![]() |
Kediaman Hugh Hefner. Foto: Yahoo Images |
As-Salam.
Hugh Hefner, lelaki yang telah berjaya 'mengeksploitasikan' kecantikan wanita lalu menghasilkan kekayaan. Dia lelaki yang berjaya menerbitkan majalah dewasa - Playboy dan diterbitkan serta diedarkan hampir ke seluruh pelusuk dunia, samada secara sah mahupun tidak (ada negara haramkan pengedarannya).
Hugh Marston "Hef" Hefner dilahirkan pada 9 April, 1926 di Chicago, Illinois. Dia meruapakan anak sulong kepada pasangan guru sekolah Grace Caroline (1895–1997) dan Glenn Lucius Hefner (1896–1976). Hef hanya mempunyai seorang adik lelaki.
Hef merupakan bekas penulis 'copywriter' ... ala macam copy-paste artikel, yang menulis untuk majalah Esquire. Dia meninggalkan majalah Esquire kerana permintaannya untuk diberikan kenaikan gaji $5 tidak diendahkan pada Januari 1952.
'Bapa Playboy' ini menerbitkan majalah Playboy pertama pada Disember 1953. Dia telah menggadaikan perabut rumahnya, membuat beberapa pinjaman bank serta berjaya mendapatkan dana $8,000 daripada 45 pelabur termasuk ibunya, yang awalnya agak kurang senang dengan anaknya untuk menerbitkan majalah tersebut.
![]() |
Muka Depan Playboy Edisi Pertama (1953) Foto: LewisWayne Gallery |
Keluaran pertama Playboy, Disember 1953, memaparkan gambar bogel Marilyn Monroe yang diambil untuk model kalendar pada tahun 1949. Ia telah terjual sebanyak lebih daripada 50,000 terbitan. Anehnya, Hefner tidak pernah bertemu dengan Marilyn Monroe walaupun dia telah berjaya mengeksploitasikan gambar bogel selebriti berkenaan untuk keluaran pertama majalahnya!
![]() |
Isi Kandungan Playboy Edisi Pertama 1953. Foto: LewisWayne Gallery |
Foto Rumah Agam Pengasas Playboy - Hugh Hefner
Sumber: Wikipedia
cantik kediaman bapa playboy tu
ReplyDeleteSalam.
ReplyDeleteRamai wanita yang rela dieksploitasi. hasilnya, orang lain yang makan. Itulah dikatakan bijak sangat.
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.