Iklan Raya 2012 'The Journey' | Bernas

Iklan raya 2012 'The Journey' oleh Bernas merupakan iklan yang HH fikirkan paling menyanyat hati setakat ini. Ianya mengenai kisah perjalanan dua sahabat yatim piatu yang kurang upaya untuk pulang berhari raya di Segamat.

HH tengok versi iklan di TV pun dah rasa sebak dan bergenang air mata, apatah lagi bila menonton versi penuh iklan raya 2012 'The Journey' oleh Bernas ini.

The Journey oleh Bernas menceritakan dua sahabat yatim piatu dan kurang upaya iaitu Ahmad dan Fizi yang nekad untuk pulang ke kampung Ahmad, setelah mendengar kisah rakan-rakan lain di rumah anak yatim. Dengan berbekalkan duit raya yang mereka terima sebanyak RM10 seorang, Ahmad dan Fizi pun keluar pada malam sebelum Aidilfitri untuk ke Segamat iaitu kampung Ahmad, 'bertemu' dengan ibu Ahmad.

Agak malang buat mereka berdua kerana tiket bas dan keretapi tak dapat dibeli sebab dah abis. Apakah kesudahan kisah perjalanan mereka berdua? Dapatkan Ahmad membawa Fizi 'bertemu' dengan ibunya? Saksikan versi penuh iklan raya 2012 'The Journey' ini .....

Iklan Raya 'The Journey' 2012 oleh Bernas




Apa kata anda? Kongsikan dengan rakan-rakan untuk lebih menghayati erti syukur dalam menghidupkan suasana Aidilfitri.

Anda boleh juga lihat versi iklan yang ditayangkan di TV - Iklan Raya 2012 The Journey oleh Bernas


The Journey - Full Version Hari Raya 2012 Advertisement by Bernas


Post a Comment

0 Comments