Cara Menjadikan Blog Lebih Dinamik Menerusi 'Conditional Tags'
Apa yang saya buat ialah dengan meletakkan satu arahan berbentuk 'gate' atau dinamakan 'conditional tag'. Cara ini membuatkan blog nampak lebih dinamik atau hidup. Secara amnya, kod untuk conditional tag ini berbentuk begini:<b:if cond='CONDITIONAL TAG'></b:if>
Cuba lihat contoh di bawah apabila menggunakan saya menggunakan conditional tag ini.
Contoh:
Anda akan nampak paparan promosi blog di laman utama (home) blog tetapi tidak di laman entri post blog anda. Begitu juga dengan entri terkini, hanya dipaparkan di laman entri post tetapi tidak di laman utama (home) blog.


Antaranya:
- Anda boleh setting untuk widget itu keluar hanya di post entri sahaja.
- Anda boleh setting untuk widget keluar di laman utama sahaja, tetapi tidak di post entri.
- Anda boleh setting untuk widget keluar di laman statik iaitu laman page blog anda.
- Anda boleh setting untuk ia hanya dipaparkan di carian arkib sahaja (bila klik arkib blog)
- Anda boleh setting untuk hanya dipaparkan hanya apabila pengguna klik tag, label atau kategori tertentu di blog.
Malah cara ini saya gunakan untuk hadkan paparan iklan di blog iaitu iklan dipaparkan hanya pada post entri dan tidak di laman utama.


Ini membolehkan blog anda akan lebih nampak dinamik atau hidup kerana sentiasa ada paparan berbeza apabila anda klik sesuatu link di blog anda. Malah, jika anda cukup memahami penggunaannya, anda boleh juga ubah penampilan warna, header mahupun susunatur blog anda.
Cubalah.
menarik sangat ni
BalasPadamwow.. ok. Terima kasih Encik HH sebab info ini.
BalasPadamboleh explorer lagi bab ni .. ^__^
BalasPadamwww.anastasyea.com
best nih, tq so much sifu
BalasPadamnice
BalasPadamthank u
Catat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.