Kini, Astro NJoi telah boleh menemui para pengguna yang inginkan perkhidmatan TV satelit. Menariknya, perkhidmatan ini adalah percuma, dengan hanya membayar kos pemasangan sekali seumur hidup sebanyak RM328. Persoalannya, berapa banyak siaran yang ada dalam NJoi? Ok. In Sha Allah, anda boleh mengetahui jumlah siaran percuma yang ada di dalam entri ini.
Bagi saya, buat mereka yang mungkin ada masalah untuk menerima resepsi menerusi antena biasa, perkhidmatan ini mungkin sesuai buat mereka menikmati rangkaian televisyen. Walaupun perlu membayar harga pemasangan RM288 RM328 (Berkuatkuasa Februari 2014) pada saya ia agak berbaloi dengan 22 saluran tv yang ditawarkan serta 20 saluran radio. Ini menjadikan ia menyajikan 42 saluran percuma di dalam NJoi.
Senarai Saluran TV dan Radio NJoi - TV Satelit Percuma Pertama Malaysia
22 Saluran TV Satelit Percuma NJoi
20 Saluran Radio Satelit Percuma NJoi
Jadi, adakah ia berbaloi?
Jika di tempat anda ada masalah untuk menerima siaran TV menggunakan kaedah biasa - iaitu menerusi antena tulang ... maka melanggan NJoi adalah salah satu jalan terbaik buat anda.
Lebih maklumat mengenai NJoi boleh anda dapati di sini - Laman Web NJoi TV Satelit Percuma Pertama Malaysia
Oh ya, saya difahamkan di dalam NJoi ada pakej prabayar untuk siaran-siaran atau rancangan premium. Jadi, jika anda mahu menonton rancangan hiburan yang agak eksklusif, bolehlah menggunakan perkhidmatan prabayar ini.
p.s: Saya tidak dibayar untuk menulis mengenai NJoi, tetapi apa yang diberikan NJoi boleh dimanfaatkan oleh sebilangan besar rakyat Malaysia yang hadapi masalah nak dapat siaran TV percuma.
Catat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.