As-Salam.
Sekadar untuk difikirkan buat mereka yang masih mempunyai ibu dan ayah. Mungkin tanpa sedar, kita telah mengabaikan mereka. Cuba hayati petikan ini, dan lihat kebenaran yang ada. Adakah kita ini sebagai anak bersikap sedemikian rupa?

Sesuatu dari ibu dan ayah kita, dan jawapan yang kita sering berikan:

  • Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat. 
  • Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu. 
  • Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang. 
  • Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai. 
  • Bila hati kita terguris, kita kata “Mak memang tak pernah faham”. 
  • Bila hati kita terhiris, kita kata “Ayah memang tak ambil kisah” 

Tetapi, apabila kita melakukan kesilapan, apa pula jawapan ibu dan ayah kita?

  • Bila hati mak kita terguris, mak kata “Tak apa, dia masih muda”. 
  • Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata “Tak apa, belum sampai akalnya”. 
  • Bila kita menangis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki. 
  • Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena. 
  • Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal. 
  • Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga.

Kita mungkin tidak dapat menjadi anak yang dapat membalas 100 peratus jasa dan pengorbanan yang telah diberikan oleh orang tua kita, tetapi kita masih lagi mampu untuk memberikan kurang daripada itu untuk mereka ... namun .... berapa ramai yang berbuat demikian?

Sumber: PakarCinta
 

1 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

  1. sdihny n tbe2 sebak bce entri ni.. tq for sharing abg HH..:(

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

Bisnes Tudung Online
Sebelumnya Seterusnya
Bisnes Bundle