Saya tahu ramai blogger yang bercita-cita untuk menjadi salah seorang blogger yang terkenal di tanahair. Mungkin di bibir tidak dinyatakan, tetapi di hati meluap-luap mahukan perhatian sebagai salah seorang blogger terkenal Malaysia.

Jadi, bagaimana agaknya untuk menjadi seorang blogger terkenal yer? Haa ... sebenarnya dalam hidup kita pun, adaptasi cara ini juga digunakan. Kalau anda mahu menjadi seorang yang terkenal, maka anda perlulah berdamping atau menjalinkan kerjasama dengan orang yang terkenal juga.

Tips Untuk Menjadi Blogger Terkenal

Bagaimana nak jadi seorang blogger terkenal Malaysia?
Untuk menjadi blogger terkenal di Malaysia? Lihat bagaimana blogger-blogger yang semakin hari semakin dikenali kini, kebanyakkan mereka sering ada 'pertalian' atau network dengan blogger terkenal yang lain. Lihat bagaimana Lyssa Faizureen membuat kerjasama dengan Ben Ashaari. Lihat pula bagaimana BeautifulNara buat kerjasama dengan OhBulan dan juga Budiey. Dan contohi bagaimana Amanz Network bekerjasama dengan Denaihati serta Ariffshah.

Lihat bagaimana blogger yang terkenal seperti Broframestone dan Ariff Shah (gambar bawah) jalin kerjasama .. bukan jalin hubungan intim ye .. untuk pastikan sama-sama naik dalam dunia blog Malaysia.
Tips menjadi blogger terkenal
Nama-nama besar itu terus semakin dikenali dalam dunia blog kita ni. Mereka jaga network atau dengan kata lain persahabatan dan kerjasama dengan blogger lain yang juga terkenal. Masing-masing saling promosi, masing-masing saling bantu, tak ada tikam-tikam dari belakang, tiada hasad dan dengki. Sama-sama kecapi kejayaan.

Kredit Gambar: Broframestone dan Cik Lily Putih


Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement