Apa Itu Webinar?

Klik sini untuk TIPS TEMUDUGA
Ada blogger yang join Jomniaga.com (kini Ashadee.com) tanya saya; "Bro apa tu webinar? Tonton video online ke?". Hmmm, ok pertama sekali webinar tu memang ada kaitan dengan video, tetapi ia lebih kepada video secara langsung, dan ia terhad tayangan serta terhad pula orang boleh tengok. Ia bukan ada sepanjang masa, dan paling utama sekali, webinar ini hanya diberikan atas jemputan sahaja. Ini bermakna ia adalah sangat eksklusif.
Webinar itu Apa?

Apa Itu Webinar?

Webinar ini macam perjumpaan secara maya - di mana anda boleh saling berkomunikasi dan tengok muka kacak dan cun sesama sendiri. Ala, dia macam anda buat video call la kat telefon ... haa lebih kurang.

Sekarang ni ramai suka buat webinar untuk buat mesyuarat, sebab ia jimat kos; kerana ianya percuma. Anda boleh buat mesyuarat atau perjumpaan dari tempat anda dengan rakan-rakan di Johor, Kedah, Kelantan malah di Indonesia, Amerika, Brazil atau mana-mana sahaja asalkan perkara berikut ada:
  • Capaian atau sambungan internet
  • Ada webcam
  • Ada speaker suara
Dulu, untuk akses webinar perlukan anda pasang software tertentu, tapi sekarang ia sudah jadi satu trend maka dah ada sumber terbuka yang boleh anda lakukan webinar ini tanpa perlu anda pasang atau install apa-apa pun. Hanya duduk dengan berpakaian sopan di komputer anda, pada tarikh dan masa ditetapkan, login ke laman webinar tersebut .... dan mulakan mesyuarat anda.

Masih lagi blur apa tu webinar? Oklah, meh tengok video pendek ini.


Saya harap video di atas tu akan dapat secara sedikit atau banyak bantu fahami apa itu webinar. Kalau tak faham gak ... errr susahlah sikit ....

Ok. Mungkin anda takkan tahu apa itu webinar selagi anda tak cuba sendiri. Apakata anda sertai satu sessi webinar percuma yang akan diadakan buat mereka yang mahu buat duit secara online menerusi affiliate.

Ya, affiliate yang saya dok promosi sejak akhir-akhir ini bagi membolehkan blog anda jana pendapatan - bukankah benda ni yang ramai blogger inginkan?

Daftar percuma, tak payah bayar sesen pun bagi dapatkan ilmu berguna mengenai affiliate ini. Webinar ini akan dipengacarakan oleh pemilik Jomniaga.com sendiri iaiti Gobala Krishnan, salah seorang daripada mereka yang telah berjaya mendapat pendapatan 4-5 angka menerusi affiliate ini.

Malah, dia juga dikhabarkan akan bersama Zamri Nanyan (juga pakar Affiliate Malaysia) dalam Konvensyen Pakar Bisnes Internet 2 yang akan diadakan pada 22-23 June 2013 nanti bagi berikan tips, panduan dan teknik untuk buat duit menerusi laman maya seperti Facebook, blog dan media sosial lain dengan perniagaan internet sebenar. Nak tahu lagi? Boleh baca entri saya yang ini - Konvensyen Pakar Bisnes Internet 2

Err alamak ... lupa lak pasal webinar tadi. Nak dapat ilmu mengenai affiliate percuma tak? Daftar percuma je - Jana RM1,000 Sebulan Dari Rumah Melalui Internet

Anda hanya perlu masukkan tarikh webinar yang ingin anda sertai samada pada:
  • 17 June 2013 (10 pagi / 10 malam)
  • 19 June 2013 (10 pagi / 10 malam)
Slot lain juga disediakan.

Lepas itu, masukkan nama dan alamat email anda untuk mendapatkan pautan ke webinar serta login id dan kata laluan. Kan saya kata ianya eksklusif, maka perlu cepat daftar dan dapatkan tempat anda sekarang, hanya 100 orang dibenarkan berada dalam webinar ini untuk satu-satu sessi.

Percuma. Tak perlu risau. Dan anda tak akan kena saman kalau pun anda tak dapat nak ada depan PC pada masa yang ditetapkan. Janji daftar percuma dahulu untuk dapatkan tempat.

p.s: Siapa yang nak buat duit dengan Jomniaga.com dan tahu teknik yang betul, perlu sertai webinar ini.



Post a Comment

6 Comments

  1. Masih samar-samar dengan webinar..tapi tak apalah slow2 ingin tahu, nanti dikatakan darat pula...kata oghe klate. Darat tu lebihkurang maksudnya debgab bengang/bahlul..

    ReplyDelete
  2. Pakej lengkap video bun pau dan pizza style hotel. Da try link yg lain sama juga error. Tapi iklan di sidebar ok pulak. Saya cuma guna iphone utk update blog. :D

    ReplyDelete
  3. Saya copy code di jomniaga dan paste di blog bila klik link tersebut error 404. Kenapa? :(

    ReplyDelete
  4. saya tak faham atau bodoh.
    saya baru di dunia maya. mohon bagi tau.

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.