Klik Sini Untuk Tempahan
As-Salam. Amboi amboi ... hehehee... begitulah adanya, dari dunia model ke dunia blog ... kemudian kini menjadi pelakon. Haaa .. siapa bilang tiada blogger jadi pelakon? Baru je tempoh hari seorang blogger meninggalkan komen, "Bang... kenapa ehh semakin ramai pelakon dan artis ada blog ... bila lak blogger nak jadi pelakon?" ... nah ... Hanis Zalikha menjadi pelakon utama dalam filem Gangster Celop.



Poster di atas, HH ambil daripada blog Hanis Zalikha, nampaknya entri lepas ni semuanya pasal filem ni la kot sebab tengah dok shooting skang ni. Hmm apapun selamat maju jaya pada Hanis Zalikha yang cantik molek.

Filem ini merupakan kerjasama antara 2 orang pengarah dan penerbit terkenal tanahair iaitu Ahmad Idham dan juga Datuk Yusof Haslam. Menarik bukan? Ia dikatakan menelan belanja sehingga RM1.7 juta dengan membariskan ramai pelakon hebat seperti Syamsul Yusof, Kamal Adli, Yus Jambu, Azad Jazmin serta Reen Rahim.

Filem kerjasama Skop Productions dan Excellent Pictures ini dijangka membawa satu fenomena baru kepada industri perfileman negara, yang bakal ditayangkan sekitar pertengahan tahun 2013.

Gambar Pelancaran Filem Gangster Celop Menampilkan Hanis Zalikha

Foto Majlis Pelancaran Gangster Celop - Hanis Zalikha

Foto Majlis Pelancaran Gangster Celop - Hanis Zalikha

Kredit Foto: Hanis Zalikha dan Media Hiburan


Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.


Klik Sini
Previous Post Next Post

Advertisement


Bisnes Shopee

Advertisement


Mudah Kerja Dengan 176 Template COPYWRITING - The Story Selling! Ayat Padu Hanya Isi Tempat Kosong Sahaja!! KLIK SINI untuk DOWNLOAD

Tawaran Sertai Kelas Online SHOPEE. Free Ebook Diberikan.KLIK SINI. Guna Telegram.

Advertisement