As-Salam.
Oh bukan bertujuan untuk memarakkan api kecil, tetapi sekadar satu pertanyaan dan persoalan mengenai Digi WWWow Awards 2012, yang telah pun ada para pemenangnya. Dengarnya, ada ura-ura yang tahun hadapan, seandainya diadakan Digi WWWow Awards 2013, ramai blogger akan boikot terutama blogger yang statusnya bumiputera.
Samada benar atau tidak, ia tidak boleh dijangkakan. Ada pendapat diutarakan oleh seorang blogger terkenal yang sebelum ini dinobatkan sebagai Blog of The Year di MSMW awal tahun baru-baru ini, anda boleh baca di sini: http://tinyurl.com/cdoln5c
Ada blogger yang kata, keputusan ada unsur racist .. erkkk ..ishhh bahaya tu. HH sendiri tak berani nak berkata demikian, kerana HH tiada info atau maklumat sahih akan kebenaran dakwaan ini.
Hanya mereka yang benar-benar berada di dalam kelompok Digi WWWow Awards je yang merasai.
Apapun, tahniah buat mereka, blogger-blogger Malaysia yang telah menang. Tahniah kerana anda telah dipilih oleh juri sebagai yang terbaik antara yang terbaik.
Samada anda, pembaca blog ini nak boikot atau tidak, terpulang. Tapi, secara jujurnya, walaupun tak menang, Digi WWWow Awards telah memberikan landasan untuk blog yang menyertainya lebih dikenali di dunia maya terutama antara blogger-blogger Malaysia ini.
Senarai pemenang Digi WWWow Awards boleh anda rujuk di sini: http://tinyurl.com/btynb9q
Sebenarnya dah tahu dah cara penilaian yang DiGi lakukan..itu sebabnya KW tak join pertandingan walaupun blog capai 20k trafik sehari..sebab memang tak kan menang..sekali join dan dikhianati dengan sitasi penjurian yang sangat teruk..KW mengambil keputusan untuk tidak join..
ReplyDeleteKesian kat blogger hebat yang tak dapat..dah lah tak daat dalam top 3 pun tak layak..
udah udah le tu....
ReplyDeleteramai yang pening dengan pemilhan pemenang yang entah apa2 katanya..hurmm..susah juga gitu...
ReplyDeleteini pilihan juri ..tiada apa yang boleh diungkapkan lagi.
Deletenak minta pendapat HH tentang isu ni^^
ReplyDeletehttp://arisyalee.blogspot.com/2012/06/pendapat-blogger-standard-untuk-menjadi.html
Dah balas ... :)
DeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.