Satu identiti dengan satu jenama, membolehkan anda sebagai blogger membina kredibiliti dalam dunia blog. Ia penting kalau anda mahu blog dikenali dengan mudah, diingati oleh ramai, dan dihormati. Cara dan kaedah ini diguna pakai oleh ramai blogger hebat, antaranya Denaihati, Ben Ashaari, Kujie, Viruspadu, Redmummy, dan ramai lagi.

Mari kita lihat satu persatu, apa yang dimaksudkan dengan satu identiti satu jenama ini, berdasarkan contoh blogger-blogger terkenal dan hebat yang saya maksudkan tadi.

Denaihati

Anda boleh lihat bagaimana blog Denaihati terkenal dengan satu tagline - Hidupkan untuk Memberi. Ada logo yang menarik serta yang paling penting, anda akan jumpa Denaihati ini di Twitter, di Instagram, di Facebook dengan nama yang sama - Denaihati walaupun pemiliknya adalah Amir Hasan. Dalam setiapnya itu, dibawa logo bersama dengan tagline, konsisten di mana-mana. Inilah dinamakan jenama.

Ben Ashaari

Ben Ashaari menjenamakan blog menerusi segmen. Bila sebut segmen blog, pasti akan terlintas dalam kepala otak ialah blog Ben Ashaari, ia sudah jadi satu trademark. Gambar profil Ben Ashaari walaupun ada beza tapi masih dalam konsep yang sama, anda akan tetap nampak otot lengan yang perghh serba mengiurkan. Dan tidak dilupa pengaruh logo yang dibawa oleh Ben Ashaari yang bersifat universal tetapi ada sentuhan peribadi - Kelab Blogger. Nama kelab itu sudah menampakkan siapa itu Ben Ashaari, dan logo itu digunakan bukan sahaja olehnya tetapi juga rakan blogger lain yang menjadi ahli dalam Kelab Blogger - yang sebenarnya adalah Kelab Blogger Ben Ashaari (BA).

Panduan blogger satu identiti satu jenama ben ashaari

Kujie

Hidup Biar Sedap. Tagline yang cukup menghairahkan sesiapa sahaja. Apa yang dikatakan hidup biar sedap? Tentu ramai penuh tanda tanya nak tahu, dan pastinya bila ada sifat ingin tahu, blog kak Kujie akan digodek sehabis sehingga tak ada sepah untuk dibuang!. Kak Kujie membawa nama samaran Kujie itu dalam dunia blog Malaysia dengan hebatnya ... dan tentu ramai tak tahu, bahawa K.U.J.I.E itu ada maknanya tersendiri. Dalam twitter, dalam FB ... nama itu dikenali ... merujuk pada orang yang sama dan juga merujuk kepada nama blog!

Viruspadu

Blogger cantik berstatus isteri orang ini pun ada tagline yang cukup teransang - Hari Hari Mau. Membawa nama Viruspadu yang cukup unik sehingga menjadi pilihan Nuffnang dalam Blogger of The Month yang pernah saya tampilkan satu ketika dahulu. Dan kalau anda menjadi pembaca setia blog Viruspadu.com, tentu anda akan perasan bahawa blog ini ada siri entri berepisod yang menarik - U Pink My Heart.

panduan blogger - satu identiti satu jenama - viruspadu

Redmummy

Sebelum Redmummy (RM) meletup di media massa, RM telah pun ada jenama dan nama yang cukup kukuh dalam dunia blog Malaysia. Sebut nama blog ... dah boleh agak bagaimanakah cirian orangnya - seorang ibu, dan seorang penggemar warna merah. Blognya warna merah, malah merah itu seolah menjadi milik RM di mana-mana - ia dijadikan satu warna rasmi sehingga dibawa ke dalam setiap aspek kehidupan RM. Blog Redmummy telah menjadi antara blog yang paling dihormati kerana menjadi contoh dan bukti bahawa menjadi seorang blogger itu boleh menjana pendapatan lumayan.

Ok. saya dah senaraikan apa yang dimaksudkan satu identiti satu jenama. Boleh dikatakan semua blogger yang saya sebut itu akan bawa nama blog sebagai nama identiti mereka baik dalam dunia maya, mahupun dunia nyata. 

Dan mereka menjadikan nama mereka, nama blog sebagai satu jenama yang cukup kuat. Tak perlu lagi orang bertanya .. "Ehh apa url blog kau ehhh?" ... 

Harap dengan perkongsian ini dapat berikan satu idea branding atau penjenamaan diri dan blog anda.




5 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. masih mencari2 trademark yg sesuai

    BalasPadam
  2. trademark penting bagi menceritakan sapa anda sebenarnya....

    BalasPadam
  3. Ya .... mana2 jumpa je logo ..banner ...

    BalasPadam
  4. Betul. Dalam bisnes ini penting ni

    BalasPadam
  5. betul tu HH... glamer betul diorang ni..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement