10 Tahun Sebelum Merdeka - Apa Yang Mungkin Anda Tidak Tahu!

As-Salam. Saya ingin kongsikan kepada anda sebuah blog yang boleh diangkat sebagai terbaik - bukan disebabkan oleh SEO, bukan disebabkan oleh trafik, tetapi mengenai 10 tahun sebelum Merdeka.

Dalam blog ini, anda akan dapat melihat video-video mengenai perkara yang mungkin anda tidak tahu sebelum kemerdekaan Malaya (Malaysia). Ia mengenai sejarah 10 tahun sebelum Merdeka.
10 tahun sebelum merdeka


Video yang diperlihatkan memberikan dimensi luar biasa kepada saya, dan saya fikir perkongsian ini juga dapat memberikan satu input baru kepada anda semua mengenai apa yang telah berlaku pada zaman sebelum negara tercinta ini memperoleh kemerdekaan daripada pihak British.

Video yang dipertontonkan bukan bermotif politik, tetapi lebih kepada kesedaran semua bahawa apa yang dicapai sekarang adalah dek kerana usaha, semangat dan cita-cita orang-orang terdahulu sebelum kita.

Diringkaskan, melalui video yang dikongsi dari blog 10 Tahun Sebelum Merdeka ini:

  • Anda akan menemui tokoh-tokoh sebenar sebelum negara berjaya mencapai kemerdekaan 1957.
  • Anda akan diperlihatkan cerita sebenar dari tokoh-tokoh yang masih hidup ini mengenai keadaan yang berlaku 10 tahun sebelum Merdeka.
  • Anda akan belajar mengenai siapa sebenarnya pejuang kemerdekaan.
  • Apa itu Hartal.
  • Apa itu Perlembagaan Persekutuan (British) vs Perlembagaan Rakyat.
  • Anda akan lihat betapa kuatnya kuasa rakyat 10 tahun sebelum Merdeka.
  • Bagaimana Singapura boleh bebas dari Malaya.
  • Bagaimana kerakyatan sekarang dibuat.
  • Apa itu kebebasan bersuara.
  • Mengapa kebebasan bersuara itu berada dalam perlembagaan persekutuan.
Dan.... macam-macam lagi yang mungkin anda tidak tahu dan tidak belajar di sekolah.

Dan paling menarik, anda sebenarnya diperlihatkan dengan video yang telah mendapat pengiktirafan antarabangsa.

Video 10 Tahun Sebelum Merdeka - Part 1/4

Video 10 Tahun Sebelum Merdeka - Part 2/4

Video 10 Tahun Sebelum Merdeka - Part 3/4

Video 10 Tahun Sebelum Merdeka - Part 4/4


Versi Penuh 30 Minit



Copywritting template

Post a Comment

3 Comments

  1. betul. ramai yang tak tahu ni.

    ReplyDelete
  2. poyo la hang ni..

    ReplyDelete
  3. Banyak fakta sebenar yg tidak diceritakan dalam video ini sehingga memperlihatkan bahawa Kerajaan Perikatan seolah-olah bersama dengan British....

    Video ini dibuat pada pendapat dan perspektif sosialis, pro-komunis dan PKMM... Bukanlah keseluruhan sebenar sejarah 10 tahun sebelum merdeka.... ianya tidak sampai 10% dari keseluruhan cerita "besar" sejarah Kemerdekaan.... Malahan fakta perlembagaan Federation VS Perlembagaan Rakyat juga tidak disampaikan dengan jujur kerana selepas semua raja-raja menandatangani perjanjian Malayan Union, seluruh Tanah Melayu automatik dijajah oleh British sehinggalah wujudnya penentangan terhadap Malayan Union secara bersepadu oleh orang melayu selepas Kongres Melayu Pertama yang membawa kepada penubuhan UMNO....

    Tangkapan politik oleh British terbahagi kepada 5 fasa besar iaitu - Fasa sebelum WW2, Fasa Selepas WW2 (1 - sebelum Malayan Union), Fasa Selepas WW2 (2 - selepas Malayan Union), Fasa Persekutuan Tanah Melayu dan Fasa Selepas Merdeka....

    Video ini secara tidak jujurnya menyembunyikan fakta bahawa semasa Fasa Selepas WW2 (1 - sebelum Malayan Union) - sebarang penubuhan parti politik adalah bertujuan untuk melawan Raja dan Sultan yang mana British telah berjanji untuk melindungi kedudukan dan kuasa Raja-Raja Melayu.... British cuma penaung negeri2 Melayu pada masa itu (sehinggalah Malayan Union ditandatangani) yang mana menjaga kuasa dan kedaulatan raja2 melayu terkandung dalam perjanjian pernaungan tersebut....

    Banyak fakta yg mengelirukan, disampaikan separuh benar, disampaikan separuh sahaja, atau ditutup langsung dalam video ini... Malahan video ini sama sekali tidak menyentuh peranan PKI (Partai Komunis Indonesia), PKM dan PKMM dalam menubuhkan Indonesia Raya iaitu gabungan Indonesia, Tanah Melayu, Borneo untuk dijadikan negara komunis ketiga terbesar selepas Soviet dan China.

    Rentetan dari peranan PKM, PKI, dan Parti Komunis Kalimantan Utara menyebabkan penubuhan Malaysia dan GESTAPU - Gerakan 30 September 1965 di Indonesia dengan peranan ghaib Amerika untuk mengelakkan penyebaran komunisme semasa era perang dingin....

    kalau kurang paham... boleh tanya saya di https://www.facebook.com/kernelstackdump

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com