Selamat Hari Guru Buat Rakan Blogger dan Guru Malaysia

Klik sini untuk TIPS TEMUDUGA
As-Salam. Tak terlewat rasanya untuk saya mengucapkan Selamat Hari Guru (Teacher's Day) kepada rakan-rakan blogger yang bertanggungjawab mendidik anak bangsa - tak kiralah sekolah menengah atau sekolah rendah, tak kiralah tadika atau sekadar guru tuisyen. Bukan semua orang ada kebolehan untuk mendidik ini.

Profesion guru adalah antara profesion paling mulia di muka bumi ini. Tanpa guru, takkan ada pemimpin berkaliber, takkan ada juruterbang, angkasawan, ahli bomba, pakar bedah .... semua kerjaya hebat ini semuanya disebabkan oleh guru yang hebat yang telah mendidik mereka sehingga berjaya peroleh ilmu. Termasuk dalam kategori guru - ustaz dan ustazah malah pensyarah IPT. Tugas sama, tanggungjawab berat.

Guru juga melahirkan guru. Tanpa guru, seorang guru tak akan ada keupayaan dan kecekapan mendidik dengan cemerlang.

Hebatnya guru ini kerana mereka bukan sahaja boleh mendidik yang celik menjadi cerdik, tetapi juga dapat mendidik si buta mengenal huruf dan dunia. Masya Allah, itulah keajaiban yang ada pada seorang guru. Mereka mengajar tak kira bangsa dan agama, tak kira cukup sifat atau kurang, tak kira duduk di bandar mahupun di ceruk desa. Mereka dedikasi yang tanpa batasan.

Selamat Hari Guru Buat Rakan Blogger dan Guru Malaysia

Dulu, saya andaikan guru yang suka merotan itu adalah guru yang paling tak best, tapi ..... merekalah yang paling banyak memberikan kesan dalam hidup seseorang pelajar.

Dulu, saya andaikan seorang guru yang suka membaling kapur dan pemadam papan hitam adalah guru yang tak boleh faham akan pelajar-pelajarnya tetapi merekalah yang paling memahami apa yang seorang pelajar perlu berjaya dalam hidup.

Dulu, saya anggap guru yang suka mencari kesalahan pelajar adalah guru yang 'tak berguna' tetapi merekalah yang paling memberikan seribu kegunaan buat seorang pelajar untuk baiki silap dan salah agar tidak diulangi di masa hadapan.

Rakan Blogger Menjadi Guru

Selamat Hari Guru Buat Rakan Blogger
Selamat Hari Guru Buat Rakan Blogger

Selamat Hari Guru Buat Rakan Blogger

Martabat Guru Dalam Islam

Dalam Islam, guru dimuliakan, kerana tanpa guru, ilmu itu tidak akan berkembang malah tanpa guru - yang mengajar dan menyampaikan, tentu Islam itu tidak tersebar luas. Saidina Ali r.a. pernah berkata:
Jadilah orang yang mencurahkan ilmu, atau orang yang menuntut ilmu, atau orang yang suka mendengar ilmu, atau orang yang cintakan ilmu, dan jangan kamu jadi golongan yang kelima, maka kamu akan binasa.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
Dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya. (al-Muzammil, ayat 20)
Dan mungkin - samada sedar atau tidak, saya pasti antara ramai manusia di dunia ini, gurulah yang paling diberkati dan paling disukai, kerana jasa-jasa mereka bukan setakat ketika mereka hidup, malah apabila mereka telah tiada. Dan sangat beruntunglah mereka yang telah menyampaikan ilmu yang bermanfaat ini.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
Apabila meninggal dunia seorang manusia, maka terputuslah pahala amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, anak soleh yang mendoakannya. (HR Muslim)

Sekali lagi, selamat hari guru buat rakan blogger dan kepada guru-guru yang telah banyak menaburkan jasa.
Selamat Hari Guru Buat Rakan Blogger
Selamat Hari Guru Buat Rakan Blogger


Dan secara peribadinya, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada guru-guru dan bekas guru yang pernah mengajar saya -
  • SRKPT Batu 10, Kuantan Pahang
  • SK Tiwa, Batu Gajah, Perak
  • Sek. Men. Sains Teluk Intan, Perak
  • Matrikulasi Sains Sek. Men. Sains. Raja Tun Azlan Shah, Taiping, Perak
  • Matrikulasi Sains, Pusat Matrikulasi USM, Penang
  • PP Sains Komputer, USM, Penang
  • PP Pengurusan, USM, Penang
  • PP Kejuruteraan Awam, Transkerian, USM
Juga tidak dilupa kepada ibu dan ayah (arwah) yang juga boleh dianggap pendidik dan guru saya sejak dari kecil lagi.

Terima kasih banyak-banyak cikgu! Anda hebat!




Post a Comment

3 Comments

  1. fairus mohamad noor17 May 2013 at 08:25

    Selamat hari guru gak untuk bro HH..
    guru blogger..hehe

    ReplyDelete
  2. selamat hari guru untuk HH dan guru semua...

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.