenis Blog Dilarang Menggunakan Khidmat Ping Busuk.org

Berikut adalah 6 jenis blog yang akan disekat atau dihalang menggunakan perkhidmatan di Busuk.org, samada untuk menambah trafik atau mendapatkan backlinks berkualiti.

  1. Popup menunggu (tanpa close button) 
  2. Iklan hijack klik fullpage seperti adf.ly 
  3. Terlalu banyak iklan sehingga menyukarkan pembaca 
  4. Blog lucah ataupun artikel lucah untuk tarik perhatian 
  5. Blog copy paste dari laman akhbar juga dilarang 
  6. Blog warez (free download aplikasi berbayar ataupun filem) 

Nah, sekarang anda dah tahu 6 jeni blog yang tidak boleh menggunakan perkhidmatan Busuk.org kan? Jadi, fikir-fikirlah ye mengenai niche dan tema blog anda, dan cerita atau artikel apa yang mahu anda jadikan entri supaya nanti anda disekat secara kekal daripada mendapatkan trafik daripada laman agregator blog ini.

Widget Trafik Ping Busuk

Nak masukkan widget Busuk.org dalam blog bagi menambah trafik? Sila klik pautan berikut - http://ping.busuk.org/getcode

Oh ya, pastikan anda dah faham mengenai larangan untuk 6 jenis blog tadi.


Bisnes Kambing

Post a Comment

10 Comments

  1. sukmawati binti haron27 June 2013 at 10:29

    dah faham HH...hehe

    ReplyDelete
  2. dulu kalau letak widget busuk, mmg blog lmbt loading..skrg dh okay sket tp kene pilih layout widget tu..

    Apapun, terima kasih HH for the info :)

    ReplyDelete
  3. Khamsi Abdullah27 June 2013 at 13:16

    owhh..ping.busuk ni ape gunanya sebenarnya? untuk drive traffic je ke bang?

    ReplyDelete
  4. Lama juga aku tak ping dekat busuk nih hehe

    ReplyDelete
  5. Hmm ... skang ni letak je banner atau badge comel dia tu, dah automatik ping sana, tak perlu lagi nak masuk sana copy paste dah.

    ReplyDelete
  6. Ada 3 benda - satu trafik ke blog, kedua untuk penjenamaan blog menerusi widget, ketiganya ialah untuk kongsi entri menarik dari blogger lain.

    ReplyDelete
  7. Oh ya, lupa .. juga untuk SEO dan backlinks bagi dapatkan PR yang baik.

    ReplyDelete
  8. Hmm ok... senang hati @sukmawati binti haron....

    ReplyDelete
  9. Khamsi Abdullah27 June 2013 at 17:23

    owh..thanks bang. baru faham:)

    ReplyDelete
  10. saya suka ping entri kat busuk.org sebelum ia sudah upgrade ke auto ping sekarang ini.

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com