Qurban dan Aqiqah Murah. Adakah anda mencari peluang untuk melakukan ibadah Qurban mahupun Aqiqah pada tahun 2015 ini? Dan yang paling penting, ia sesuai dengan bajet dan keperluan anda? Untuk itu, rebut peluang yang diberikan oleh EQurban Resources Sdn. Bhd untuk menjayakan amalan ibadah yang dituntut buat muslimin muslimat ini.

Program yang dianjurkan dan diselenggara oleh EQurban adalah program Qurban dan Aqiqah yang berpatutan dan murah 2015 yang boleh anda dapat secara online. Saya sendiri bandingkan dengan syarikat lain, dan ya, ia memang antara program ibadah qurban dan aqiqah dengan harga murah, serendah RM297* untuk satu bahagian lembu.

Program Ibadah Qurban dan Aqiqah Murah 2014

Pengertian Qurban

Qurban ialah penyembelihan binatang Qurban yang dilakukan pada Hari Raya Haji (iaitu dilakukan selepas solat 'Idil Adha) dan hari-hari Tasyriq iaitu pada 11,12 dan 13 Zulhijjah bertujuan dan diniatkan kerana beribadah kepada Allah SWT. Qurban ialah ibadah sebagai menghidupkan syariat Nabi Allah Ibrahim AS yang kemudiannya disyariatkan kepada Nabi Muhammad SAW.
Program ibadah Qurban dan Aqiqah Murah 2013 Kemboja

Qurban dan Aqiqah murah. Menerusi EQurban, dengan hanya RM297* untuk satu bahagian lembu, anda sudah boleh melakukannya dan dikira mampu, in Sha Allah untuk melaksanakan ibadah ini - Mampu adalah antara syarat untuk membolehkan anda melakukan Qurban, jadi dengan program ibadah Qurban dan Aqiqah, tidak mustahil ibadah ini boleh dilakukan oleh lebih ramai orang Islam.

Hadis Mengenai Qurban

Sabda Rasulullah SAW, bermaksud:

Tidak ada satu amalan anak Adam di hari-hari Nahar (Hari-hari ‘Idul Adha) yang paling Allah sukai selain daripada menumpahkan darah (sembelih), kerana ia (binatang korban) itu akan datang di hari kiamat nanti dengan tanduk dan kukunya dan bulu-bulunya (sebagai saksi ke atas ibadah korban tuannya), dan sesungguhnya darah (binatang korban itu) akan tumpah di sisi Allah di suatu tempat sebelum tumpah ke bumi, oleh itu pilihlah olehmu binatang terbaik (paling menarik) untuk dikorbankan. (HR Hakim, Ibnu Majah dan Tirmizi dan dianggap sebagai Hadis Hasan Gharib) 

Kelebihan dan Hikmah Qurban

  • Menghidupkan sunnah Nabi Allah Ibrahim AS
  • Mendidik jiwa ke arah takwa dan mendekatkan diri kepada Allah SWT
  • Mengikis sifat tamak dan mewujudkan sifat murah hati mahu berbelanja harta ke jalan agama
  • Menghapuskan dosa dan mengharap keredhaan Allah SWT
  • Menjalinkan hubungan kasih sayang sesama manusia terutama antara golongan yang lebih mampu  dengan golongan yang kurang bernasib baik.
  • Memperolehi kenderaan atau tunggangan ketika meniti titian al-Sirat al-Mustaqim di akhirat kelak.

Dalam satu kisah, para sahabat pernah bertanya kepada Rasulullah SAW:
Ya Rasulullah apakah yang dimaksudkan dengan Udhiyyah?” Rasulullah Saw menjawab: “Itulah sunnah bapamu Ibrahim.” Para sahabat bertanya lagi : “Apakah yang kita akan perolehi daripada ibadah Udhiyyah?” Baginda menjawab : “Tiap helai bulu (dari binatang yang dikorbankan) kamu akan mendapat satu kebaikan.” (HR Ahmad dan Ibnu Majah) 

Erti Aqiqah

Pengertian Aqiqah dari segi syara ialah binatang yang disembelih pada hari mencukur rambut bayi. Aqiqah sebagai ibadah yang telah disyariatkan oleh Allah SWT sebagaimana penjelasan Rasulullah SAW dengan sabdanya yang bermaksud:
Setiap anak yang lahir itu terpelihara dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ketujuh (daripada hari kelahirannya), dicukur dan diberi nama." (HR Abu Dawud, al-Turmuzi dan Ibnu Majah) 
Maka, sahabat dan rakan; jika anda punyai kemampuan, bolehlah melaksanakan ibadah ini dengan hanya RM297* untuk satu bahagian lembu, manakala seekor kambing pula dinilaikan RM550 seekor.

Berminat? Anda boleh berniat dari sekarang dan membuat tempahan bagi memastikan anda sudahpun melangkah satu tapak ke depan untuk mendapat redha dari Allah SWT.

Tempah di sini:


4 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. owh.. yg ni lain. yg kami buat utk ank kami tahun lpas guna khimat ezQurban... tak tahu lak ada yang lain... mudah skrg.. online je bg yg kesuntukan masa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada banyak sebenarnya, cuma ini saya syorkan memandangkan ia nampak telus dan boleh pantau ...

      Padam
  2. beberapa tahun lepas saya pernah guna khidmat ezqurban untuk ibadah korban di kemboja

    BalasPadam
  3. ada 8hari lagi untuk buat kurban tahun ni. semuga dapat membatu saudara kita disana.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Advertisement





CAPAI IMPIAN ANDA JADI KAYA BERJAYA!!

Impian Nak Jadi Founder Produk Jenama Sendiri? Nak Tahu Senarai Kilang yang Sediakan Produk OEM? Nak Belajar Tips Pasarkan Produk Sendiri? Segalanya Tersedia untuk Anda!! - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement