Klik Sini Untuk Tempahan Rujukan
As-Salam. Jika tidak berhati-hati, anda sebagai seorang blogger juga mungkin akan berakhir seperti mana blogger ini yang menerima akibat daripada penerbitan beberapa entri yang didakwa memfitnah menteri. Dek kerana itu, blogger ini telah diberikan amaran oleh mahkamah, tetapi dok terus buat juga ... dan errr ... kena penjara 3 bulan sebab tak dengar nasihat yang diberikan oleh mahkamah.

Memetik dari Berita Harian:

KUALA LUMPUR: Blogger Amizudin Ahmat hari ini dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas dia didapati bersalah menghina mahkamah apabila menerbitkan 11 lagi artikel memfitnah Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof semasa menyampaikan keputusan itu berkata, Amizudin melanggar perintah mahkamah yang melarangnya daripada terus menerbitkan artikel memfitnah mengenai Rais dalam laman blognya. 

"Ini satu kes penghinaan yang serius, mahkamah kenakan perintah custodial selama tiga bulan penjara, berkuatkuasa hari ini," katanya.

Beliau berkata, jika dilihat keseluruhan kes itu, penghinaan yang dilakukan Amizudin bukan sekali berlaku, tetapi beberapa kali dan ia bukan satu perkataan yang boleh diterima.

"Saya nak baca perkataan itu pun, tidak tergamak," katanya.

Selepas Zabariah membacakan keputusannya, Amizudin yang berada di luar kandang tertuduh bangun dan berkata: "Saya mengaku saya silap, saya memohon maaf, saya tidak faham". - BERNAMA 


Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.


Klik Sini
Previous Post Next Post

Advertisement


Bisnes Shopee

Advertisement


Mudah Kerja Dengan 176 Template COPYWRITING - The Story Selling! Ayat Padu Hanya Isi Tempat Kosong Sahaja!! KLIK SINI untuk DOWNLOAD

Tawaran Sertai Kelas Online SHOPEE. Free Ebook Diberikan.KLIK SINI. Guna Telegram.

Advertisement