Panduan Temuduga Kerja Kerajaan
Foto: DiariHati.com
As-Salam.
Semua orang bercakap soal kejayan si polan dan si polan, lalu ditaburkan dengan segala perkara yang membolehkan ia terus berjaya. Tapi, bagaimana mereka yang tidak begitu bernasib baik? Bagaimana dengan mereka yang tidak mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM dan STPM?

Inilah ketentuan yang telah dijatuhkan ke atas kita atas usaha dan segala jerih yang kita telah taburkan. Andai tidak mendapat keputusan yang cemerlang, ianya bukanlah satu kegagalan yang mutlak, masih banyak cara untuk kita berjaya dunia dan akhirat.

Memang sukar untuk menerima sesuatu kegagalan. Ada rakan yang tidak berjaya dalam SPM, telah jauh hati dengan kawan-kawan yang lain. Malah, ada teman yang tidak berjaya dalam SRP, sanggup tukar sekolah kerana rasa malu dengan kawan-kawan.

Redhalah dengan apa yang anda telah terima, tetapi bukan maksud anda perlu mengalah di sini. Masih ada peluang untuk anda berjaya. Ada banyak jalan yang terbuka buat anda ..... ya, ada jalan kejayaan buat mereka yang pernah gagal. Ingat kegagalan hari ini bukan bermakna anda akan gagal untuk selamanya.

Tips Untuk Mereka Yang Kecewa Dalam SPM/STPM
  • Mohon sambung belajar di Institut Kemahiran
  • Ambil sekali lagi peperiksaan tersebut
  • Tingkatkan pengetahuan akhirat
  • Berusaha untuk berjaya, bermula dari bawah
  • Ambil peluang untuk bekerja sendiri di bawah seliaan mereka yang berjaya
  • Berfikir dan cari kekuatan diri, dan kembangkan kemahiran yang ada


2 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

  1. thanx for cheering up me again,,better than worst,,life must go on,,

    ReplyDelete
  2. kejayaan bukan muktamad, kegagalan bukan penamat :-)

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

Bisnes Tudung Online
Sebelumnya Seterusnya

Dropship USD