As-Salam. Dah baca entri berikut: Blogger Pakai Blogspot Adalah Blogger Suka-Suka. ....?? Jadi, kalau seorang blogger itu guna Wordpress sebagai platform berblog, adakah dia seorang blogger yang hebat? Atau dengan kata lain - Hebatkah blogger yang guna Wordpress?

Dibandingkan antara blogspot dengan wordpress - Secara teknikalnya, pada pendapat HH .... dua-dua platform tak susah mana, cuma perlu belajar. Benda-benda macam tu, untuk meningkatkan tahap dan taraf blog, perbaiki dan kemas kini blog memang perlukan ilmu dan pengetahuan - paling tidak ialah asas tentang blog menggunakan platform tersebut.

Wordpress
Beza nyata adalah Wordpress punyai kelengkapan lengkap dan jitu untuk membolehkan sesebuah blog itu maju, dan ia ada pengaruh yang kuat dalam enjin carian, walapun kita semua tahu blogspot adalah sebahagian dari enjin carian Google.

Wordpress ada banyak widget hebat dan juga 'bantuan' luar yang menjadikan ia lebih menarik, lebih best daripada platform blogspot.

Wordpress dengan sangat mudah membenarkan penggunanya atau blogger pindah data atau dengan kata lain - entri blog tanpa risau akan kehilangan data.

Wordpress lebih ramai pengguna, termasuklah laman-laman web yang punyai ranking tinggi - itu sebab blog-blog Wordpress dapat ranking baik dalam Alexa, Pagerank dan juga enjin carian global. Ada widget tertentu yang membolehkan blog-blog Wordpress ini mendapat dengan mudah backlinks yang diperlukan untuk tingkatkan ranking.

Wordpress banyak digunakan oleh perkhidmatan hosting blog dan laman web, jadi mudah nak pindah data, beza dengan blogspot ... andai blogger.com ditutup .. maka tutuplah akaun blogger tersebut. Dan kalau boleh pindah data pun, belum tentu semua posting, entri dapat dikembalikan dalam terbitan.

Mungkin banyak lagi kelebihan yang ada dalam wordpress ini... yang HH tak dapat nak fikirkan memandangkan HH sendiri guna blogspot. Jadi, kerana adanya kehebatan platform Wordpress ini, maka blogger yang menggunakan platform ini menjadikan mereka blogger yang hebat!



1 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. erm, pada pendapat saya blogger yang guna Wordpress ni cuma tidak perlu lagi terikat pada Terms and Conditions pada hosting blogspot. Berbeza dengan blogger yang guna blogspot tapi pakai domain sendiri, blog mereka masih terikat pada Terms and Conditions google walaupun hosting tu percuma.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.


Previous Post Next Post

Advertisement

Panduan Bisnes di Shopee

Advertisement


Rahsia Bisnes Tudung

CAPAI IMPIAN ANDA JADI KAYA BERJAYA!!

Impian Nak Jadi Founder Produk Jenama Sendiri? Nak Tahu Senarai Kilang yang Sediakan Produk OEM? Nak Belajar Tips Pasarkan Produk Sendiri? Segalanya Tersedia untuk Anda!! - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement



Panduan Ternak Kambing