As-Salam. Mak HH tak ada Facebook, anak-anak HH juga tak ada Facebook. Hanya HH dan isteri sahaja yang punyai akaun dalam laman sosial yang sedang meningkat naik ini. Malah, ada sepupu sepapat HH tak punyai akaun Facebook. Tapi, menurut satu laporan, hampir separuh daripada penduduk Malaysia punyai akaun di laman sosial Facebook.

Mengikut Socialbakers.com, lebih 13 juta pengguna Facebook di Malaysia, iaitu 50.28 peratus daripada jumlah penduduk. Peringkat umur paling banyak menggunakan Facebook ialah remaja berumur antara 18 hingga 24 tahun iaitu 4.7 juta orang, diikuti yang berumur 25-34 tahun. Kira-kira 54 peratus adalah pengguna lelaki berbanding dengan 46 peratus wanita.

Gamaknya, rakyat Malaysia sudah memilih cara untuk melakukan aktiviti sosial secara dalam talian, dan tidak lagi bertemu sua. Sembang pun ikut laman Facebook, sms dan telefon dah dilupa, apatah lagi bertemu secara benar di dunia realiti.

Dari satu sudut memang ada kebaikannya, kerana ia boleh mendekatkan jarak yang jauh dalam bentuk perhubungan tetapi dalam jangkamasa panjang, ia sebenarnya melemahkan skil berkomunikasi dan bermasyarakat diri kita.

Dengan banyaknya dan semakin ramai rakyat Malaysia yang sudah ada capaian ke internet, maka makin meningkatlah juga pengguna-pengguna Facebook dari Malaysia. Apatah lagi ia kini mudah nak dilayari hanya dengan menggunakan telefon bimbit.

Tanpa sedar, penggunaan Facebook yang meluas berserta dengan beberapa aplikasi tertentu samada di dalam Facebook, atau di dalam telefon bimbit itu sendiri, membawa kepada kemungkinan perlakuan jenayah yang lebih meluas....termasuklah kecurian identiti.

Bagi HH, nak guna ..gunalah dengan berhati-hati dan tahu cara sebenar mengendalikannya. Dan perlu ingat ....Facebook hanya sesuai untuk mereka yang berumur 14 tahun ke atas - terletak dalam syarat atau terma penggunaan Facebook itu sendiri!!

 

3 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

  1. AJ gunakan facebook untuk 'poke2x' jer.. hahaha .. ^_^

    ReplyDelete
  2. Skrang ni sana sini menggunakan facebook...

    ReplyDelete
  3. skg ni... baby baru lahir pun mak ayah diorg da watkn fesbuk..... tu lom kira lagi yg sorg ade 2,3 akaun... huhu..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**



Sebelumnya Seterusnya
Rahsia Penginapan Harga Murah di Hotel

Lubuk Bundle