As-Salam. Ramai blogger remaja terutamanya suka bercerita kisah cinta dalam blog. Saya faham, anda mahu meluahkan rasa berbunga dalam diri. Tak jadi masalah sebenarnya. Namun, anda perlu tahu, pembaca atau pengunjung blog anda akan datang dari pelbagai latar belakang. Mungkin, sesetengahnya tak berapa suka. Jadi, saya nak kongsi sedikit cara untuk elak meluat kisah cinta dalam blog itu berlaku - walaupun tak dijamin 100 peratus bakal berjaya.
Cinta dalam blog
Pertama sekali, cuba anda ceritakan kisah cinta itu dalam bentuk 'cerita orang lain'. Macam anda baca buku novel ke apa ke ... anda tidak menggunakan kata ganti diri pertama seperti aku dan saya, tapi guna kata ganti diri lain. Paling baik anda tak perlu guna kata ganti diri.

Macamana? Contoh:

Cinta dalam hati tetiba berbaur resah gelisah. Terasa diri cuba dikhianati cinta yang kian pudar. Adakah kegelisahan ini kerana peristiwa semalam? Mungkinkah cinta yang sudah bertaut sekian lama mula mahu merenggangkan ikatan? Terpaksakah pasrah dengan segalanya? Atau perlu diperjuangkan untuk mengukuh apa yang mula ingin terlerai?

Ehemm .. ok tak macam tu. Tiada ganti diri digunakan. Lebih nampak puitis. Orang baca pun taklah rasa mual sangat. Nampak macam jiwa-jiwa, namun tidak jiwang tergedik macam contoh di bawah:

Aku gelisah la, kenapa la Mira buah aku rasa macam nak blah je dalam hidup aku. Tak tahu ke aku penat untuk kuatkan ikatan cinta kasih kami ni. Dia anggap macam aku ni siapa? Ishh ... dia ingat cinta aku ni main-main ke? Mana boleh macam ni .... dah berabih aku kuar duit belanja itu ini - tengok wayang la, makan cendollah ... apahal dia nak rasa macam dah tak ada cinta ... tak paham aku ngan awek aku ni.

Ini sekadar contoh yang saya reka sendiri. Saya pasti ada ayat-ayat yang lebih sesuai untuk gambarkan kisah cinta meluat dalam blog. Mesti anda pernah baca walaupun bukan niat anda pun nak baca ....

Harap entri ini dapat membantu mereka yang bercinta tu perbetulkan rentak penulisan kisah kasih mesra dalam blog. Dan dinasihatkan, seboleh mungkin elak penceritaan yang boleh menimbulkan syak dan fitnah. Tak perlulah nak cerita benda-benda yang dirasakan tidak perlu, yang mungkin salah di sisi agama dan adat.

:) selamat bercinta dan bercerita.


20 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

  1. Lucu baca entri HH ni. Memang ada kebenarannya; selain itu jika ditulis secara bersahaja @ kiasan @ simbolik lebih menarik. Lama kelamaan akan terasah bakat & boleh saja menghasilkan satu nukilan novel.

    ReplyDelete
  2. hambbooiii..tak sangka 'ayat' HH tu mampu memukau gadis melayu..oouuccchh :)

    ReplyDelete
  3. pandai sifu buat ayat. hehe

    ReplyDelete
  4. terbaik la ayat cinta yang pertama tu...hehe

    ReplyDelete
  5. Hahahaha... dulu pernah tulis, siap ... tapi tidak dibukukan .. bila baca balik rasa cam .. erkkk .. hmmm tak mengapalah .. hahahahaha

    ReplyDelete
  6. Hmmm sisi diri HH yang mungkin @A- Chik tak tahu .. hehehehe

    ReplyDelete
  7. Ohhh ..memang ada dalam diri .. tapi bila fikir dia sudah nak jangkau 40an, kena ketepi bunga2 cinta dalam hati.

    ReplyDelete
  8. Ya, HH ada seorang kawan yang gemar menulis pasal cinta ... dan blognya dengan mudah dapat ribuan LIKE dan dapat capai angka 2 juta pagevoews hanya kurang dari 6 bulan

    ReplyDelete
  9. Remaja. Macam tulah. Baru belajar nak kenal dunia. Takpe, kita bagi chance kat diaorang.

    ReplyDelete
  10. huhu..kadang2 rasa berapi baca entri cinta cintun..huhu..kita hanya milik Allah dah nak berangan kata dia milik kita..huhu

    ReplyDelete
  11. Semoga remaja-remaja di zaman ini boleh mengambil pesanan drps org yg lebih berusia spt Tuan HH, ada nampak perbezaan yang ketara antara ayat di atas dan ayat di bawah. Nampak real bila tidak digunakan kata ganti nama...

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum hh...yer la kekadang tu mmg x best sungguh bila nak baca tu yg buat ramai rakan blogger x mahu singgah...:)

    ReplyDelete
  13. kalau share tips perhubungan cmne lak?

    ReplyDelete
  14. Untuk blog personal atau blog yang memang buat benda2 gitu, digalakkan, cuma pandai2lah reka ayat jangan sampai meluat ... tips ni paling bagus kalau tulis ayat sendiri dan beri contoh dan pengalaman sendiri, baru syok dan nampak original.

    ReplyDelete
  15. Berusia .. uhh tua dah nampaknya aku ni .. hahahaha

    ReplyDelete
  16. sukmawati binti haronJune 8, 2013 at 3:50 PM

    HH boleh buat novel cinta nie...kembangkan sikit plot ceritanya....

    ReplyDelete
  17. haha lawak betul contoh HH di atas. saya pernah melalui detik2 memualkan itu. so bila terbaca balik post yang berkenaan sy delete tak pun hide... dulu kan tak berapa nak matang...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

Sebelum Selepas

Labur Saham

Rahsia Bisnes Online di Shopee
Klik Sini Rahsia Borong China

Buat Duit USD dengan Dropship