Finalis Pemenang World Bloggers and Social Media Awards 2013

Bisnes di Shopee
As-Salam. Sukacitanya HH ingin memaklumkan finalis pemenang World Bloggers and Social Media Awards 2013 bagi setiap kategori yang dipertandingkan. Blog-blog yang tersenarai merupakan 3 blog pilihan tertinggi berdasarkan undian online yang telah dijalankan dari 1 Januari hingga 10 Februari 2013.

Finalist Winner World Bloggers and Social Media Awards 2013

Sebanyak 20 kategori dipertandingkan di dalam Minggu Media Sosial Malaysia 2013 (MSMW2013) ini. Pemilihan blog-blog untuk dipertandingkan telah ditetapkan oleh pihak MSMW 2013 dengan mengambil kira beberapa aspek penting termasuklah isi kandungan dan keberkesanan blog tersebut dalam kategori yang disertai. Contohnya, kalau blog itu masuk kategori automotif, sejauh mana peratus kandungan mengenai dunia automotif dicerita dan disampaikan.

Pemilihan pemenang pula adalah berdasarkan pemarkahan yang diberikan oleh pihak juri MSMW2013 iaitu 80 peratus undian, 20 peratus melibatkan penelitian juri (10% kandungan blog, 5% rekabentuk blog, 5% etika dan keberkesanan)

Sekarang mari kita lihat 3 blog yang telah berjaya memperoleh undian tertinggi dalam setiap kategori.

Finalis Pemenang World Bloggers and Social Media Awards 2013



Err..tak berapa nak nampak yer? Klik gambar di atas untuk buat mata anda membulat. 

Ada banyak blog baru yang bertanding kalau nak dibandingkan dengan pemenang tahun lepas. Dan tak kurang juga blog yang sebelum ini pernah unggul di kategori masing-masing, tersenarai sekali lagi samada dalam kategori yang sama, mahupun dalam kategori lain (baru). Anda boleh lihat senarai pemenang tahun 2012 di sini - Pemenang World Bloggers and Social Media Awards 2012

Tahniah kepada semua rakan blogger yang berjaya, samada disenaraikan dalam kategori mahupun menjadi 3 finalis.

Dan terima kasih kepada MSMW2013 kerana memberikan pengiktirafan dan peluang untuk blogger Malaysia meningkatkan jenama blog masing-masing, seterusnya memberikan laluan untuk meraih kejayaan yang lebih baik dalam dunia blog dan media sosial Malaysia.

Update:

Senarai Lengkap Pemenang


Senarai pemenang World Bloggers and Social Media Awards 2013 - http://anarm.net/blog/pemenang-social-media-awards-msmw-2013.html



Post a Comment

15 Comments

  1. wwwoooooo...ramainya... blogserius tak masuk ker tahun ni.

    ReplyDelete
  2. all d best bro n tahniah sbb jd finalist top 3.

    ReplyDelete
  3. Syabas! HH tersenarai dalam finalis...

    Pastinya kejayaan itu berkat usaha dan pengorbanan.
    Tahniah!

    ReplyDelete
  4. Anis Athia Mohd Rozi28 February 2013 at 18:44

    tahniah buat semua finalis dan semoga berjaya..
    *event sebenar tak dapat hadir sebab ada class.. ;(

    ReplyDelete
  5. Tahniah pada yang tersenarai

    ReplyDelete
  6. tahniah kepada semua pemenang dan juga bro HH :)

    ReplyDelete
  7. tahniah kepada semua pemenang

    ReplyDelete
  8. www.kakinakl.com1 March 2013 at 08:26

    syukur jadi finalist..tahniah buat semua pemenang

    ReplyDelete
  9. Tahniah kepada pemenang dan kepada HH, tahniah kerana berjaya menjadi finalis. Bukan senang nak jadi top 3 HH..satu usaha yang hebat daripada HH

    ReplyDelete
  10. terima kasih kerana memberikan sokongan kepada saya dan blog ini.

    ReplyDelete
  11. terima kasih @google-9a7cb98410e42a4aae9dcd7b628d4ca8:disqus ...

    ReplyDelete
  12. terima kasih @Itu_akhil:disqus

    ReplyDelete
  13. blogserius tak masuk sbb join anarm ..

    ReplyDelete
  14. Tahniah kepada semua yang berjaya! semoga terus sukses dan mencurahkan ilmu kepada blogger newbie macam saya :)

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.