Tentu anda semua nak tahu apakah rahsia kejayaan seorang blogger sebenar? Andai anda buat blog suka-suka, mungkin perkara ini tak ambil serius sangat. Tapi, jika anda buat blog untuk mencapai satu kejayaan, mungkin anda perlu tahu dan baca entri ini sehingga penutup.

Rahsia Kejayaan Seorang Blogger Sebenar

Rahsia Kejayaan Seorang Blogger Sebenar

Definasi Kejayaan Seorang Blogger

Kalau mahu dibelek tentang pengertian kejayaan blogger ni, lain orang lain pendapatnya. Jika tanya pada seorang blogger remaja, dari blog nak dapat apa? Mungkin, akan ada yang kata mahu jadi terkenal seperti Hanis Zalikha atau Fatin Liyana. Kalau tanya blogger yang dah mula rasa duit, mungkin dia akan cakap mahu blog jana pendapatan tanpa had. Andai tanya blogger yang mungkin dah ada famili dan keluarga, mungkin akan kata anugerah seperti MSMW 2013 Awards sebagai satu tanda kejayaan.

Belum lagi lihat soal perkara jumlah pengikut, jumlah hits, jumlah LIKE dan macam-macam lagilah. Masing-masing ada terjemahan mengenai kejayaan ini. Cerita sepuluh entri pun takkan habis punya ....

Tapi, apabila ditengok kembali ... apakah rahsia sebenar untuk mendapatkan kejayaan-kejayaan yang disebutkan di atas? Ramai suka tengok pengakhirannya, tetapi tak pula nak selidik akan sebab berlaku dan yang memungkinkan kejayaan itu berlaku.

Apakah Rahsia Kejayaan Menjadi Seorang Blogger?

Rahsia kejayaan seorang blogger sebenar adalah pembacaan. Titik beratkan soal ini, kerana melalui pembacaan, akan ada ilmu dan pengalaman. Dari pembacaan, anda boleh tulis macam-macam perkara untuk menarik minat orang lain baca blog anda. Baca, cari ilmu, praktik dan dapatkan pengalaman. Semua itu diolah menjadi sebuah cerita, kisah serta entri hebat dalam blog anda.

Bila sebuah blog dapat menyampaikan entri yang menarik untuk dibaca, tentu sekali akan menghadirkan pengunjung, lalu dapatlah blog akan pengikut dan pembaca setia sendiri.

Dan kejayaan akan mula diraih sedikit demi sedikit. Apa nak? Jumlah pengikut? Jumlah pageviews berjutaan seperti Dapur Tanpa Sempadan? Ranking blog hebat seperti Denaihati? Jadi popular seperti Hanis Zalikha atau Lynda Roslan? Dikenali ramai dan dihormati seperti Ben Ashaari? Dapat anugerah blogger seperti Bicara Mak Dara mahupun Eqbalzack? Atau disayangi dan disukai seperti Kak Kujie? Mungkin nak dapat pendapatan lebat hebat seperti Redmummy? Segalanya mungkin dari satu sumber - pembacaan.

Rahsia kejayaan seorang blogger sebenar adalah membaca! Tak tipu. Anda boleh buat analisis sendiri dan lihat cara mereka tulis entri dalam blog. Seorang blogger hebat itu muncul kerana dia suka membaca. Tak kiralah baca menerusi apa, baca dari blog pun boleh, baca dari akhbar pun boleh, dari majalah, dari buku ilmiah .. semua boleh, asalkan membaca yang memberikan manfaat.

Penat baca entri sebegini panjang? Hmm kalau anda sudah rasa penat dengan bacaan ... maka berhentilah untuk berangan mendapatkan kejayaan seorang blogger.

Dua tiga kucing berlari, lari sini sana ke rumah jiran,
Kejayaan blogger bukan datang sendiri, tapi atas usaha dan kerajinan.

Rajinlah membaca, cari ilmu, blogwalking dan update entri!

31 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. yup.. Membaca itu sangat penting bagi seseorang blogger/ Kalau tak macam mana nak sampaikan sesuatu ilmu yang kita tak pernah tahu...

    BalasPadam
  2. OWH YEKE?CM2 NAK MEBACA JE LA

    BalasPadam
  3. Betul tu..pembacaan akan meningkatkan ilmu pengetahuan dan boleh beri idea yang baik untuk kita update entri terbaru

    BalasPadam
  4. "bangsa membaca , bangsa berjaya" :D haha

    BalasPadam
  5. Terbaik perkongsian ini .. tiada jalan mudah utk menjadi yg terbaik dan lebih susah untuk kekal terbaik.

