As-Salam. Satu fenomena ... Gangnam Style, sehingga ada selebriti utama dunia naik 'hantu' bila mendengar muzik dan melihat video Gangnam Style ini. Malah, ada akhbar utama yang menjadikan Gangnam Style sebagai tajuk utama berita! Apa yang menarik sangat yang ada pada video Gangnam Style ini sehingga mendapat paparan hampir 70 juta seluruh dunia? ... hanya dalam masa sebulan!! (15 Julai 2012).

Gangnam Style Dance - K POP PSY


Gangnam Style merupakan tajuk lagu yang dibawakan oleh PSY - seorang rapper dari Korea Selatan, yang muncul dalam aliran K-Pop. Hebat penangan Gangnam Style ini sehingga ia menjadi topik hangat di CNN dan Bloomberg.... walaupun video ini hanya berdurasi 4 minit.

Sejak dimuat naik di laman YouTube, Gangnam Style telah berjaya menarik minat lebih daripada jutaan pelayar internet, dan menjadi ikutan sehingga beberapa video parody juga dihasilkan sebagai respon kepada video yang menjadi fenomena dunia tersebut.

Menurut Wikipedia; "Gangnam Style" merupakan bahasa Korea yang mencerminkan kebudayaan dan kehidupan mewah rakyat Korea di daerah Gangnam, sebuah kawasan dan penempatan serba trendi di Korea Selatan. Lagu tersebut menceritakan tentang kehidupan seorang awek yang serba sempurna yang tahu bila masa nak jadi baik dan bila masa nak berseronok.

Apa yang menarik pada video Gangnam Style ini ialah cara menari yang simple tetapi menarik hati .... apatah lagi gelagat budak pada awal video klip ini. Ada banyak unsur lucu dan sedikit seksi dalam video ini.

Video Gangnam Style


Komen Anda

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

Dropship USD
Terbaru Lebih lama
Rahsia Shopee