Outbrain, Sesuai Untuk Tonjolkan Entri Berdasarkan Kesukaan Pengunjung

Pernah dengar aplikasi Outbrain? Ia sama seperti Linkwithin dan juga Nrelate, yang dapat memberikan trafik atau pageviews yang tinggi buat blog anda.

Namun, tidak seperti Nrelate yang lebih telus, Outbrain juga 'mencuri' trafik dengan setiap klik yang digunakan pada blog anda (apabila pengunjung entri berkaitan menerusi widgetnya).

Cara Guna Outbrain dalam Blogspot
Di sebalik 'kekurangan' itu, ada sesuatu yang bagus daripada Outbrain ini ... iaitu ia mengumpulkan data berdasarkan satu-satu 'kegemaran' ... iaitu memaparkan entri-entri 'berkaitan' berdasarkan jumlah klik keluar dari satu-satu entri. Andai ramai pengunjung baca entri A, dan kemudian dari entri tersebut klik entri B, maka kemungkinan besar entri B akan menjadi antara pilihan di dalam widget Outbrain untuk dipaparkan lagi dan lagi di entri A apabila pengunjung baru membaca entri yang serupa. Dan ia akan saling kait antara entri A dan B ....

Cara Guna Outbrain dalam Blogspot

Nrelate pula berbeza kerana paparkan berdasarkan kata kunci atau tag atau label yang diberikan pada satu-satu entri. Jadi, ia lebih kepada memaparkan entri dalam genre atau kandungan yang sama.

Erkk ...amacam? Faham tak? Boleh simpulkan begini .... 

Nrelate - jika papar entri NASI LEMAK, ia akan tunjukkan Nasi Lemak dengan pelbagai lauk.

Outbrain - jika papar entri NASI LEMAK, ia mungkin tunjukkan entri lain seperti Mee Goreng, Sambal Udang, Kedai Pak Samad, Nasi Lemak Nani - disebabkan pengunjung yang sama membaca entri-entri yang diberikan di atas (mungkin sebab pengunjung tu lapar).

Cara Guna Outbrain dalam Blogspot

Outbrain boleh dikatakan juga memaparkan entri secara rawak yang tidak menjuruskan kepada satu-satu kata kunci tertentu buat satu-satu entri.

Jika anda nak mencuba Outbrain, anda boleh klik sini: Outbrain - Related Link Widgets




Post a Comment

8 Comments

  1. akhirnya ada juga related post pakai text. nrelate ada tp ada mslh plak nk login. tq bro HH!

    ReplyDelete
  2. baru faham ! nk try ler..thanks ;)

    ReplyDelete
  3. dah cuba! memang best.tapi hani terbuang plak widget...hem..puas mencari kod widgt tu balik.kat mana ea hh...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diyana Hani ... buka balik Outbrain tu .... laman web dia ... ada je kod dia berikan.

      Delete
  4. Ini satu lagi rahsia terhebat Drp HH utk gdikonso

    ReplyDelete
  5. menarik juga yang ini, ada kelebihan tersendiri. Cuba yang mana ok

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.