Sistem Ping Busuk Merugikan Blogger?

As-Salam.
HH pasti ramai blogger yang menggunakan khidmat Ping Busuk atau Busuk.Ping bagi meningkatkan trafik ke blog. Dan HH juga merupakan salah satu pengguna Busuk.Ping selain laman web agregator yang lain - contohnya Apesal, Ohbelog, Getz dan sebagainya.

Sedia maklum, bahawa laman web agregator ini memang diakui dapat memberikan trafik ke blog dengan baik, namun timbul beberapa isu dan persoalan tentang cara laman web agregator ini berfungsi.

Ada yang mempersoalkan mengenai fungsi dan algorithma yang digunakan oleh pihak Ping Busuk, yang dikatakan merugikan blogger; apatah lagi ianya membabitkan ranking dalam Alexa. Ia juga dikatakan mencantas kedudukan carian di enjin carian untuk sesuatu topik tertentu, berbanding blog yang memaparkan kisah atau cerita itu terlebih dahulu.

Apapun, setiap persoalan ada jawapannya. Dan ini telah dijawab oleh pihak Busuk.Ping.

Antara petikan:
.... tetapi kini, kami sudah memperbaharui sistem carian kami agar menepati 50% daripada keyword carian.. sekiranya anda menganggap ini sebagai link spamming.. anda sudah salah, kerana output yang kami keluarkan adalah berdasarkan input title daripada blogger sendiri....

Petikan lain:
...keduanya pula adalah mengenai backlink dan trafik.. ya, memang kami memerlukan user untuk meletakkan widget pada blog mereka untuk menarik minat user untuk ke laman ping.busuk mencari bahan bacaan.. kenapa kami tidak meletakkan direct link terus ke blog user dan kami meletakkan link busuk.org pada widget??....

Petikan lain:
......ada juga diantara user yang mengatakan, menghantar artikel submission ke busuk.org membuatkan ranking alexa-nya jatuh.. ini juga tidak benar sama sekali.. alexa mengumpul data melalui alexa toolbar, dns, google indexes, dan lain-lain.. trafik anda masih dihitung walaupun referrer anda adalah 'null' ataupun tidak.. perkara sama juga berlaku kepada kami..

Untuk baca sepenuhnya, anda boleh baca mengenainya di sini: Busuk.org Menjawab Persoalan 2dayblogger

HH secara peribadi tidak berat kepada mana-mana pihak kerana masih menggunakan semua laman web agregator di blog-blog HH, bukan sahaja Busuk.Ping ini. Seperti permasalahan LinkWithin sebelum ini yang HH bincangkan, walaupun dalam satu aspek ia merugikan, tetapi ada kebaikan dan kelebihannya sendiri.



Bisnes Kambing

Post a Comment

14 Comments

  1. saya tak reti sangat bab2 ni..tapi sejak guna ping busuk banyak dapat trafik dari sana..mungkin sebab lebih banyak pendedahan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun sama tak tahu apa-apa. yang penting busuk memang membantu meningkatkan trafik.

      Delete
    2. Kalau rajin pin di waktu2 puncak, insyaAllah .. leh la dapat ratusan trafik dari sana direct ..

      Delete
  2. haduii..ada jugak eh masalah ..ermm..tapi tak jadi masalah kot sebab siapa yg ada keyword bagus mesti blog dia yang terpamer dahulu ..bukan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. SEO kena terlebih bijak la .... kalau tak bijak, bungkus gak. Saingan memang banyak ... hanya utnk satu kata kunci mudah.

      Delete
  3. salam
    trafik saya banyak datangd ari apesal berbanding busuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bergantung kepada kerajinan anda ping entri blog anda. HH banyak dapat trafik dari OhBelog untuk entri-entri lama, dan dari Busuk pula entri2 terkini.

      Guna juga Blogr.my, Apesal, dan juga blogged.my

      Masing-masing ada kelebihan memberikan trafik jika bijak dan tahu uruskan ping entri dengan baik.

      Delete
  4. Mudah sangat nak dapat trafik sebenarnya..

    ReplyDelete
  5. betul 2 bro HH.. :)

    Kena rajin jelajah blog2 baru dalam busuk tu.. :)

    ReplyDelete
  6. blogr.my pun byk tolong dptkan traffic cuma masih baru & tak ramai org tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeap, HH juga antara yang ada akaun di situ, cuma buat masa ini kurang aktif di sana. :)

      Delete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com