Saya pernah beri petua SEO blogspot - bagaimana struktur blog perlu kemas dan tersusun agar mudah bagi enjin carian mencari katakunci (keywords) yang sesuai untuk blog serta entri kita. Dan struktur heading adalah antara paling penting yang perlu dititik-beratkan untuk tujuan SEO blogspot. Struktur heading yang HH maksudkan ialah H1 (header 1), H2 (header 2) dan H3 (header 3).

Header 1 atau H1 Dalam Blospot


Header 1 atau H1 selalu digunakan untuk tajuk blog - contohnya: Panduan Menulis Blog | HASRULHASSAN.COM. 

Header 2 atau H2 Dalam Blogspot

Manakala Header 2 atau H2 pula digunakan pada tajuk-tajuk entri di dalam blog. Bagi penggunaan Header 3 atau H3, kebanyakkan blogger SEO menggunakan untuk tajuk-tajuk di sidebar blog dan juga bagi footnote serta tajuk-tajuk kecil yang lain.

Anda juga boleh gunakan Header 4, Header 5 mahupun Header 6 jika mahu untuk tajuk-tajuk kecil yang ada di dalam blog anda.

Penentuan penggunaan header ini adalah untuk memberitahu enjin carian, apa yang ada di dalam blog kita. Seperti kita melihat akhbar harian, ada tajuk utama, ada tajuk kecil dan ada tajuk-tajuk sisipan.

Buat pengguna blogspot, segalanya telah dipermudahkan bagi anda. Untuk anda menentukan H1 anda hanya perlu mengisi kotak berikut yang ada dalam dashboard anda.

Buat H1 Tag Untuk SEO Blogspot


Isi bahagian basic-title dengan tajuk blog anda, serta description bagi tujuan SEO blog. Dua perkara ini akan mewakilkan blog anda di enjin carian apabila seseorang menekan kata-kunci yang terkandung di daalam title serta description tersebut.

Itu adalah untuk tajuk utama serta nama blog anda yang akan diwakilkan oleh tag Header 1 atau H1, jadi bagaimana nak buat Header 2 atau H2 bagi mewakilkan tajuk entri blog kita pula?

Buat H2, H3 Tag Dalam Entri Blog Untuk SEO Blogspot



Apabila anda membuat entri baru (new post), anda akan diberikan editor seperti di atas. Lihat apa yang saya lakukan pada entri tersebut. Secara automatik, tajuk entri dijadikan Header 1 atau H1 dalam blog kita menggantikan tajuk blog. Dan isi kandungan dalam entri (bukan dalam blog) pula akan dijadikan sebagai Header 2 atau Header 3.

Apa yang perlu anda buat ialah set pada tajuk-tajuk yang ada dalam entri blog anda dengan pilihan kekotak yang disediakan (seperti gambarajah di atas). Di kekotak tu ada Heading, Subheading, Minor Heading dan juga Normal. 

Normal adalah untuk isi entri anda. Manakala yang lain merupakan tajuk-tajuk kecil di dalam entri anda. 

Contoh Buat Header H2 dan H3 Untuk SEO Blogspot


Seperti contoh saya berikan. Tajuk entri ini ialah '25 Adab Penting Untuk Mendidik Anak Menjadi Anak Solehah'. Di dalam kandungan entri ini pula ada tajuk kecil iaitu 25 Adab Buat Si Kecil yang saya pilih menjadi Heading menerusi kekotak disediakan - menjadikan ia sebagai H2 ... dan tajuk-tajuk Adab 1, Adab 2 menjadi Subheading - menjadikan ia sebagai H3.

Mudah bukan? Anda tidak perlu menggodek kod html anda pun - cara lain yang lebih rumit untuk buat header 1, header 2 ini bagi tujuan SEO blog. Selalunya koding header tag H1, H2 dan H3 dilakukan oleh mereka yang tegar SEO dalam platform berbayar.

Namun harus diingatkan, SEO blogspot agak terhad kadar penembusan menerusi enjin carian, tetapi tidak mustahil jika anda bijak dan pandai menggunakan kata kunci yang betul dan spesifik.

Selamat mencuba.

*p.s: Untuk mengetahui struktur header blog anda adalah betul dan tersusun, anda boleh menggunakan SEO Tools yang HH syorkan iaiti SEO Workers yang diterangkan dalam entri ini: Periksa Tahap SEO Blogspot Dengan SEO Workers


20 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Hmm memang sukar .. kena godek lagi template blog

    BalasPadam
  2. sama-sama .... moga dimanfaatkan dengan baik

    BalasPadam
  3. salam...

    heheh...masih gagal buat H1, tak taulah mana silapnya..hehhe

    BalasPadam
  4. Ohh..baru saya faham pasal heading ni..Kalau tidak pakai hentam saja tulis. Terima kasih sudi kongsi perkara baru buat saya.

    BalasPadam
  5. Keterangan terhadap Hi,H2,H3 dah semakin faham, namun memerlukan pembacaan yang lebih detail lagi. Apapun ini adalah yang terbaik pernah jumpa dan patut diberi perhatian yang khusus. Terima kasih buat Tuan HH di atas artikel ini. Ia banyak dapat membantu.

    BalasPadam
  6. masih kesulitan utk apply H1 huhuhu!!

    BalasPadam
  7. sy ada go thru kat template n tgk ada coding h1 utk part title blog. Tp bila check dkt chkme yg bro HH sarankn tu utk tahu tahap seo blog kita, then dia mention H1 zero..
    anyway mgkin pasni sy perlu cuba try n error.
    tq bro. artikel kat sini byk mmbntu!

    BalasPadam
  8. Kalau kita pandai gunanya dengan sebaik boleh, in Sha Allah, satu hari anda tanpa diduga .. blog meletup dengan trafik

    BalasPadam
  9. Cuba lihat pula kat SEOWORKERS.com

    BalasPadam
  10. Hmm... untuk tampilkan H1 tag ini kena ikut template ... lain template lain caranya .. kena bijak untuk ubah html kod blog anda. Saya sendiri banyak mencuba jaya dalam pendekatan perbetulkan tag H1 ini untuk blog dan entri.

    BalasPadam
  11. Assalammualaikum...HH,

    H1,H2,dan H3 .. ilmu baru, mselim3 dah cuba praktikkan tp hasil belum tahu lagi...yang mselim3 faham H1,H2,dan H3 adalah tag untuk subheading dalam entry...

    mselim3

    BalasPadam
  12. H2, H3 saya mula faham. tapi utk mengaplikasikan H1, rasanya saya masih blur dan berat lagi. sebab saya tak pasti saya boleh buat ke tak. saya xde apa2 asas dan ilmu tentang blog. baru ni nak belajar betul2 dan fokus.

    BalasPadam
  13. ..terima kasih bebanyak tuan atas perkongsian hebat ini banyak lagi yang perlu saya pelajari & kaji :-)

    BalasPadam
  14. Alhamdulillah perkongsian teknik SEO yang sangat bermanfaat bagi pengguna blogspot. Terima kasih bebanyak tuan :-)

    BalasPadam
  15. Balasan
    1. Hmm macam menulis sebuah karangan ... ada tajuk karangan, tajuk isi karangan dan kesimpulan ..

      Padam
  16. wow. memang banyak fungsi dlm editor tu saya terlepas pandang. tq HH

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement