As-Salam.
HH memang tabik la dengan Denaihati.com .... setiap ketika pasti akan ada contest dan juga giveaway, sama juga dengan Eqbalzack.com .... malah apabila HH masuk je ke blog mereka ni, akan ada sesuatu yang mahu mereka berikan kepada pengunjung blog.
Tapi, ada segelintir daripada blogger Malaysia ini, yang nyatanya cukup gah tunjuk cek Nuffnang, tunjuk cek Innity, Advertlets dan sebagainya ... tetapi apabila diminta untuk memberikan sumbangan sesuatu, mereka akan cuba berdalih dan berat poket.
Hmm ntahlah, ya, duit hasil pendapatan online mereka itu adalah hak mereka. Mungkin mereka merasakan tidak patut nak kongsi dengan yang lain sebab mereka itu tiada kepentingan dan tak sumbang apa pun bagi mereka dapatkan pendapatan online tu.
Dey .... mana blog dapat trafik? Jadi, fikirlah ya.
Apakah salahnya andai ada blogger yang perlukan bantuan, dihulurkan sedikit sumbangan .... tak luaklah duit pengiklanan dalam blog tu weihhh ....
Bagi yang tak ada pendapatan lebat dan hebat macam mereka tu tak mengapalah, bolehlah dimaafkan. Tapi boleh je membantu dengan cara lain. Banyak cara dan kaedah.
Sayu hati.
Ramadhan esok lusa, hulurkan sedikit ehsan anda --> Bantu Adik Soleh
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.