Fakta Menarik | Kopi Kurangkan Lemak | Tips Buat Orang Gemuk Bersukan

As-Salam.
HH antara penggemar kopi. Di rumah, ada kopi segera ... ada kopi tak berapa nak segera. Pastu, ada kopi kelat, ada kopi pracampuran. Lagi .. ada kopi puteh, ada kopi hitam... walaupun gitu, HH tak minum kopi hari-hari ...hehehe....

Dikatakan kopi boleh kurangkan lemak. Ini disebabkan kandungan kafein yang ada dalam kopi yang dipercayai oleh pakar pemakanan dapat mengurangkan lemak. Secara psikologinya, tubuh individu yang gemuk (macam HH) kurang membakar lemak ketika berolahraga atau bersukan, berbanding dengan mereka yang punyai tubuh normal. Akibatnya, tubuh akan bakar karbohidrat untuk tenaga, menyebabkan kadar gula dalam darah menurun.

Gemuknya HH. Foto: HASRULPhoto
Apabila kadar gula kurang, orang gemuk akan sentiasa rasa lapar ... malah dianggap berlebihan rasa lapar selepas berolahraga atau bersukan. Jadi jangan pelik kalau tengok orang yang bersaiz besar, lepas main bola, lepas main sepaktakraw, pegi layan kedai mamak makan nasi kandar .... atau mee mamak ...hehehehe....

Jadi, apa kaitan dengan kopi? Dengan cara menikmati 3 cawan kopi setiap hari, secara automatiknya badan akan bakar lebih banyak lemak sewaktu berolahraga. Kafein bantu pecahkan lemak menjadi sumber tenaga dan dorong tubuh agar lebih banyak manfaat lemak, sekaligus kurangkan pembakaran karbohidrat.

Maka, buat mereka yang XXL ... sebelum melakukan aktiviti sukan, minumlah kopi ... kalau boleh kopi hitam pekat .... supaya nanti tak adalah mencekik darah kat kedai makan macam Hometown lepas bersukan.

Sumber: Majalah iSihat

Post a Comment

2 Comments

  1. ouh yeke..terima kasih info pasal kopi ni:)
    tak sangka kopi boleh kurangkan lemak~

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.