Rujukan Exam Pembantu Tadbir PSEE N19
As-Salam. Animasi simple kadangkala dapat menceriakan persembahan sesebuah blog. Walaupun ada pendapat animasi ini akan buatkan blog lambat nak dipaparkan, namun seandainya blog anda sudah stabil dengan pembaca berulang, HH fikir tak salah hiasi sedikit blog untuk sedikit kelainan.

Ada banyak cara untuk hias blog. Sesetengah daripada kita suka letak salji turun, daun turun, dan macam-macam lagilah. Boleh je letak, HH sendiri pernah melepak di satu ketika di blog AriffShah.com - blogger mantap SEO dengan salji sedang turun .....

Cuma, mahu dinasihatkan terutama buat blogger baru, jangan over ...jangan berlebih sampai pengunjung naik rimas dengan apa yang anda persembahkan dalam blog. Jika ada banyak sangat animasi yang anda mahu letak, cuba lakukan secara berperingkat - minggu ni, buat salji turun, esok pula banner berkelip, lusa gambar berpusing, tulat pula animasi burung berterbangan dalam blog. Tak perlu nak sumbat segala macam animasi dalam satu ketika.

Cara letak animasi burung punggok dalam blog

Animasi Burung Punggok Rindukan Cinta

Cakap soal animasi, buat mereka yang mungkin sedang berbunga cinta, bolehlah cuba letakkan animasi burung punggok rindukan cinta ini ... errr rindukan cinta? Kenapa tidak rindukan bulan? Huhuhuhu.... sebab musim2 PRU13 ni ... sensitif sikit bila sebut bulan, ada yang jadi histeria dan phobia ..hahahahaha...

Ok, anda boleh lihat contoh animasi burung punggok rindukan cinta ini di blog Adam & Hawa (klik).

Cara letak animasi burung punggok dalam blog

Animasi Burung Punggok itu akan berkedip matanya, dan ada bunga-bunga cinta berguguran dari dahan tempat Si Punggok bertenggek. Nampak sweat ... errr sweet je ....

Jika nak mencuba letak animasi ini, hanya salin dan letak kod html diberikan di bawah ini dalam Add Widget/Html blog anda. Mudah.



Dah siap, simpan (save) dan walla .. tengok sendiri animasi itu beraksi dengan sangat cute dalam blog anda. 

Ehemm.... animasi ini lebih sesuai kalau blog anda guna warna setara seperti pink dan merah. Dan sangat sesuai andai blog anda punyai ciri-ciri sebuah blog yang sarat dengan cinta ... huhuhuu... takkan nak letak animasi ni dalam blog yang dok cerita pasal politik lak ... nampak tak kena jadinya.

Selamat mencuba.

12 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

  1. fairus mohamad noorApril 5, 2013 at 5:34 PM

    tq share kod nye..walaupun bkn sedang berbunga cinta..nak try letak jugak kat blog..he3

    ReplyDelete
  2. fairus mohamad noorApril 5, 2013 at 5:40 PM

    err da buat tapi x keluar pape

    ReplyDelete
  3. Hmm ... ada silap mana-mana kot ..

    ReplyDelete
  4. Blog seindah mimpiku ke??? @google-936eeb017f21267f6d1cad3e786971be:disqus

    ReplyDelete
  5. fairus mohamad noorApril 5, 2013 at 5:50 PM

    http://mama3heroo.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. fairus mohamad noorApril 5, 2013 at 5:58 PM

    ini link blog

    http://mama3heroo.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. fairus mohamad noorApril 5, 2013 at 6:22 PM

    da try kod ni..masih sama jgk..xde pape

    ReplyDelete
  8. Hmm mungkin konflik dengan satu lagi animasi flash selamat datang tu. Sbb saya try pada blog-blog yang lain, semuanya ok je.



    Animasi ni tak leh letak banyak2 .. mandangkan ada animasi lain ... yang juga dalam bentuk swf atau flash .. mungkin yang ni tak leh kuar.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

Previous Post Next Post