    BalasPadam
  6. Untuk jadi blogger glamour memang mudah tetapi utk menjadi blogger terbaik byk ilmu harus diisi

    BalasPadam
  7. memang kena banyak membaca.. kalau tak, tu yang jadi isu copy paste tanpa kebenaran aje.. hehehee

    BalasPadam
  8. betul saya memang suka baca kat blog yang dah berjaya..kat sintu datang semangat nak berjaya..berjaya tak semestinya nak popular je..

    BalasPadam
  9. Kejap di atas .. dan akan ada masa berada di bawah. Semua terpulang pada diri sendiri, mahu kekal, maka usahalah.

    BalasPadam
  10. benar tu.... kita kena rajinkan diri untuk baca.

    BalasPadam
  11. Blogger memang kena banyakkan membaca baru boleh dapat idea untuk menulis.. Bila dalam bahan yang dibaca tu ada sesuatu yg rasa boleh dikongsi, boleh publish kat blog utk share pada kawan2.. Tapi bukannya copy paste 100% dari apa yang dibaca. Seeloknya ulas balik dengan komen, pendapat dan ayat sendiri..

    BalasPadam
  12. Perkongsian yang menarik. Betul tu, lagi banyak ilmu kita ada lagi baik penulisan blog kita, lagi ramai orang nak baca blog kita :)

    BalasPadam
  13. Setuju sgt2. ramai yg tak suka baca entri yg panjang dan suka skip2 bila baca dan komen umpama baca keseluruhnnya. Keiklasan kita baca entri orang lain tak ada mungkin salah satu penyebab orng kurang mahu baca entri kita. Ingat membaca :)

    BalasPadam
  14. Masa Forum #SBB2013, kak jie memang sebut benda ni.... baca... baca... baca.
    sekali dua mungkin kita terima, tapi kalau terlalu kerap yang bertanya tanpa membaca... waktu tengah tak ada mood "masa tu" memang hangin juga... sebab perkara asas cuma perlu membaca. semua tu dah ada, baca saja... kalau kita jawap pun, dia kena membaca juga, kan?

    BalasPadam
  15. Betul tu .. kebanyakkan dari blogger terutama yang baru nak menapak cari jalan mudah dengan copy-paste tanpa sedar atau ketahui apa yang dicilok tu. Bila ada yang bertanya dalam ruangan komen, mulalah terpinga-pinga.

    BalasPadam
  16. Ilmu kalau tidak dipraktikkan akan jadi seperti karat.

    BalasPadam
  17. Namun, kena lihat juga cara penyampaian. Mengapa orang tak baca sampai habis? Jadi di situ kita kena perbaiki juga penulisan kita agar lain kali pengunjung yang singgah tidak lagi baca sekerat2 ..

    BalasPadam
  18. Uhh kak @9943ecdabbda5187ba45a8f048731371:disqus ... udah macam pendakwah lak... hehehe.. ya, ayat pertama Al Quran pun suruh kita membaca. Kemalasan membacanya inilah yang menyebabkan ramai yang terkandas atau tersesat jalan walapun jalannya sudah sedia ada.

    BalasPadam
  19. Baca dan teliti. Kadangkala blog yang nampak macam tak ada apa2 tu sebenarnya ada inspirasi di sebaliknya.

    BalasPadam
  20. Hmm ... copy paste dengan kebenaran automatik gunalah TynT

    BalasPadam
  21. assalamualaikum hh...perkongsian yang menarik ni...:)

    BalasPadam
  22. ohh ini rahasiaa mereka ye... insyaAllah selalu jadikan pembacaan sebagai rutin harian mcm mkan nasik. hihi. oh haa sy suka membaca kt sini :)

    BalasPadam
  23. Betul tu, banyak membaca kunci kejaan sebenarnya. Saya setuju 100% pendapat mr. HH ni

    BalasPadam
  24. panduan buat saya ni. Thanks :)

    BalasPadam
  25. setuju.macam sy ni, habis semua komen dlm 1 entri tu sy baca. hehe.. nakkan ilmu...

    BalasPadam
  26. sebabtu, ada je ms terluang, pasti sy berkunjung ke blog mr. HH utk membaca

    BalasPadam
  27. Betul... Memang kena baca untuk mantapkan ilmu blogging...

    BalasPadam
  28. mereka semua dah cukup hebat dlm dunia blog...

    BalasPadam
  29. Thanks HH atas info yang membantu ni.. =D

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement