Terkejut, kerana setelah sekian lama ... secara tiba-tiba trafik mencanak sehingga merekodkan jumlah pageviews 10000 sehari! Tak percaya? Baca entri ini sampai ayat terakhir, anda akan lihat apa yang saya maksudkan. 

Memang ia tidak mudah berlaku, ia boleh dikatakan satu magis tetapi sebenarnya ia merupakan kesan dan akibat daripada pembelajaran yang berterusan. Walaupun usia sudah mahu menjangkau ke era zaman rambut gugur tak bermakna harus berhenti dari mempelajari dan mempraktikkan sesuatu. Masih belum terlewat untuk seorang blogger seperti saya mengecap sekelumit kejayaan yang bisa menukarkan senyuman rongak nampak dan tampak bergaya.

Apakah rahsia pageviews 1000 sehari? Bukan satu mimpi atau kata kosong, ia boleh dilaksanakan, walaupun anda tidak mempromosikannya di laman ping. Bukan sesuatu yang mustahil, walaupun jumlah pengikut blog anda tidak sampai pun ribu-ribu seperti orang lain.

Rahsia Pageviews 10000 Sehari - Hanya Kerana Seorang Jutawan

Trafik mencanak naik gara-gara lelaki ini - S.M Faliq


Trafik semalam - 24 April 2013 menjangkau 10,000 hanya kerana dua entri yang saling berkaitan, mengenai diri S.M Faliq dan juga Raline Shah yang pernah dikaitkan dengan jejaka kacak berstatus jutawan ini.

Dan di bawah ini saya kongsikan trafik untuk hari ini (25 April 2013 setakat jam 9 pagi) sahaja ..... sudah hampir 5K pageviews dijana hanya menerusi satu entri.

Bukan Mahu Menunjuk Kehebatan

Mengapa saya tunjukkan benda ni semua? Ini adalah untuk meyakinkan anda bahawa ilmu blog yang padu dapat memberikan hasil yang tidak diduga. Ilmu blog ini bukan saya belajar dari mana-mana IPT, atau institusi, tetapi belajar melalui pembacaan di laman maya, yang hampir kesemuanya (sebab tak khatam lagi) saya kongsikan dalam blog ini.

Mungkin ada blogger atau sesapa yang pertikai bahawa saya ni hanya cedok pastu buat ayat sendiri dan tulis .... sejujurnya, ada kebenaran dinyatakan, tetapi sejauh mana dari mereka itu yang benar-benar praktikkan ilmu blog yang dipelajari dan pada masa yang sama praktikkan dan buktikan kepada blogger lain?

Panduan Blogger Dedah Rahsia dan Petua Trafik Tinggi

Saya dedahkan segala rahsia, ilmu dan petua berblog berdasarkan pengalaman berblog sejak dari 2007/2008. Banyak yang telah berubah semenjak itu. Dan bukan mudah .... segala petua, rahsia, tips yang saya dapat dilakukan penuh sabar dan konsisten, tak mudah putus asa dan percaya bahawa setiap dilakukan dengan cara yang betul pasti akan menampakkan hasil yang mengujakan. 

Dan entri ini adalah bukti kepada apa yang telah saya praktikkan selama ini. Mungkin tidak sehebat blogger lain yang lebih arif mengenai SEO ini seperti Ariffshah, Denaihati mahupun Kak Kujie

Saya belajar dari semua mereka yang telah berjaya, dan kaji sebaik mungkin, lihat dari pelbagai sudut agar blog yang dibuat akan memberikan satu kepuasan yang paling best .... 

Weihhh .. tak best ke dapat hits sampai 5,000 dalam masa sehari? Kalau blog ada iklan CPUV .. tak ke masyukkkk tu .....


29 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Salah satu kegembiraan seorang blogger, mampu menjana trafik tinggi hanya dengan satu entri. Tahniah HH! Anda memang berhak untuk kejayaan ini. Hasil dari berkat tidak putus asa dan sentiasa mendalami ilmu dan tidak pula lokek berkongsi... pasti membuahkan hasil.
    Anda telah menjadi rujukan saya sejak mula berblog...Terima kasih.

    BalasPadam
  2. wah bestnya...nak minta tunjuk ajar ni HH

    BalasPadam
  3. Tahniah bro..

    BalasPadam
  4. Dasatnya trafik..tahniah HH

    BalasPadam
  5. terbaekkkkk...

    BalasPadam
  6. Amazing..tapi tak terkejut coz blog HH ni dah jadi blog rujukan ramai bloggers baru and yang pasti topik pilihan memang amat-amat membantu...kira-kira macam entry panaslah...

    BalasPadam
  7. tahniah Abg HH. alhamdulillah, berkat dr pembelajaran Abe di sini, Abe dapat kekalkan & mantain Trafik harian blog Abe, www.queachmad.com.

    BalasPadam
  8. woww..
    dlm gmbr tu mcm Tuanku Mizan pon ada gak..

    BalasPadam
  9. wow trafiikk.
    dlm gmbr tu mcm tuanku Mizan pn ada gak..

    BalasPadam
  10. Ya, SM Faliq main golf dengan tuanku Mizan ...

    BalasPadam
  11. Hebatlah sangat ... ala ni kejap je .. esok lusa turun balik ... ni nak kasik umpan korang je .... hehehehe... apapun, saya dulu pun macam @qarr jalil jugak ..... jadi 1000 bukan sebb dah ada 1000 tapi bermula dari 0 .. dari 1 ...10 ....

    BalasPadam
  12. Power tak power semua orang leh jadi power ..... kita semua ada power cuma kita tak perasan je power kita tu

    BalasPadam
  13. Yahhh panas ... sib baik entri panas tu tak buka baju .....

    BalasPadam
  14. Terima kasih mak dara paling awesome ... :)

    BalasPadam
  15. Terima kasih, sesekali je dapat .... ikut mood si Google

    BalasPadam
  16. Geledah je benda dalam blog ni .. in Sha Allah ..sedikit sebanyak dapat bantu.

    BalasPadam
  17. Ya. Memang satu menggembrakan buat blogger .. yang bukan blogger (terutama wife) hanya senyum tanpa makna je .. huhuhuhuuhu.. tapi wife ttp kasik sokongan ...

    BalasPadam
  18. Fuhh, lebat, hebat, mengkagumkan. :) Banyak saya belajar dari sini. Terima kasih banyak.

    BalasPadam
  19. HH mmg power, bkn mudah nak dptkan trafik cecah 10k hr, kena plak blog baru nak bermula nie... hehehe :)

    BalasPadam
  20. Tahniah abg HH, Sedang belajar melalui tips2 dlm blog nie =D Hope mampu jadi sehebat abg jugak =D INSYAALLAH

    BalasPadam
  21. dasyatnya traffik blog HH..keep it up..!!

    BalasPadam
  22. HH memg power la....susah la nak capai 10k sehari..1k pon dah cukup bersyukur..haha...

    BalasPadam
  23. hebat la bro HH.. saya tak pernah pun setinggi tu .. nak sampai 1K pun..apatah lagi..hehe

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement