Blog Panduan Blogger Blogspot Malaysia Terbaik Daripada Pakar Perkongsian Ilmu Blogging

As-Salam. Terima kasih kerana sudi membaca blog ini - sebuah blog pendidikan untuk dijadikan Panduan buat Blogger Blogspot terutama blogger blogspot Malaysia. Kerana apa Malaysia? Sebabnya ia merupakan blog panduan blogger blogspot yang ditulis hampir 98 peratus di dalam Bahasa Malaysia, dan oleh rakyat Malaysia yang dilahirkan di Malaysia, bukan di UK, bukan di US ....

Blog Panduan Blogger Blogspot Malaysia Terbaik Daripada Pakar Perkongsian Ilmu Blogging

Siapa pakar perkongsian ilmu blogging ni? Ehemmm ... bukan HH ... yang mungkin sedang bermain di fikiran dan minda anda yang bernas lagi cergas itu ... bukan bukan ... pakar perkongsian ilmu blogging itu ialah sebenarnya anda, yang sering berkongsi pelbagai rahsia, tips dan petua yang mungkin tanpa anda sedari. 

Dan HH ... menerusi blog ini menjadi sebagai seorang pengumpul yang mengorek, menghadam, mempraktik, membuktikan, dan seterusnya mengongsi (err ada ke?) apa yang telah anda sampaikan dalam bentuk yang mungkin lebih santai, lebih interaksi, lebih mudah untuk difahami oleh mereka yang mungkin hanya mempunyai blog baru sehari dua.

Mengapa HH anggap blog ini sebagai sebuah blog lubuk ilmu untuk blogger Malaysia? Ini adalah kerana segala macam benda mengenai blog anda boleh jumpa di dalam isi kandungan blog ini, walaupun tidak menyeluruh buat masa ini, tetapi in Sha Allah, mana ilmu yang telah HH dapat, praktik dan buktikan akann dikongsi tanpa main selindung-selindung di sebalik senyuman tak berapa manis ini.

Anda boleh cebik bibir mengatakan anda boleh buat blog seperti ini juga, tetapi ... adakah anda yakin dan percaya, bahawa blog anda yang juga ada ilmu yang sama dikongsikan dapat mencapai hits 4 juta pageviews, serta berada di dalam lingkungan 500 blog terbaik ranking Alexa Malaysia, dan bawah 100,000 ranking Global? Walaupun satu ketika pernah berada dalam lingkungann 300 blog terbaik ranking Alexa di Malaysia, dan bawah 50,000 ranking Global.

Blog ini HH sifatkan terbaik, bukan kerana hanya boleh menjana pageviews sehingga 200,000 sebulan, tetapi telah berjaya menjadi top 3 pilihan ramai bagi blog pendidikan, dalam MSMW2013. 

HH tampilkan fakta-fakta ini bagi membuktikan kepada anda, bahawa anda tidak akan rugi berkunjung ke blog ini setiap hari, kerana banyak ilmu samada yang telah dikeluarkan berbulan-bulan lepas mahupun belum dikeluarkan boleh anda manfaatkan untuk menghasilkan blog terbaik yang mampu .. yang mampu menerima semua perkara yang telah HH sebutkan di atas tadi.

HH paparkan 'kejayaan' blog ini adalah untuk anda lihat, bahawa apa yang telah HH kongsikan dibuktikan dengan angka. Blog ini bukan main cedok copy-paste buta-buta dan suruh anda lakukan tanpa HH sendiri telah cuba dan manfaatkan. Blog ini adalah bukti hidup mengenai segala ilmu, petua, panduan yang dikongsikan kepada anda, bagi anda sebagai seorang blogger blogspot memanfaatkan dan dijadikan sebagai rujukan untuk penghasilkan sebuah blog terhebat dan terbaik.

Semua orang boleh lakukan. Percayalah!

Dan paling menariknya ialah, anda akan juga dapat mendapat input yang sangat baik daripada rakan blogger yang lain - terutama dari blogger-blogger seperti Ben Ashaari, Denaihati, Kak Kujie, Mrie Rnie, Akma Omar, Sensasi2020 dan ramai lagi yang tidak pernah lokek nak tinggalkan komen berunsur ilmu, pengetahuan menerusi ruang komen blog ini. Anda boleh baca pendapat-pendapat serba bernas yang mereka coretkan dan kongsikan tanpa HH perlu bayar sesen pun untuk mereka pecah rahsia.

Maka, jangan segan silu, anda godeklah segala macam entri yang ada di dalam blog ini bagi mendapatkan ilmu yang mungkin boleh anda praktikkan. Mungkin - sebab tak semua ilmu sesuai .... :)

Terima kasih kerana membaca dan memberikan sokongan.

Jika anda sokong usaha HH ini, silalah dan tolong kongsikan dengan yang lain.

Bisnes Kambing

Post a Comment

9 Comments

  1. Inysa Allah, ada perkongsian ilmu yg dpt digunakan bersama dlm entri2 HH..

    ReplyDelete
  2. Semoga HH tak jemu-jemu berkongsi ilmu dengan kami..makin banyak diberi, pastinya makin banyak yang kembali..

    ReplyDelete
  3. Nak minta, boleh tuan buat tutorial fungsi enclosure link, apa patut ditaip pada mimi type dan title link dan bagaimana nak buat jump break melalui enclosure link.

    ReplyDelete
  4. banyak ilmu yang saya dapat dari HH...tq

    ReplyDelete
  5. saya rasa antara blog yang banyak ilmu blogging yang saya dapat adalah blog HH dan cara penyampaian yang menarik tu.yang buat saya singgah selalu

    ReplyDelete
  6. Terima kasih ... saya sangat suka ati andai apa yang disampaikan diterima baik oleh anda semua. Makin suka nak tulis .. mekasih banyak2 ... i love u ..heheehehe

    ReplyDelete
  7. In Sha Allah, nanti saya akan tuliskan mengenainya memandangkan ia masih lagi baru.

    ReplyDelete
  8. Selagi anda tersenyum dan sentiasa ucap syukur kepada ALLAH .... dan terus sokong blog ini ..alhamdulillah, akan terus menulis.

    ReplyDelete
  9. @facebook-538537437:disqus ... anda juga hebat.,

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com