Kenapa Blog Fatin Liyana Best?

Bisnes di Shopee
As-Salam. Siapa yang tidak kenal dengan blogger bernama Fatin Liyana? Tipulah kalau tak kenal. HH boleh katakan pengaruh Fatin Liyana ni cukup kuat, sampaikan ada orang sengaja buat blog hanya kerana mahu 'bersama' Fatin Liyana.

Ramai ke pembaca blog Fatin Liyana ni? Setakat yang HH tahu, memang ramai ... sangat ramai, jauh panggang dari api dengan blog HH ni. Tak terlawan dibuatnya. Sekali pergi singgah ke blog Fatin Liyana, pasti akan ada lebih 100 pengunjung sedang online! Hatta ... si Fatin Liyana tak buat entri baru .... blognya tetap ada ramai pembaca. Hebat bukan?

Fatin Liyana - Blog HoneyKoyuki.blogspot.com


Susah ke nak jadi seperti blog Fatin Liyana nih? Untung Fatin Liyana kerana memiliki kebijaksanaan dan juga wajah cantik. Apatah lagi terkenal juga dalam dunia modelling. Wajahnya pernah menghiasi majalah, akhbar malah pernah dijadikan sebagai cover sebuah Ebook!

Kenapa blog Fatin Liyana best? Orang biasa gak macam anda, macam HH ... malah dia ada perangai pelik yang mungkin anda tak tahu. Nak tahu perangai pelik Fatin Liyana? HH pernah tampilkan dalam entri ini - Perangai Pelik Fatin Liyana Didedahkan!


Kenapa Blog Fatin Liyana Best

Adakah kerana beberapa isu yang dibangkitkan oleh blogger lain yang mungkin dengki dengan kejayaannya sehingga ternobat sebagai salah seorang yang dicari dalam Google Malaysia pada tahun 2011?

Sebenarnya, apa yang Fatin Liyana tulis di dalam blognya adalah merupakan kisah-kisah istimewa yang berlaku di dalam hidupanya. Kerana itulah ia jadi unik, kerana tidak semua perkara berlaku pada semua orang. Maka, disebabkan cerita-cerita adalah satu eksklusif pada dirinya, maka dikongsikan untuk tatapan pembaca blog.

Apabila sesuatu yang istimewa dikongsi dan dijadikan satu entri, tentu sahaja ia akan menjadikan entri itu sebuah pembacaan yang menarik. Ia sudah diolah dengan segala rasa yang menjadikan ia begitu istimewa.

Maka, andai anda seorang blogger yang ingin dan mahu blog anda dibaca ramai, buatlah seperti apa yang Fatin Liyana lakukan, iaitu menulis perkara-perkara istimewa yang berlaku dalam hidup. Inilah sebab utama kenapa blog Fatin Liyana best! Setuju?

Kredit Foto: Fatin Liyana

Post a Comment

17 Comments

  1. yessss ! hehee :)

    ReplyDelete
  2. setuju.. tetapi kena ada usaha jugak nak berjaya.

    ReplyDelete
  3. jemariameera.blogspot.com26 December 2012 at 02:53

    teringin jugak glamor macam dia... FL ni ada aura tersendiri... ishhh bila lah bleh sampai ke peringkat tu kan?

    ReplyDelete
  4. setuju sangat... dan, bukan hanya tu sahaja, jangan sesekali berputus asa.. :)

    ReplyDelete
  5. memang Fatin Liyana ada aura tersendiri,..cantik+bijak+ cantik--full pakej! :)

    ReplyDelete
  6. Hmm adakah dia sudahberpunya? katanya minat pada zaquan .. :)

    ReplyDelete
  7. Ya... Fatin Liyana tak putus asa dalam berblog walaupun kena pelbagai kritikan

    ReplyDelete
  8. Kena tegar lah .. baru boleh jadi macam dia

    ReplyDelete
  9. Hmmm Fatin Liyana tak usaha mana pun ... dia tak promosi blog macam kita ni

    ReplyDelete
  10. Blogger Lyssa Faizureen lagi femes dari dia. Tengok follower Lyssa tu dah tahu! Hehee

    ReplyDelete
  11. Ehemm ... bukan nak angka si FL ni ... tapi cuba banding sekali lagi ... Lyssa dia ada banyak buat segmen dan giveaway .. setiap kali dia buat, dia akan minta orang menjadi follower blog dia ... maka ... jumlah follower itu ... tidak boleh dijadikan ukuran sebagai blog tu femes ... FL memang femes sbb Google yang iktiraf dalam enjin carian. ... jangan marah naaa .... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju... femes sbb org suka nak baca apa yg FL tulis. Sebab tu sy pun jarang dah buat GA n segmen... Cuma bila org minta sponsor a.k.a donate, sy pun sponsor le... hehe... murah rezqi aden...

      Delete
  12. blog dia memang best dan kata-katanya seperti yang ingin diterjemahkan oleh anda..sy suka blog FL..syok dan tak boring membacanya!!

    ReplyDelete
  13. Setuju sesangat. Tapi mesti cerita yg seronok je. Yg tak menyeronokkan apatahlagi panjang berjela, jarang orang baca. Kan sifu?

    ReplyDelete
  14. Setuju. Dan dia tulis penuh perasaan. Kita yg baca pun rasa seronok

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.